CARI-MAL Publish time 26-10-2017 04:46 PM

Chicken Mango, Gabungan Masam Manis Dan 'Crunchy' Mengangkat Selera!

Pernah dengar tak Ayam Mangga Ala Thai atau nama 'glamour'nya Chicken Mango?




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/26/164310pogorpqprgg2cie4.jpg



Satu ketika dahulu, makanan ini pernah tular tau. Resipi yang berasal dari Thailand ini cukup popular di mana-mana kedai makan ala Thai.


Memang menggugat selera! Bayangkan hirisan mangga yang masam manis digabungkan dengan hirisan ayam yang rangup. Fuh, memang terangkat jika dimakan ketika panas.


Resipi dan penyediaannya pun sangat mudah. Jom tengok!




Bahan Ayam:
2 keping dada ayam
1 ulas bawang putih
Sedikit garam
Lada sulah
Tepung jagung



Cara:
1. Isi dada ayam dipotong kecil
2. Tumbuk bawang putih dan lumurkan pada ayam, kemudian masukkan juga sedikit garam dan lada sulah.Perap seketika.
3. Golek-golekkan ayam yang telah diperap pada tepung jagung dan biar melekat pada isi ayam sebelumdigoreng tenggelam sehingga kekuningan.
4. Angkat dan toskan setelah masak. Ketepikan



Bahan Sos:
2 sudu besar sos Plum
1 sudu kecil sos cili/Thai
1 sudu kecil sos tomato
Potongan cili padi ~ ikut suka nak berapa biji
sedikit air suam
Gula dan garam secukupnya
Parutan buah mangga muda


Campurkan kesemuanya dan rasalah. Biar sedikit manis.




Hiasan:
Parutan mangga dan lobak merah untuk ditaburkan di atas ayam.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/26/164310elha1xgaql1axrdr.jpgFoto: Blog Masam Manis






Selamat mencuba dan menjamu selera! - CARI




Kredit resipi: Blog Masam Manis

raradhia Publish time 26-10-2017 05:37 PM

sedapnyaaaaa, nak cari mangga skrg jgak!!! {:cryrun

noraidil_06 Publish time 26-10-2017 06:07 PM

{:childlike sedap iols sll order kt member

munchkin Publish time 26-10-2017 06:37 PM

Sedap mango chicken. Sakura kristal melawati.

pinkypetal Publish time 26-10-2017 07:19 PM

munchkin replied at 26-10-2017 10:37 AM
Sedap mango chicken. Sakura kristal melawati.

Dulu i selalu jumpa ady putra and wife dia kat situ. 3 4x jugak. Diaorang owner ker?

Sebab asal pergi je mesti diaorang ada.

munchkin Publish time 26-10-2017 07:22 PM

pinkypetal replied at 26-10-2017 07:19 PM
Dulu i selalu jumpa ady putra and wife dia kat situ. 3 4x jugak. Diaorang owner ker?

Sebab asal ...

Tak lah. Sakura kristal ni adik beradik resto makan kulture.

Sakura dah wujud since 2004 2005 camtu. Dah lama.

Lilly.june Publish time 26-10-2017 09:33 PM

Telioq tengok!!{:childlike

misscendol Publish time 27-10-2017 09:49 AM

Alamaak tgh diet ni la tertengok post ni

vanillaninja Publish time 27-10-2017 12:21 PM

Tak pernah try. Memang sedap sangat ke. Malas pulak nak pergi area Melawati sana.

RatuDunia94 Publish time 27-10-2017 02:03 PM

Serius nk tanya. Apa beza sos plum n palm sugar?Sory kalo soalan bimbo. :P

candybatik Publish time 27-10-2017 07:09 PM

RatuDunia94 replied at 27-10-2017 02:03 PM
Serius nk tanya. Apa beza sos plum n palm sugar?Sory kalo soalan bimbo.

Sos plum cam sos tomato..masam manis. Palm sugar cam manisan@gula melaka

RatuDunia94 Publish time 27-10-2017 07:45 PM

candybatik replied at 27-10-2017 07:09 PM
Sos plum cam sos tomato..masam manis. Palm sugar cam manisan@gula melaka

Ok thanks....

ChestnutRed Publish time 29-10-2017 02:24 PM

Sedap.......

tembikai Publish time 30-10-2017 12:09 PM

hurmmm...sedapppppp

Nurz1234 Publish time 1-11-2017 12:44 AM

Yummy, craving for this kerabu mangga

notyghosty Publish time 1-11-2017 03:54 PM

boleh cuba ni.... nyummmmsss

nura88 Publish time 12-11-2017 12:49 AM

alamakk esok kena cari niii :'(

sapasapa Publish time 14-5-2021 06:10 PM

Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Pages: [1]
View full version: Chicken Mango, Gabungan Masam Manis Dan 'Crunchy' Mengangkat Selera!


ADVERTISEMENT