vous_me6 Publish time 5-11-2017 07:28 PM

[VOL54] ALL ABOUT FATTAH AMIN *HarianMetro: Fattah Jadi Bersemangat utkTerus Bai

Edited by vous_me6 at 7-11-2017 01:49 AM

All About Fattah Amin
Anugerah Skrin 2017: Presenter





Wanita Terindah OST on Spotify and Itunes




COMING SOON END of NOVEMBER
Coffee Prince

Jemput ke benang Wanita Terindah:
https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1057207

https://media.giphy.com/media/3o6EQeACQscl6wIN4A/giphy.gif

Ps: Mel masih bertukang utk next benang

vous_me6 Publish time 5-11-2017 07:28 PM

Edited by vous_me6 at 6-11-2017 05:33 PM

https://media.giphy.com/media/3o6EQeACQscl6wIN4A/200w.gif

Articles+Interviews:


Wanita Terindah: Fattah Jadi Bersemangat
Harian Metro: Oleh Syanty Octavia Amry

Pelakon Fattah Amin gembira apabila ramai yang memuji lakonannya dalam filem TV (FTV), Wanita Terindah.

Baginya itu adalah satu semangat untuknya terus memperbaiki mutu lakonan supaya lebih baik lagi.

Wanita Terindah adalah gandingan keduanya bersama pelakon jelita, Nur Fazura selepas pertama kali dalam drama bersiri popular Hero Seorang Cinderella.

Fattah berkata, peranannya dalam Wanita Terindah sangat berbeza daripada apa yang pernah dilakonkan sebelum ini.

“Rasa sangat bertuah kerana saya dikelilingi ramai pelakon dan produksi berpengalaman yang banyak membantu menghidupkan watak dalam cerita itu.

“Tidak mudah untuk saya kerana watak sebagai Fahim adalah seorang lelaki yang panas baran. Pertama kali saya menjayakan watak seperti ini dan ia sangat mencabar kerana perlu mengekalkan momentum itu supaya ia tidak lari,” katanya.

Dalam pada itu, berkongsi gandingan bersama Fazura buat kali kedua, Fattah berkata, tidak sukar mencari keserasian kerana sebelum ini mereka pernah bekerja bersama-sama.

“Syukur kami tidak susah hendak mencari keserasian bersama. Pengalaman sebelum ini banyak mematangkan saya daripada segi teknik lakonan.

“Berlakon di samping Fazura juga menjadi lebih mudah kerana kami sudah ada keserasian sebelum ini.

“Apatah lagi sebagai pelakon yang mempunyai banyak pengalaman Fazura banyak membantu saya di set penggambaran,” katanya.

Sementara itu, Fazura pula berkata, FTV Wanita Terindah memperlihatkan sisi matang Fattah sebagai pelakon.

“Saya lihat banyak perubahan dalam lakonannya dan dia semakin matang serta tidak ‘kayu’ seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Wanita Terindah juga menampilkan pasangan itu berlakon bukan sebagai kekasih.

“Kami tidak mahu penonton bosan jika asyik lihat kami berlakon sebagai pasangan kekasih saja. Ini adalah kelainan yang cuba kami tampilkan kepada peminat.

“Peminat boleh melihat kami dalam watak dan situasi berbeza kali ini di mana kami bukannya sekadar menjual kisah cinta semata-mata,” katanya.

Selain Fattah dan Fazura, Wanita Terindah turut menampilkan Sarah Hildebrand, Liza Othman, Adam Mika, Ridzuan Hashim dan Samantha Katie James.

Wanita Terindah sudah pun ditayangkan menerusi saluran Astro First Eksklusif sejak 2 November lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 November 2017 @ 9:57am

Wanita Terindah: Bukti Fattah Amin Bukan Kayu
Suria.com.my
Telfilem terbaru lakonan Fattah Amin iaitu Wanita Terindah yang disiarkan di Astro First Ekslusif telah membuktikan bahawa dia sebenarnya bukan kayu.

Fattah telah mempamerkan lakonan yang berkesan membawakan watak seorang jurugambar yang panas baran.
Watak kali ini agak berlainan dengan karektor yang sering dibawakan bekas Hero Remaja ini.

Fattah sewaktu ditemui di sidang media tayangan perdana Wanita Terindah berkata, dia bersyukur melihat hasil telefilem ini.

“Apa yang saya persembahkan dalam Wanita terindah ini bukan saya seorang, saya dibantu oleh Fazura, pengarah, Kak Liza dan pelakon-pelakon yang lain.

Alhamdulillah kalau cakap lakonan saya dah bagus, tetapi saya sendiri tak berani nak katakan yang lakonan saya dah bagus. Tetapi apa yang fazura dan kak Liza cakap lakonan saya dah bertambah baik saya rasa bersyukur”, jelasnya.

Melihat kepada wataknya yang begitu berlainan dengan watak yang pernah dibawa sebelum ini, kata Fattah dia tidak mahu membawa watak yang tipikal.

“Wajah saya sering menghiasi Astro bermula dengan drama Suri Hati Mr Pilot, kemudiannya Hero Seorang Cinderella, sekarang Coffee Prince jadi kalau boleh setiap watak tu saya tak nak nampak tipikal”, ujarnya.
Lakonan Fattah dalam Wanita terindah turut mendapat pujian dari Fazura yang mengatakan Fattah kini bukan lagi kayu seperti yang sering diperkatakan.

