mrizumi Publish time 29-10-2017 11:51 PM

Halba dan Khasiatnya

Edited by bianglala at 9-1-2019 09:06 PM

Selalunya kalau makan nasi dagang mesti tergigit rempah kecil dalam nasi tu..xsuka plak rasa dia..Selama ni xpernah ambik kisah sangat,satu time tu try tanya la mak pasal rempah kecik tu.Halba namanya,then rajinkan diri google pasal halba..rupanya memang banyak khasiat halba ni..:) https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201710/29/233127ctdrtys9nxf4n634.jpg

Halba ataupun fenugreek ataupun nama saintifiknya adalah Trigonella Foenum-Graecum adalah satu pokok.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201710/29/233732szx01kpj1cx07zj0.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201710/29/233133pzuy4y900m333k43.jpg
Nutrient yang terdapat dalam halba adalah asid amino, kalsium, asid lemak, folat, zat besi, magnesium, mangan, fosforus, potassium, selenium, zink dan vitamin B1, B2, B3 dan vitamin C.

Rasulullah saw bersabda:

Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas (Books of Sufi Healing m.s.58) Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda: Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201710/29/233142zjngtxb2o1iojug0.jpg


Antara khasiat halba:

1. Halba adalah antara rempahan yang panas, dan ia membantu memanaskan badan bagi mereka yang sentiasa merasa tubuh 'sejuk' dan penuh 'angin'.

2. Amat sesuai ditambah dalam air suam atau ke dalam nasi untuk menambah susu ibu dan ia membantu menambah susu ibu dalam sehari dua sahaja selepas mengamalkan halba.

3. Turut membantu menstabilkan hormon wanita khasnya.

4. Dikatakan bahawa halba amat bagus dimakan bersama-sama kurma ajwa.

5. Halba amat bagus bagi permasalahan wanita termasuk untuk melancarkan haid, menghilangkan kembung,sebu dan senak rahim , mengurangkan senggugut serta merangsang rahim.

6. Halba juga amat bagus sebagai pencuci perut, menguatkan jantung, menghilangkan lendir dalam tekak, melegakan sakit kepala dan masalah migrain dan menyembuhkan buasir.

7. Dikatakan juga halba amat bagus bagi rawatan masalah kulit dan bisul, membantu mengurangkan berat badan dan masalah kegemukan, menyembuhkan buasir serta mengawal kencing manis.

8. Halba juga turut digunakan sebagai teh bagi menguatkan nafsu baik bagi kaum wanita atau kaum lelaki, malah dikatakan bahawa tabib kuno cina menggunakan halba bagi merawat masalah mati pucuk dan masalah penyakit batin kaum lelaki.

9. Halba juga berguna untuk menambah tenaga dan menguatkan badan, malah bagi anak-anak remaja atau sedang dalam tumbesaran halba membantu menguatkan badan dan tumbesaran yang lebih sihat.

10. Adalah diberitahu campuran ramuan halba dan madu asli membantu mengurangkan ketagihan rokok dan dadah. Wallhualam.

11. Halba juga membantu melegakan sistem monopos.

12. Turut merawat masalah usus, ekzema, mencarikan kahak, masalah kulit, ulser , gout dan penyakit auto imun lain.
13.Membantu mencuci perut dan darah sekaligus mencantikan struktur kulit dari dalam.

14.Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan

15. Menambah kecerdasan otak kanak-kanak.

Selalunya cara untuk mengamalkan halba dengan rebus halba buat seketika dan minum tapi zaman sekarang dah ada bentuk kapsul.
Teh halba boleh ditambah dengan madu dan perahan limau.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201710/29/233836e1112o1k28vtxemz.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201710/29/233827yhvvbqf6h88rtc8y.jpg
Contoh kapsul halba

Halba ditanam dari biji.Rendam biji selama 12 jam sebelum ditanam.Biji akan bercambah.Gunakan tanah kompos yang tidak menakung air.Tanam biji sedalam 2 cm (3/4 inci).   Apabila pokok halba tumbuh, cabut pokok yang terlalu rapat untuk jarakkan kira-kira 5 cm (2 inci).Daun halba seakan-akan rumput clover.Buahnya adalah berbentuk kekacang.Petik apabila buah bewarna kekuningan.


Antara penggunaan halba dalam makanan


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201710/29/233750j9zr926h142293mf.jpg
Halba dalam kuih putu

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201710/29/233819qgie390i0l4xllil.jpg
Halba dalam masakan kari
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201710/29/233806ol848lll98hey8ce.jpg
Halba dalam nasi dagang


Harap jelas,pertama kali buka thread pasal pokok.;P
Mari kongsi dan tambah info anda tentang halba disini..



mrizumi Publish time 30-10-2017 12:06 AM

*Info Tambahan buat wanita diluar sana..;P
Halba boleh digunakan sebagai skrub dan masker untuk kulit lebih anjal dan cantik..
Sy sertakan link cara membuat masker dan skrub halba:D

https://www.google.com/amp/www.mingguanwanita.my/wanita-ini-kongsi-cara-buat-skrub-semulajadi-untuk-awet-muda-guna-halba-putih-telur-je/%3famp_markup=1

