CARI-MAMS Publish time 6-11-2017 05:20 PM

Take Note Ibu Bapa, Nama-nama Bayi Ini Dilarang Di Negara Lain...

Ada sesetengah ibu bapa mengambil masa yang lama untuk mencari nama yang sesuai untuk anak mereka.


Nama yang mempunyai maksud tersendiri merupakan doa buat si kecil agar menjadi insan berguna kelak.


Terdapat beberapa nama yang bersifat universal turut menjadi pilihan ramai ibu bapa. Meskipun mempunyai ejaan berbeza dan sebutan sedikit lain namun maksudnya tetap sama.


Seperti contoh Victor ditulis sebagai Viktor di negara-negara Skandinavia, bermaksud penakluk.


Pun begitu, nama-nama universal ini rupanya tidaklah boleh digunakan sesukanya kerana terdapat beberapa negara yang melarang penggunaan nama tertentu untuk anak.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/06/171906us1m0w1mvw2n2w0z.jpg



Misalnya nama popular seperti Charlotte dilarang digunakan di Portugal.


Satu fakta menarik sebenarnya. Nah, lihat lagi beberapa nama yang dilarang didaftarkan untuk anak, untuk beberapa buah negara memetik laman Good Housekeeping:




1. Catherine


Untuk alasan tertentu, anda boleh menamakan anak sebagai Caterina tetapi tidak Catherine di Portugal.


Di negara tersebut terdapat 83 halaman yang berkaitan nama-nama anak yang dibenarkan dan sebaliknya. Wow!


2. Peter


Denmark dan juga Portugal lebih menyukai nama-nama yang ada kaitan atau pun sesuai dengan budaya mereka. Nama Peter jelas tidak mencerminkan budaya negara tersebut.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/06/171906w2pg074pbxpb1t5j.jpg



3. Sarah


Nama Sarah juga bukanlah satu yang berkaitan dengan budaya masyarakat di Iceland. Pun begitu ia masih dibenarkan, namun ibu bapa harus mengisi borang khas terlebih dahulu.


4. Linda


Nama ini dilarang di Arab Saudi, juga kerana tidak selari dengan tradisi masyarakat di sana.


5.George


Ia melanggar undang-undang nama di Portugal. Begitu juga nama William.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/06/171906fd609ydlmd05ymly.jpgFoto Carian internet




6. John


Sudah tentu ia nama yang sangat popular di merata dunia namun Denmarkmelarang nama ini.

7. Stephen


Negara Hungary mengekalkan undang-undang agar nama disebut dengan cara bahasa ibunda mereka. Jadi Stephen tidak dibenarkan, namun Stefan dibolehkan. Ejaan dalam bahasa Inggeris tidak boleh ya.

8. Maya


Arab Saudi melarang namaini untuk bayi perempuan meskipun menjadi trend sekarang di seluruh dunia. - CARI

mizkajura Publish time 6-11-2017 05:58 PM

Nama najib?

Skuau Publish time 6-11-2017 09:04 PM

takpe...kita kt msia...ada badang,megat,jenin,mawar,kenanga,cempaka......

Orix Publish time 6-11-2017 09:32 PM

mizkajura: Nama najib?
Haram jugak tu...haram jadah

RatuDunia94 Publish time 6-11-2017 09:44 PM

Patutnya nama org Malaysia Sri Cempaka, Saga Perwira etc... Bukan nama org ereb.

Konahhh Publish time 6-11-2017 09:59 PM

Aneh2 je negara lain ni {:dot

husie91 Publish time 6-11-2017 10:21 PM

reason knapa tak boleh?

HannahMontana Publish time 7-11-2017 07:31 AM

husie91 replied at 6-11-2017 10:21 PM
reason knapa tak boleh?

nama yg membayangkan seseorang yg pernah menggulingkan sesebuah negara itu mmg mrk cela terus xboleh ada sbg rakyat mrk.

Maya dlm bhs arab maksud pelacur

amon_79 Publish time 7-11-2017 08:04 AM

nama iols antara yg dilarang disatu negara tu... :lol:

precious_chicas Publish time 7-11-2017 08:06 AM

#2 tu....bukan ke Peter Schmeichel tu kan Danish? Boleh je bubuh PETER.

chinta89 Publish time 7-11-2017 11:21 AM

amon_79 replied at 7-11-2017 08:04 AM
nama iols antara yg dilarang disatu negara tu...

u pmpuan ke lelaki. meh nk teka nama {:mlsmile:}

nisako Publish time 7-11-2017 03:00 PM

nama pun x boleh eh.......

amon_79 Publish time 7-11-2017 04:01 PM

chinta89 replied at 7-11-2017 11:21 AM
u pmpuan ke lelaki. meh nk teka nama

:lol: ... kalo terer teka ler...

merrissa Publish time 7-11-2017 04:57 PM

iye la tuh.....apa jadi kalo letak gak ....kene penjara kene bunuh?

chinta89 Publish time 8-11-2017 08:55 AM

amon_79 replied at 7-11-2017 04:01 PM
... kalo terer teka ler...

Sarah atau Linda

nama Maya jarang org pakai.

itu pun kalau u perempuan la :lol:

amon_79 Publish time 8-11-2017 09:14 AM

chinta89 replied at 8-11-2017 08:55 AM
Sarah atau Linda

nama Maya jarang org pakai.


{:thumbo ....hehehehehehe

chinta89 Publish time 8-11-2017 09:17 AM

amon_79 replied at 8-11-2017 09:14 AM
....hehehehehehe

nama Sarah atau Linda ramai gak kawan2 iols guna.

kalau maya, iols kenal Maya Matahari dan Maya Karin je :lol: itupun kenal dlm tv {:runo

Husnaliana Publish time 16-11-2017 03:23 PM

Kat malaysia ada tak nama yang di haramkan nie?
Pages: [1]
View full version: Take Note Ibu Bapa, Nama-nama Bayi Ini Dilarang Di Negara Lain...


ADVERTISEMENT