Dalam telefilem Wanita Terindahh, Fattah membawakan watak sebagai Fahim yang merupakan seorang jurugambar yang panas baran. Fahim tinggal bersama ibunya yang merupakan seorang sukarelawan. Satu ibunya telah membawa pulang seorang budak lelaki bernama Fikri yang menghidap penyakit lukemia. Kehadiran Fikri tidak disukai oleh Fahim yang disifatkannya sebagai membebankan. Namun Fahim tidak tahu bahawa Fikri sebenarnya adalah adik kandungnya. Kehadiran Fazura yang membawa watak sebagai wartawan bernama Nuryn begitu disenangi oleh ibunya dan Fikri. Pada masa yang sama anak kepada bos Fahim iaitu Reena menyimpan perasan kepadanya.

Dapatkah Fahim keluar dari segala kemelut yang melanda dirinya? Siapakah sebenarnya wanita terindah di dalam hidup Fahim? Jangan lupa untuk melanggan drama Wanita Terindah hanya di Astro First Eksklusif.

Melodi interview, 5 Nov 2017
https://m.youtube.com/watch?v=0TXBQpCeD3I
0TXBQpCeD3I

Oppo F5 Launching Ceremony

vous_me6 Publish time 5-11-2017 07:28 PM

Edited by vous_me6 at 7-11-2017 01:21 AM

BTS Photoshoot COFFEE PRINCE
{:1_200:} {:1_149:} {:1_200:}
https://www.instagram.com/p/BbJ3NBplXpb/
https://www.instagram.com/p/BbJYUAHD6cJ/
https://www.instagram.com/p/BbKJQyaDbt0/
https://www.instagram.com/p/BbKJNKwgrQ2/

misscrazy Publish time 5-11-2017 07:48 PM

kenapa rumah ni takda org ;P
malam ni tak sabar nak tengok wanita terindah dgn husband..berdebar nak tunggu husband comment ape.;P

jennyhanx Publish time 5-11-2017 07:51 PM

{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo{:runo berlari lari masuk ke rumah baru

JDT Publish time 5-11-2017 07:55 PM

Check in...pastu nyelam balik

berusgigiaku Publish time 5-11-2017 07:58 PM

Umah bru..mn mel?

misscrazy Publish time 5-11-2017 07:59 PM

Tadi iglive fattah,bila faz masuk kacau & alvin sibuk nak ber hai dkt YPM ;P ..comel je fattah cakap "sibuk je YPB ni.. YPM takpela sibuk" :$

yurithecat Publish time 5-11-2017 08:00 PM

Wah! Pindah rmh baru lg?! Mendonia bamtah.. femes naw naw:loveliness:{:1_152:}

love_warrior Publish time 5-11-2017 08:04 PM

Pakat2 sahut menyahut kt igs mata berdarah telinga menanah tgk Faz berlovey dovey kt iglive. Siap kta Faz buat clearence sale takut xlaku. Seriously depa on noti ig bamtah. Klu xsuka block ni tak nk jugak amik tau. Ai sumeeee ig LB ai block. Sapo je yg share walopon hnya tahik lalat lipe mmg ai blok xhengen nk amik tauuu

misscrazy Publish time 5-11-2017 08:06 PM

Edited by misscrazy at 5-11-2017 08:09 PM

love_warrior replied at 5-11-2017 08:04 PM
Pakat2 sahut menyahut kt igs mata berdarah telinga menanah tgk Faz berlovey dovey kt iglive. Siap kt ...

Boleh tak rumah baru ni , jangan bawak kisah lobenak ni..PLEASE...kalau hanya benda yg sama je diroyan.:I..maaf NEXT!!:bye:

diamondhoney Publish time 5-11-2017 08:08 PM

Kemain bamtah skrg ala2 Beyonce upload ig tanpa caption {:1_567:}

jijioaynna Publish time 5-11-2017 08:09 PM

Check in rumah baru sambil menanti 13112017..hehehe{:1_152:}{:1_152:}

Classy14 Publish time 5-11-2017 08:09 PM

Fattah look so hensem kat event maydan tuuu... anyone dpt tak ss gmbr kat maydan niii ...
Pastu pki jaket ypc lak tuuu...

zenith85 Publish time 5-11-2017 08:10 PM

@Aduradura dear,klu free mntk jengah pm yer{:2congo

misscrazy Publish time 5-11-2017 08:11 PM

Classy14 replied at 5-11-2017 08:09 PM
Fattah look so hensem kat event maydan tuuu... anyone dpt tak ss gmbr kat maydan niii ...
Pastu pki ...

Fattah siap suka pakai jacket tu..fattah ni kalau happy boleh nampak sangat ye dia tengah happy..

berusgigiaku Publish time 5-11-2017 08:13 PM

Iolsss tension tgk bdk kecik tu....kecik2 hadap retis...
Owner maydan tu nmpk cam syg gile ngn bamtah...dh mcm ank ..

jennyhanx Publish time 5-11-2017 08:14 PM

love_warrior replied at 5-11-2017 08:04 PM
Pakat2 sahut menyahut kt igs mata berdarah telinga menanah tgk Faz berlovey dovey kt iglive. Siap kt ...

Flip hair je kaka no need to layan diaorg.

shaun_bb Publish time 5-11-2017 08:14 PM

Edited by shaun_bb at 5-11-2017 08:30 PM

Tq @vous_me6 bukak rumah baru. Memang rajin you bukak rumah bfftj ni. {:kisso

misscrazy Publish time 5-11-2017 08:14 PM

:P
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: [VOL54] ALL ABOUT FATTAH AMIN *HarianMetro: Fattah Jadi Bersemangat utkTerus Bai


ADVERTISEMENT