GigaMom Publish time 30-10-2017 12:54 AM

Thanks info

mommymonster82 Publish time 30-10-2017 01:12 AM

Suka bau halba ni..

armin Publish time 30-10-2017 02:34 AM

Patutla masa meols gastrik mertua meols bg minum air rebusan halba. Minum secawan je, terus elok angin and gastrik.

helicornia Publish time 30-10-2017 06:39 AM

tengok gambo nasi dagang tu sedapnye..

noraidil_06 Publish time 30-10-2017 07:22 AM

Halba ltk dlm nasi lemak best baunye. But i can drink halba kerap2. Sbb blh sbbkan badan berbau

noraidil_06 Publish time 30-10-2017 07:23 AM

mrizumi replied at 30-10-2017 12:06 AM
*Info Tambahan buat wanita diluar sana..
Halba boleh digunakan sebagai skrub dan masker untuk kul ...

Nak try this oneeee

raradhia Publish time 30-10-2017 08:31 AM

mmg laa x ambik kisah sgt sbb llaki kan ;P

iols sabahan ni jarang masak guna halba, masak simple je :loveliness:

mdhelmi Publish time 30-10-2017 09:42 AM

ayat 1st dah sebut nasi dagang
lapar la pulak

meisapoya Publish time 30-10-2017 12:19 PM

Patut le putu halba jual musim hujan

mrizumi Publish time 30-10-2017 01:56 PM

raradhia replied at 30-10-2017 08:31 AM
mmg laa x ambik kisah sgt sbb llaki kan

iols sabahan ni jarang masak guna halba, masak simple...

Ya kah? Jrg juga my mak guna utk memasak..tu yg mkn luar pelik tbe2 ada..;P

mrizumi Publish time 30-10-2017 01:58 PM

noraidil_06 replied at 30-10-2017 07:23 AM
Nak try this oneeee

Silakan.:D.tahan lama jgk bau halba ni..tp xkuat smpai memeningkan..ok2 je..
Tp putih telur xbau hanyir ye utk mask muka?

raradhia Publish time 30-10-2017 02:13 PM

mrizumi replied at 30-10-2017 01:56 PM
Ya kah? Jrg juga my mak guna utk memasak..tu yg mkn luar pelik tbe2 ada..

uols mkn apa tu? HAHA, iols slalu mkn nasi dagang tu laa selalu npk benda ni. . ;P ingatkan sejenis kacang. .HAHA

mrizumi Publish time 30-10-2017 02:16 PM

raradhia replied at 30-10-2017 02:13 PM
uols mkn apa tu? HAHA, iols slalu mkn nasi dagang tu laa selalu npk benda ni. .ingatkan sejeni ...

Kacang?;P
Ari tu p makan nasi lemak..ada jgk depa letak mnda ni..tu yg pelik..bila masa nasi lemak ada rempah ni..haha

noraidil_06 Publish time 30-10-2017 03:28 PM

mrizumi replied at 30-10-2017 01:58 PM
Silakan..tahan lama jgk bau halba ni..tp xkuat smpai memeningkan..ok2 je..
Tp putih telur xbau...

X la.bkn lama pun nk ltk kt muka

haryatie Publish time 30-10-2017 04:21 PM

noraidil_06 replied at 30-10-2017 07:22 AM
Halba ltk dlm nasi lemak best baunye. But i can drink halba kerap2. Sbb blh sbbkan badan berbau

iyer ker..selalu minum boleh sebabkan badan berbau
selalu jugak minum..tp xde pulak rsa mcam badan berbau
kalau berbau mesti ank i da bising2 kut..
nnti nak tnya ank i..
yg perasan menten slim ada laaa..

noraidil_06 Publish time 30-10-2017 04:29 PM

haryatie replied at 30-10-2017 04:21 PM
iyer ker..selalu minum boleh sebabkan badan berbau
selalu jugak minum..tp xde pulak rsa mcam bada ...

Tu kt sy la. Org lain sy tatau. Kalau ok dgn u,Teruskan la. Sy mmg jarang2 minum bknx minum lsg

Ipo Publish time 31-10-2017 09:30 PM

Wow! Banyak kelebihan halba rupanya:)
Kuih sagu dengan kuah santan pun bubuh halba:D

mrizumi Publish time 1-11-2017 09:15 AM

Ipo replied at 31-10-2017 09:30 PM
Wow! Banyak kelebihan halba rupanya
Kuih sagu dengan kuah santan pun bubuh halba

Itulah..baru tahu gak..;P
Ipo buka pkai pc ke phone?
Thread sy ni nmpk bpe gmbr?
Sbb sy post pakai phone..tgok ada dlm 6 gmbr..bila ada buka pakai pc nmpk 3 gmbr je..:sweat3:
Pages: [1] 2
View full version: Halba dan Khasiatnya


ADVERTISEMENT