Lagubestbest Publish time 30-10-2017 06:51 PM

Peta Saiz Sebenar Setiap Negara

Edited by Lagubestbest at 30-10-2017 07:00 PM

https://www.blazerexhibits.com/wp-content/uploads/2014/09/world-map-e1409934697743.gif

Kita dah biasa pakai peta diatas yang tunjuk belah utara peta lebih besar berbanding selatan. Tapi kalau ikut dimensi sebenar peta berdasarkan globe yang kemudiannya ditarah dengan pisau dan dihampar rata, kita boleh dapat peta yang macam ni, namanya peta Waterman Butterfly.

https://www.jasondavies.com/maps/waterman-butterfly/full.png

Nampak?
- Benua amerika selatan (paling kiri) bermula dari mexico (oren) hingga argentina (biru) di bawah saiznya dua kali ganda besar berbanding USA. Buang alaska, brazil dan usa saiz tiada beza.
- Negara-negara eropah keseluruhannya mempunyai ruang udara yang hampir sama saja dengan gabungan malaysia dan indonesia. Eg: Great Britain / United Kingdom / Europe sangatlah cenonet berbanding benua afrika yang mereka eksploitasi dari dulu hingga kini.
- Russia walau besar tiadalah nampak macam saiz sebesar alam macam di peta yang normal kita tengok.

Moral of the map?
- Negara-negara di belah bawah dunia tak perlulah lemah akibat ilusi peta politik yang digunapakai sekarang. Silalah mendunia dan berbangga sebab saiz tanah kita pun sama besar saja dengan mereka di belah atas yang dipandang "sangat besar" dalam segala hal.
- India boleh hentam eropah kot kalau nak.

raradhia Publish time 30-10-2017 07:45 PM

owhhh, mcm tu pulak dah? baru iols tau :D

gummiebear Publish time 30-10-2017 08:24 PM

Woww baru tahu jugak nih. Selalu tengok peta yg biasa tu ja. Great info {:thumbo

CiliPadiSedap Publish time 30-10-2017 10:17 PM

dulu masa kecil tgk peta kecil je fikir nak travel amerika naik basikal bila dah besar baru tahu betapa jauhnya amerika

shernazz Publish time 30-10-2017 11:42 PM

dolu masa iols tadika
iols igt china tu kat planet lain
us kat planet lain..
hahahaha

helicornia Publish time 30-10-2017 11:56 PM

serius aku tk paham citer benang ni..lemau ke aku
Pages: [1]
View full version: Peta Saiz Sebenar Setiap Negara


ADVERTISEMENT