DearMe Publish time 1-11-2017 10:33 PM

AKU SUDAH LETIH

Assalammualaikum.
Minta pandapat agar saya nampak jalan keluar.
Situasi saya :

1. Berumur 30an tahun. Sekarang Jobless. Tiada aset. Tiada harta. Kiranya orang golongan bawah struggle hidup. Sebelum ini nasib kerja tidak bagus. Tiada semangat nak bangun balik. Dengan umur begini bukan senang. Sedih.
Saya ni lembut. Harsh life reality being lelaki lembut, orang layan double standard.

2. Saya ada terbaca dlm forum ni, soal tidak percaya dengan Allah. Dulu saya patuh. Sebaik baiknya disiplin taat & menurut perintah agama. Tapi lama kelamaan saya rasa agama tidak relevan. Entahlah, apa yang terjadi teratas diri saya berpunca dari sebab & akibat. Saya tak nampak Allah tolong. Tak relevan. Aku tengok orang buat jahat, ok ja hidup dorang. Yang aku, buat silap sikit, allah hukum. Kadang aku rasa allah cuma tengok aku. I dont feel anything.

2. Saya sebenarnya sunyi. Tiada teman istimewa.
Ada satu perasaan yang kuat menghambat saya.
Dari kecil sehingga dewasa, saya seorang yang kuat belajar. Dari sekolah rendah hingga U. Di sinilah banyak kenangan pahit. Fasa penting dalam hidupku. Hidupku hanya belajar. No life. Dan dasyhatnya disini aku dibuli emotional & physically. Sebab aku easy target. Aku masih ingat lagi, setiap hari aku rasa down. Insecure. Keseorangan. Hopeless. Sedih bila mengenangkan. Disini aku dekat dengan tuhan. Tetapi yg membulj aku, ok pula hidup dorang. Mereka move on. Aku rasa allah tengok aku ja pun. Biarpun sudah sekarang. masa berlalu, tetapi efeknya kekal.
Apa yang ketara, aku believe hidupku cursed being lonely. Tidak pandai bersosial. Im a yes man. Avoid conflict. Yang sebenarnya, aku tak kuat ekspressi feelingku sendiriku. Entahlah. Aku rasa da terlambat.
Saya juga penat jadi anak baik. Jujur, kadang aku rasa penat bekerja untuk menyara orang tua.
Letih hati dan perasaan tiada yang menolong. Bagus lagi jadi anak biasa2, tiada pressure. Disebabkan obligation ni, saya rasa hidup saya terkongkong. Tidak bebas. Rasa hipokrit sebab deny apa yang saya mahu, kerna terpaksa mendahulukan parents. Kita tahu dorang mengharap dengan kita.

Sedih mengenang hari tua. Siapa jaga kita. Dengan siapa hidup. Persediaan hari tuapun tiada. Ada orang pedulikah ?

3. Tolonglah saya. Minta pendapat agar clear otak saya ni. Tiada semangat. Nak hidup biasa2. Apa manis dari semua yang berlaku? Umurku dah lanjut. Akupun dah letih.

Andyscenes Publish time 1-11-2017 10:40 PM

aku nak bagi pendapat pun siapalah aku.. takpe nnt ramai la forummer baca threat kau ni

noraidil_06 Publish time 1-11-2017 10:41 PM

Hugs.Jgn pernah putus asa dgn janji Allah.I was in that phase when my son pass away.Org kate doa ibu tiadahijab. Hari2 i doa supaya ank i sihat. Tp Allah ambik juga ank i.Kenapedlm hal ni doa i x dimakbulkan.

