CARI-MAMS Publish time 9-11-2017 11:13 AM

Suruh Kurangkan Pinjam Istilah B.Inggeris, Tapi Istilah Baharu Taknak Pakai Pula

Lagi isu bahasa menjadi polemik atau pun perdebatan di media sosial.


Seorang netizen tampil memberi komen yang bahasa Melayu terlalu banyak meminjam istilah bahasa Inggeris dan diadaptasi menjadi bahasa Melayu.


Katanya, seharusnya peminjaman istilah terutama dari bahasa Inggeris dikurangkan kerana ia dilihat semakin bertambah dari masa ke masa.


Fokusnya, bagaimana generasi muda ingin mengenali bahasa ibunda sendiri dan membezakannya dengan bahasa Inggeris?

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/09/110732xqbvp1978k7vbp22.jpg




"Sangat setuju. Perlu kurangkan peminjaman istilah dari Bahasa Inggeris.

"Saya perasan kebanyakan perkataan yang menggunakan'tion' pasti akan diubah menjadi perkataan Bahasa Melayu.

"Contohnya,
Education (pendidikan) menjadi edukasi
Observation (pemerhatian) menjadi observasi
Infection (jangkitan) menjadi infeksi.
Setakat ini belum jumpa nation (bangsa) menjadi nasi."

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/09/111241a1i9cyv1y91lvt1h.png





Netizen bernama Ahmad Faris ini memuat naik imej satu pendapat orang awam di surat khabar yang menyatakan isu yang sama.


Menerusi pendapat yang dipaparkan itu, dia terjejut kerana perkaraa 'futej' digunapakai yang diterjemah secara langsung daripada perkataan 'footage' dalam bahasa Inggeris.


Dari segi komen pembaca atau netizen yang lain, mereka memberikan pelbagai reaksi sama ada yang setuju atau sebaliknya.


Bagi mereka, perkataan baharu yang diwujudkan seharusnya dipandang dan mendapat perhatian masyarakat. Usaha sudah digerakkan, sokongan masyarakat juga perlu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/09/110732y5lrlagzxq6kxzz5.jpg



"Kesian juga DBP diperkenal swafoto, salah.

" Nak dipinjam selfie, lagilah salah.."

"Sama-samalah kita sokong apa yang DBP cuba lakukan sekarang."

"Banyak patah kata dalam bm yang diperkenalkan..satu silap, habis canang satu kampung..alahai.."


Apa pula pandangan anda? Istilah Inggeris yang dipinjam dicemuh, bila perkenal istilah baharu tak mahu dipakai? - CARI

Artemesiaa Publish time 9-11-2017 11:22 AM

Betul tu walaupun DBP dah menyarankan pengunaan perkataan baru tu tapi masih ramai tak suka menggunakannya.   Ada antara perkataan tu sama seperti yang digunakan di Indonesia membuatkan ramai tak suka menggunakannya.

EncikRhoma Publish time 9-11-2017 11:35 AM

kadang2 istilah yg digunakan tu takde dalam kamus dewan pun. macam edukasi tu. Pandai-pandai je translate perkatan hujung 'tion' tukar BM hujung jadi 'si'

chinta89 Publish time 9-11-2017 11:51 AM

pernah pegi kursus, dia kata ayat BI yg dijadikan BM yg paling bengang utk didengar ialah KOREKSIONAL.

dia ckp "nak korek ape" serius aku gelak!

gerbera.memopad Publish time 9-11-2017 11:58 AM

chinta89 replied at 9-11-2017 11:51 AM
pernah pegi kursus, dia kata ayat BI yg dijadikan BM yg paling bengang utk didengar ialah KOREKSIONA ...

Hahaha. Kelakar wei. Tergelak besar aku {:1_563:}

chinta89 Publish time 9-11-2017 12:03 PM

gerbera.memopad replied at 9-11-2017 11:58 AM
Hahaha. Kelakar wei. Tergelak besar aku

terkekeh2 ak dgr weii mse dia ckp mcm tu.

btw dia bukan nk mencarut tp dia lbh kepada geram sb bila dimelayukan mmg hodoh sgt bunyinya. {:runo


pukulrata Publish time 9-11-2017 01:44 PM

chinta89 replied at 9-11-2017 11:51 AM
pernah pegi kursus, dia kata ayat BI yg dijadikan BM yg paling bengang utk didengar ialah KOREKSIONA ...


chinta89 Publish time 9-11-2017 02:17 PM

pukulrata replied at 9-11-2017 01:44 PM


iols hanya mampu geleng kepala setiapkali tgk signboardKOREKSIONAL ni

krustykrab Publish time 9-11-2017 02:21 PM

chinta89 replied at 9-11-2017 11:51 AM
pernah pegi kursus, dia kata ayat BI yg dijadikan BM yg paling bengang utk didengar ialah KOREKSIONA ...

ini yg paling lawak.....korek:lol:

pearl.silver Publish time 9-11-2017 03:04 PM

ada yang komen stop pinjam perkataan indon?
i tak perasan perkataan indon apa yg kita pinjam?
kedubes?
kalau certain word yg ada makna sama tu normal kot..sbb serumpun bahasa melayu

shaun_bb Publish time 9-11-2017 07:12 PM

pearl.silver: ada yang komen stop pinjam perkataan indon?i tak perasan perkataan indon apa yg kita pinjam?kedubes?kalau certain word yg ada makna sama tu normal kot ...

