Resipi Pearl Ala Chatime, Campur Pula Dengan Air Bancuhan Sendiri! Memang Puas
Panas-panas macam ni, dapat hirup minuman yang sejuk dan berais memang puas habis!Bila keluar berjalan-jalan, nampak pula Cool Blog atau Chatime, mesti singgah.
Selain airnya yang memang sedap, rasa kenyal-kenyal bubble atau pearl di dalamnya memang menjadi pujaan hati.
Senang sahaja, boleh buat di sendiri di rumah. Jom cuba!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/31/131052qnjjkuz5l62bqal7.jpgFoto: pinterest.co.uk
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung ubi
secubit garam
1 sudu teh esen vanila
Pewarna hitam
Sedikit air utk menguli
Gula 3 sudu besar untuk merebus
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/31/133630zfmg1ff7ybffy116.jpg
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sampai adunan tak melekat di tangan
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/31/133630wu0v7yitq97yjqvn.jpg
3. Gentel kecil-kecil sehingga siap
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/31/133630mwigf3eouiipguuz.jpg
4. Rebus dengan air gula sampai masak.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/31/133631kj35p6338p8pzpy6.jpg
Siap dan selepas itu boleh bancuh air apa-apa pun mengikut citarasa sendiri. Masukkan bubble/pearl yang dah siap tadi ke dalamnya!
Anak-anak mesti suka, tak perlu beli mahal-mahal di luar. Selamat mencuba!-CARI
Kredit Resipi: Suzi Yanti Md Hane Pewarna hitam tu mungkin boleh substitute with natural deriving fruit or vegetable color.
Best lah thread explorasa sekarang. Ada je resipi or perkongsian baru hari hari. Menarik!!! nanti free nak cuba Bole try ni..
brp lama boleh tahan kalau buat banyak banyak ni haah berapa lama tahan ye TT? penting gak ni nak tau.
Sebab nak buat banyak skaligus senang tp takut cepat rosak dah penah buat masa 9Nov2016 (nak setahun dahhhh) ;Psimple je bahan nak buat. tapi nak menggentel tu letih..
sbb kena buat kecik2. nnti masa rebus dia mengembang.
Bancuh dgn milo je ;P
Mmg fav anak2 iols pearl ni. Nasib baik anak2 suka hasil air tgn mummy dia ni
(walaupun tak secantik & smooth mcm kat Chatime/TeaLive tu)
bestnyaaaa.. tq sgt wah boleh try .................... Alamak my favourite nisako replied at 1-11-2017 10:04 AM
wah boleh try ....................
Wah panjang nye noktah hang ;P
wow...thanx kongsi kt sini...anak mmg suka sgt klu kt chatime tu
pearl dgn susu segar tu je n cincau wahhhhh... nak try laaa... bagus2... favourite ni!! dulu ingat pearl tu biji sagu yang merah tu di kaler hitam thanks for the recipe tt.. kalau rajin nanti boleh buat.. lagi2 time hujan malas nak keluar pewarna hitam tu kalau takde nak ganti dgn apa? Bookmarked {:love tq sharing recepi Tapayana replied at 3-11-2017 11:37 AM
pewarna hitam tu kalau takde nak ganti dgn apa?
Dakwat sotong mungkin. ;P Felycya replied at 6-11-2017 09:42 PM
Dakwat sotong mungkin.
Kelakauuu nokss... sotong kurita ke sotong cimb ni???
Guna dakwat pen hitam boleh x????
Pages:
[1]
2