CARI-MRO Publish time 10-11-2017 05:01 PM

Ikan Bilis Petai Cili Api, Paling Ringkas Tapi Yang Paling Enak!

Balik kerja penat-penat, mesti malas nak masak lauk yang leceh kan?


Nak menu yang sedap, pantas dan menjilat jari, jawapannya buat sahaja Ikan Bilis Petai Cili Api.


Pedas dan padu! Asyik sekali. Jom cuba.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/10/165029f92lpl2x86f2py00.jpgFoto: FB


Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis - goreng garing
Bawang Putih (Hiris)
Bawang Holand (Hiris)
Petai (Belah dua)
Cili Api (Hiris)
Garam
Gula


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/10/165029jhm6gcjjh8pjhch6.jpgFoto: FB


Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, masukkan petai, garam, gula dan cili api. Dah masak semua masukkan ikan bilis yang dah di goreng garing tu. Kacau sampai sekata.


https://www.facebook.com/ResepiOrangKampung/videos/1660534453999102/


Siap!


Selamat mencuba. -CARI

Kredit Resipi: Marina Ismail

CardiGans85 Publish time 10-11-2017 06:57 PM

Mmg sedap ni{:good

cocorex Publish time 10-11-2017 07:35 PM

Petai jeruk sedap wehh

kiambang Publish time 10-11-2017 08:22 PM

Boleh cuba ni tapi dengan jering . Petai mahal ..

deathacker Publish time 10-11-2017 09:43 PM

Petai la ni dah mahal.3 papan 5 hengget. Tu pun bkn besar matanya. Malas dah nak beli.
Masak guna ikan bilis je la. X pyh letak petai. Jering aku x gemar

pinkypetal Publish time 10-11-2017 09:57 PM

Sedap dan pernah buat. Tapi kena ada lauk lain yang berkuah sikit.Kalau sesiapa suka makan nasi dengan lauk kering2 oklah. Buat yang ni saja pon dah berselera makan

keexj Publish time 10-11-2017 09:57 PM

sedap, suka petai

Jeasabri Publish time 11-11-2017 12:29 PM

nampak sedap{:love{:love{:love{:love

famri7 Publish time 11-11-2017 12:54 PM

ikan bilis make sure garing la..kalau basah2 mcm makan ulat beluncas jewjikkkkk

nura88 Publish time 11-11-2017 02:28 PM

sedapnyaaa{:thumbo

dubuk Publish time 11-11-2017 02:57 PM

sedap ni makan dengan ikan pekasam :drool3:

greantea Publish time 11-11-2017 03:03 PM

makan ngan nasik panas2. ada ni saja pon dah cukup

shanshero Publish time 11-11-2017 06:24 PM

baru ni beli petai kupas kat supermarket. dah buat
sambal tumis petai. masih ada balance lagi boleh ah
buat iksn bilis petai goreng ni.
sebungkus petai rm6. isi banyak

@pplegreen Publish time 11-11-2017 06:44 PM

selalu masak macam ni tp tanpa petai cuma tambah cili hijau je

aleesyasofia Publish time 11-11-2017 10:45 PM

sedapnya petai..

moonbug Publish time 11-11-2017 11:05 PM

Uiiii sedapnya. Lapar pulak tgk. Tak payah letak garam gula pun takpe. Ikan bilis tu dah cukup rasa

tokio Publish time 12-11-2017 10:48 AM

Sedapnya...nk buat lah utk lunch nnt.

leena1234 Publish time 12-11-2017 11:09 AM

Oohhh..sedappnya. haha {:childlike

cekque Publish time 12-11-2017 12:40 PM

Mak aiii sedap nya. Lawan ngan telo mata tuang kicap. Pergh..

KucingKedai Publish time 12-11-2017 01:27 PM

fui sedappp
Pages: [1] 2
View full version: Ikan Bilis Petai Cili Api, Paling Ringkas Tapi Yang Paling Enak!


ADVERTISEMENT