palmolive Publish time 30-10-2017 04:55 PM

10 Motorsikal Bawah RM12,000 Paling Jimat Minyak di Malaysia

Buat anda yang sedang merancang untuk membeli motorsikal baru, kos perbelanjaan anda sebenarnya dapat dikurangkan dengan memilih motorsikal yang mempunyai penjimatan minyak yang tinggi. Laman web CompareHero telah melakukan perbandingan menyeluruh akan motosikal ekonomi terbaik di Malaysia. Selain penjimatan minyak (liter/100km), faktor seperti enjin, saiz tangki dan kemampuan turut boleh diambil kira.
10. Yamaha FZ150i
RM5.72/100km (2.6 liter/100km)Yamaha FZ150i mempertaruhkan enjin 150cc SOHC, beserta penyejuk cecair dan tangki bahan api 12 liter. Model ini adalah pilihan yang bagus bagi mereka yang sanggup membayar lebih untuk mendapatkan kuasa tambahan. Dengan harga RM 9,156.28, Yamaha FZ150i merupakan pilihan yang agak mahal dalam senarai ini. Tetapi dengan nisbah kecekapan bahan api sebanyak 2.6 liter/100km, motorsikal ini masih dianggap salah sebuah motorsikal yang paling jimat minyak di Malaysia.9. Honda MSX125
RM4.84/100km (2.2 liter/100km)Honda MSX125 merupakan sebuah model mudah dikendalikan, berfungsi dengan enjin 125cc, serta mempunyai kuasa yang mencukupi untuk memenuhi keperluan anda. Kapasiti bahan apinya ialah 5.7 liter. Dengan kecekapan bahan apinya iaitu 2.2 liter/100km, anda dapat memandu lebih dari 250 batu sebelum perlu mengisi semula minyak. Harga semasa ialah RM 11,128 yang menjadikannya agak mahal, namun ia kelihatan sporty dan kuasa yang ditawarkan juga cukup berbaloi.8. Yamaha 135LC
RM4.84/100km (2.2 liter/100km)Yamaha 135LC adalah adalah lebih murah berbanding dengan dua pilihan di atas, dengan harga jualan RM 7,068.08. Bagaimanapun, motorsikal ini mempunyai enjin 134cc SOHC, beserta penyejuk cecair dan tangki bahan api 4 liter, menjadikannya sangat tahan lama untuk kelas harganya. Nisbah kecekapan bahan api semasa ialah 2.2 liter/100km, yang bermaksud anda boleh pergi sejauh 181km sebelum perlu mengisi semula minyak.7. Modenas GT128
RM4.84/100km (2.2 liter/100km)Modenas GT128 adalah satu-satunya motorsikal dari jenama Modenas yang tersenarai. Motorsikal ini mempunyai enjin 130cc dan tangki bahan api 4.3 liter. Kecekapan bahan apinya ialah 2.1 liter/100 km, yang menjadikannya lebih jimat dari kedua-dua Yamaha 135LC dan Honda MSX125. Harga jualan semasa model ini ialah RM 5,600.6. Suzuki Smash V115
RM4.40/100km (2.0 liter/100km)Suzuki Smash V115 merupakan gabungan praktikal kuasa tinggi dan kecekapan bahan api. Motorsikal ini mempunyai enjin 115cc dan tangki bahan api 4.3 liter. Kecekapan bahan api model ini ialah 2.0 liter/100 km, yang membolehkan anda melakukan perjalanan 215km sebelum perlu mengisi semula minyak. Harga jualan semasa ialah RM 4,847.5. Honda Wave Alpha
RM4.18/100km (1.9 liter/100km)Salah satu daripada empat motorsikal dalam senarai ini secara rasmi dikategorikan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV). Salah satu daripadanya ialah Honda Wave Alpha, yang mempunyai enjin 125cc dengan tangki bahan api 3.7 liter. Penarafan kecekapan bahan api semasa model ini ialah 1.9 liter/100 km. Jarak perjalanannya ialah sejauh 194 km, sebelum minyaknya perlu diisi semula. Anda boleh membeli model ini dengan harga cuma RM 4,291.94.4. Honda Wave Dash Fi
RM3.96/100km (1.8 liter/100km)Honda Wave Dash Fi mempunyai enjin 109cc silinder tunggal udara sejuk 4 strok, dengan tangki bahan api 4 liter. Kecekapan bahan api model ini juga adalah salah satu yang terbaik di negara ini iaitu 1.8 liter/100 km. Harga jualan semasa motorsikal EEV ini ialah RM 5,669.94. Harganya mungkin sedikit mahal berbanding model lain, tetapi ia juga menawarkan penjimatan minyak yang lebih.3. Honda Future Fi
RM3.96/100km (1.8 liter/100km)Salah satu motosikal EEV di bawah jenama Honda, Honda Future Fi mempunyai enjin 125cc suntikan bahan api SOHC dengan tangki 5.4 liter. Tangki bahan api yang besar digabungkan dengan nisbah kecekapan bahan api yang kompetitif iaitu 1.8 liter/100 km menjadikan model ini boleh bertahan sejauh 300km sebelum perlu mengisi semula minyak. Harga jualan semasa ialah RM 6,072.74.2. Honda EX5-Fi
RM3.96/100km (1.8 liter/100km)Dengan tangki bahan api 4.3 liter dan enjin 110cc suntikan bahan api SOHC, Honda EX5-Fi adalah satu daripada hanya empat motorsikal di Malaysia yang mempunyai status EEV yang didambakan. Untuk motorsikal antara 100cc dan 150cc, ia perlu mencapai 2.2 liter/100 km atau kurang untuk status EEV. Model ini merupakan salah satu motorsikal yang paling jimat minyak di Malaysia iaitu 1.8 liter/100 km. Anda boleh memandu lebih dari 230km sebelum perlu mengisi semula minyak. Dengan harga hanya RM 4,715.94, Honda EX5-Fi sememangnya salah satu pilihan terbaik dengan harga yang berpatutan.1. Treeletrik T-70
Berada di nombor satu ialah Teeletrik T-70. Motor elektrik sepenuhnya ini boleh didapati dengan harga hanya RM 4,982 dan mempunyai kelajuan maksimum 60 km/j. Ia boleh dicas sepenuhnya dalam tempoh dua jam apabila menggunakan pengecas yang pantas. Apabila dicas sepenuhnya, model ini mempunyai capaian maksimum 70km.Ternyata, Teeletrik T-70 boleh menjimatkan ribuan ringgit berbanding motorsikal konvensional yang berasaskan bahan api. Ini tidak mengambil kira kos tambahan bagi penyelenggaraan yang biasanya terpaksa ditanggung pengguna kenderaan berasaskan petrol.sumber: https://iluminasi.com/bm/10-motorsikal-bawah-rm12-000-paling-jimat-minyak-di-malaysia.html


palmolive Publish time 6-11-2017 03:23 PM

no. 1 tak pernah jumpa kat malaysia nie
Pages: [1]
View full version: 10 Motorsikal Bawah RM12,000 Paling Jimat Minyak di Malaysia


ADVERTISEMENT