Swafoto kot. Sebab Indo guna ayat swafoto ni merata tahun lepas. Boleh tengok dekat tempat perlancongan banyak perkataan swafoto. Mcm spot untuk ambil gambar.

hyie Publish time 9-11-2017 10:56 PM

banyak bunyik plak netizen kepam ni...kau pon bila bercakap sikit2 mesti nak bersulamkan BI, kau dah kenapa? gila eh? :sleepy: tu belum amik kira cakap bm tapi acah2 nak berslanga BI...lagi hanat yach...

buragazz Publish time 10-11-2017 10:24 AM

Yang tak nak guna perkataan BM tu poyo.. budget ala2 urban konon dan anggap english nampak kelas
padahal bila bercakap tak sepenuhnya cakap BI pun...

najib888 Publish time 11-11-2017 02:14 PM

Ramai sgt yang ‘ignorance’/jumud.. bnyk je istilah English dlm BM.. mula2 dengar mmg rasa lawak.. tapi bila terbiasa rasa ok je..
Dulu masa study bab statik & dinamik, ada bab pasal rasuk.. pelik gak kenapa rasuk.. rasuk hantu ka apa.. rupa2nya beam..rasuk julur-cantilevers..
Kat Malaysia ni, antara penyumbang terbesar istilah kejuruteraan dalam BM ke DBP adalah Prof. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas (UM)

P/s- dulu dengar istilah tular pun rasa pelik. Skrg ni rasa ok ja..viral=tular

rogayahtop Publish time 22-11-2017 04:12 PM

mmg mengada2 pun dbp. org guna bahasa campur marah tp mmg macam tu la org guna bm krg ni. tunafoto tu dua2 perkataan bukan bahasa melayu. gambar lebih sesuai. mari bergambar bersama pengantin. takde sapa nak guna mari berfoto gambar pasport, bukan foto pasport.

nak expect org pakai ke kalau tuna tu bukan dlm daily usage memasing.

rogayahtop Publish time 22-11-2017 04:16 PM

and dbp could never stop anyone from using languages the way they understood them. kalau oxford dictionary embiggen masuk kamus kalau bm ada nak absorb perkataan yg digunapakai remaja2 hipster ni?

domestobot Publish time 2-6-2018 08:09 AM

chinta89 replied at 9-11-2017 11:51 AM
pernah pegi kursus, dia kata ayat BI yg dijadikan BM yg paling bengang utk didengar ialah KOREKSIONA ...

padahal dalam BM dah ada perkataan "pemulihan", masih gigih derang nak pakai koresional. dulu aku dah cakap pasal benda ni. cuma belum ada yang cukup berani nak tukar connectiviti = konetiviti lah. mana la tau ada telco nak jugak pakai :lol:

groundfloor Publish time 30-5-2019 11:13 AM

Yg nation jadi nasi tu serius kelakar...

patrickrall Publish time 21-12-2022 01:44 AM

Artemesiaa replied at 9-11-2017 11:22 AM
Betul tu walaupun DBP dah menyarankan pengunaan perkataan baru tu tapi masih ramai tak suka mengguna ...

Saya setuju dengan pendapat DBP tentang penggunaan perkataan baru, tetapi saya faham mengapa banyak orang masih tidak suka menggunakannya. Ada perkataan yang terlalu mirip dengan bahasa Indonesia yang membuatnya terasa asing bagi banyak orang. Namun, dengan waktu dan penerimaan yang lebih luas, saya yakin bahwa perkataan baru ini akan lebih mudah diterima oleh masyarakat.

[*]Radiadores eléctricos taurus

lesprincesse Publish time 24-12-2022 05:35 PM

Saya antara yang memang sakit mata tengok perkataan english ditukar ke Bm. Kalau perkataan tu tak wujud takpe la kita adopt. Ni ada perkataan elok buat apa tukar.
Pelik2 pulak tu jadinya.
Harap2 PMX ambil perhatian dan tolongkan kurangkan menjajahan bahasa ni
Pages: [1]
View full version: Suruh Kurangkan Pinjam Istilah B.Inggeris, Tapi Istilah Baharu Taknak Pakai Pula


ADVERTISEMENT