jiwarasa Publish time 1-11-2017 03:35 PM

Inilah Fungsi-fungsi Butang F1-F12 Pada Keyboard Komputer Sebenarnya



Sekiranya anda masih belum tahu, huruf ‘F’ pada papan kekunci komputer anda bermaksud ‘function’ atau pun fungsi. Kekunci tersebut dinamakan kekunci fungsi di dalam Bahasa Melayu.


https://www.taikotai.tv/wp-content/uploads/2017/10/function_key_hacks_featured.jpg


Sesuai dengan namanya itu, sudah tentulah setiap kekunci mempunyai fungsinya tersendiri yang benar-benar dapat menjimatkan masa anda.F1: Memaparkan skrin bantuan untuk hampir semua program komputerF2: Untuk menukar nama failF3: Membuka fungsi pencarian untuk aplikasi yang sedang digunakanF4: Apabila ditekan dengan butang ‘Alt’ pada masa yang sama, aplikasi atau program yang aktif akan ditutupF5: Memuat semula atau ‘reload’ laman yang sedang digunakan
F6: Menggerakkan petunjuk ataupun ‘cursor’ ke kawasan URL atau alamat sesawangF7: Digunakan untuk menyemak ejaan dan tatabahasaF8: Membuka menu boot ataupun ‘boot menu’ semasa menghidupkan komputerF9: Memuat semula ataupun ‘reload’ dokumen pada ‘Microsoft Word’ dan menghantar atau menerima email pada ‘Miscrosoft OutlookF10: Mengaktifkan menu pada aplikasi yang sedang digunakan. Apabila ditekan dengan butang ‘Shift’ pada masa yang sama, fungsinya seperti menekan kanan pada tetikusF11: Membuka paparan penuh ataupun mengecilkan semula laman melayar internetF12: Membuka kotak dialog semasa menyimpan dokumenhttps://www.taikotai.tv/wp-content/uploads/2017/10/FUNCTION-KEYS.jpg

brian51 Publish time 1-11-2017 08:12 PM

jarang guna FFF ni

redbutterfly Publish time 7-11-2017 01:48 AM

Sebenarnya semua butang tu bkn sekadar utk taip...tp ianya mudahkan lg kerja kite. Tp kite ni dh biasa klik sana klik sini.
Pages: [1]
View full version: Inilah Fungsi-fungsi Butang F1-F12 Pada Keyboard Komputer Sebenarnya


ADVERTISEMENT