But i duduk diam2 count my blessing.Now i am at peacewith myself.I love people around me. I choose to love more.

noraidil_06 Publish time 1-11-2017 10:45 PM

Andyscenes replied at 1-11-2017 10:40 PM
aku nak bagi pendapat pun siapalah aku.. takpe nnt ramai la forummer baca threat kau ni

Bagi jelah.Y do i feel TT ni MN. tp x pelah. X kisah pn kalau dia MN

mabelesrossa Publish time 1-11-2017 10:48 PM

Hidup nie mcm2 cabaran tp jgn putus asa unt masa hdpn sendiri. You resign ke or diberhentikan? Luahkan semua..

becir Publish time 1-11-2017 11:01 PM

Mcm sama situation Kita sekarang..just that I'm married tapi my spouse don't care apa jadi ngan wife dia yg unemployed Ni..pandai2 la hidup. Sedih? Pening kepala pikir camne nak bayar bill? Not his problem kekdahnya..

*Hugs*

lil_sparky Publish time 1-11-2017 11:07 PM

Kne retrenched?

MeghanK Publish time 1-11-2017 11:12 PM

becir replied at 1-11-2017 11:01 PM
Mcm sama situation Kita sekarang..just that I'm married tapi my spouse don't care apa jadi ngan wife ...

sorry nak tanya

habis u tak keje, camne nak bayar bill..laki u tak bagi keje ke :sweat3:

MeghanK Publish time 1-11-2017 11:13 PM

to TT, sabar la ye..setiap orang ada fasa camni dalam hidup masing2..jangan putus asa, masa uols mungkin belum sampai..insyaallah satu hari nanti..rezeki orang tak sama

mommymonster82 Publish time 1-11-2017 11:15 PM

Allah..moga dipermudahkn urusan dan ditunjukkan jalan keluar..kesian u..{:1_537:}

Andyscenes Publish time 1-11-2017 11:28 PM

noraidil_06 replied at 1-11-2017 10:45 PM
Bagi jelah.Y do i feel TT ni MN. tp x pelah. X kisah pn kalau dia MN

Alamak x tau MN tu apa?

noraidil_06 Publish time 1-11-2017 11:31 PM

becir replied at 1-11-2017 11:01 PM
Mcm sama situation Kita sekarang..just that I'm married tapi my spouse don't care apa jadi ngan wife ...

Tipikal husband skrg. Kawin utk sex je kut. Lupe sex come with tggjwp

lambada Publish time 1-11-2017 11:38 PM

Hi "Dear Me"

I sympathy, and could feel what you are feeling...
Tapi, percayalah....bukan Allah tak hiraukan, tapi itu lah tanda Allah sedang observing you, give you a serial of trial and testing, challenges, kepada hamba2Nya yang Dia sayang. Kebaikan:
1) Kafarah, penghapusan dosa
2) Pahala, dan kenaikan darajah di sisi Nya.
3) Ibadah, kerana dugaan Nya akan diganjari. Mungkin bukan sekarang, tapi dalam multi-facet kebaikan (Alternatively, nikmat kesihatan etc.)
4) Penangguhan: Bukan doa u tak di tunaikan, Tapi Allah tangguhkan, pada MASA dan ketika yg sesuai.

last not least, not to worry jika penduduk dunia tidak mengenali kita, Yg lebih penting dan utama,penduduk langit mengenali kita, dan itu adalah yg terbaik untuk u, dan yg paling baik disisi Nya...

Trust me, and believe to Allah, the almighty...and trust to yourself, too...

ladybugz Publish time 1-11-2017 11:39 PM

Mungkin ni lah hidup. Some days are good some days are bad. Apapun dont give up dik. U can get through this. U r a human, u feels. My father used to say to me, hidup di dunia ni ibarat penjara sbb kita x boleh terlalu selesa dgn dunia sbb ianya hanyalah persinggahan sementara. Org yg u nampak hidupnya bahagia n ok je tu x semestinya gitu. Maybe die ade ujian hidup yg org x tau. Wallahualam. In shaa Allah setiap kesusahan ade kebahagiaan. TT org yg terpilih sbnrnya, untuk menjadi insan yg lebih baik.

Jalan cerita TT ni seolah ade persamaan dgn adik lelaki sy. Moga beroleh ketenangan di dunia n di akhirat.

gummiebear Publish time 1-11-2017 11:42 PM

Kuatkan semangat tt.. jangan pernah menyerah. Rahmat dan rezeki Allah ni luas. I selalu tanamkan dalam hati, apa2 yg jadi ada sebabnya dan semuanya adalah jalan yg telah diaturkan oleh Allah. Tapi bukanlah bermaksud kita kena terima saja bulat2.. harus berusaha dan berdoa. Dalam Quran pun ada sebut, beserta kesulitan itu ada kemudahan.

Have faith in Allah.. Better days are coming, insyaAllah

edee_91 Publish time 2-11-2017 12:06 AM

TT kau ada nak elaborate more pasal kesihatan brain kau tak? sebab kejap pakai saya kejap aku. macam ada abnormality kat situ.

Nenasketum Publish time 2-11-2017 12:13 AM

Salaam tt. Mulakan dengan ikhlas hati, redha diatas ketentuannya. Jangan putus asa dengan Rahmat Allah. Selagi manusia hidup, selagi itu kita diuji. Jika tt salahkan Allah, yang beragama Hindu, kristian apa pulak alasan mereka? Yang tak taat pada Allah, aniaya orang tapi hidup mewah, itu dibantu syaitan. Nak minta dari Allah memang lambat dapatnya tapi bila diberi keberkatannya kekal insyaallah.
Tt jagalah kebajikan ibu bapa dengan ikhlas. Itu suatu hadiah yang ramai tak nak atau tak dapat kecapi.
Aku bagi testimoni ek apa keberkatan aku dapat sebab jaga mak yang hidapi dementia. Aku jaga seorang sebab yang lain tak sudi. Susahnya ya amat tapi nama aku nak tinggalkan dia, takkan aku buat. Allah bagi aku rezeki yang cukup dan tak putus. Aku mnikah lewat, siapa nak tanggung perkara sebegitu dengan aku. Career aku tengah naik di international co, tapi aku redha dengan ketentuan itu. Aku jumpa jodoh aku, seorang lelaki yang baik dan hebat. Dia dianiya oleh mereka yang tamak dalam Umno tapi dia tak putus asa. Dia pulak jaga mak aku dengan baik bila aku mengandung. Suami aku antara mereka yang Tun M panggil balik untuk pulihkan ekonomi zaman gawat 94/95. Dengan berbekalkan experience/exposure, dia pergi sendiri dan dapat tanah di west africa untuk dimajukan, beratus ribu hektar. Kami percaya itu hadiah Allah kerana menjaga mak dengan ikhlas.
Point aku tt, take it easy. Take one day at a time. Ikhlaskan hati menjaga ibu bapa. Insyaallah rezeki datang dengan tidak disangka2. Surround yourself with positive people. Jika Allah nak bagi, amat mudah bagi Dia.
Wallahuallam. (Dah macam ceramah agama plak :)).

irlene_hana Publish time 2-11-2017 12:28 AM

Jangan pernah putus asa dengan rahmatNya

Miming2 Publish time 2-11-2017 12:28 AM

lambada replied at 1-11-2017 11:38 PM
Hi "Dear Me"

I sympathy, and could feel what you are feeling...


Rasa soothing sgt bila baca your comment. Justification yg Make sense

Miming2 Publish time 2-11-2017 12:37 AM

Rabbi Yassir Wala tu'assir ya karim. Rabbi tammim bil khoir. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan TT. Aamin.

TT, anggap sajalah ini sebahagian dari ujian hidup. Jgn sangka those yg oernah buli tt tu aman2 sja. Ada pembalasan nya, its just that kita tak nampak and in a way yg kita tak akan possibly terfikir pun. Allah dah atur. Dia Maha Adil. InShaaAllah, dosa pahala akan diadili seadil adil nya. All the best TT, don't lose hope. Cuba fkir dri another perspective, tt mohon doa, tapi Allah tak makbulkan (maybe akan dimakbulkan one day or who knows Dia gantikan dgn rezeki yg lain) to the point tt tak nak berdoa, tpi Allah tak tarik pun nikmat yg lain. Dapat hidup pun, dpat breath pun satu nikmat. Just count your blessings. Sabar
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: AKU SUDAH LETIH


ADVERTISEMENT