CARI-MRO Publish time 25-10-2017 02:03 PM

Ayuh Bercanda Di Tepian Pantai, Shell Beach Australia Diselimuti Jutaan Cengkera

Tengok dari jauh, pantai yang terletak di Australia ini nampak biasa-biasa sahaja, tiada apa yang unik berbanding pantai kebanyakan.


Tapi bila semakin dekat dengannya, memang boleh buat mulut melopong! Dah tak nampak pasir, sebaliknya ianya dipenuhi dengan jutaan kulit-kulit cengkerang.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/25/135347f3ljczf0ccwqqlpl.jpgFoto: Daily Mail


Padan dengan namanya, Shell Beach atau Pantai Cangkerang menjadi tempat yang wajib dilawati jika datang melawat ke negara ini.


Terletak di Shark Bay Road, Denham, Western Australia, pengunjung dinasihati memakai kasut yang bersesuaian untuk mengelak dari terluka.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/25/135417zgi7mijm6pij686o.jpgFoto: Trover/Judith


Bukan sahaja berjalan di tepian, pantai ini memang 'port' untuk berenang dan bersantai bersama keluarga.


Menurut portal Perthnow, pantai ini telah dinobatkan sebagai salah satu yang tercantik di dunia oleh National Geographic.


Tahap kemasinan air laut yang tinggi di situ telah menyebabkan tiada pemangsa, sekaligus menjadikan kerang membiak secara tidak terkawal.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/25/135539xitmfammphkvpvbv.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/25/135539v8v5uxgbyx4v4ax1.jpgFoto: Wild Image Nation


Cengkerang-cengkerang ini tersebar sedalam 10 meter dan 70 kilometer luasnya. Memang benar-benar menakjubkan!


Pantai ini sekarang sudah menjadi salah satu Tapak Warisan Dunia. Ayuh, tak sabar nak bercanda di tepi pantai sambil ditemani pemandangan indah ini. -CARI

ikinbest Publish time 25-10-2017 03:21 PM

wow .. x terbayang rasanya ,,, chantekkk{:childlikeo

syue86 Publish time 25-10-2017 03:40 PM

wahhh cantik gilerrrr

nurchomel Publish time 25-10-2017 03:55 PM

cantik masyallah.. boleh makan ke kerang ni?

diss69 Publish time 25-10-2017 04:01 PM

Ya Allah...cantik sesangat...kagum kebesaran Allah..

chaotic_soul Publish time 25-10-2017 04:03 PM

saya suke saya suke saya suke

ms.engine Publish time 25-10-2017 04:22 PM

cantiknya
bila la dapat pergi

pinkypetal Publish time 25-10-2017 05:47 PM

Cantikkk sangat

Lilly.june Publish time 26-10-2017 04:47 PM

cantekkknyee...tapi tak sakit ke bila pijak???
*sis tanye je sebab tak tau

tembikai Publish time 26-10-2017 05:40 PM

cantikk sgt ....seronoknya dlu dpt tgk dekat2...

misscendol Publish time 27-10-2017 09:49 AM

Cantiknya ciptaan Allah swt

Artemesiaa Publish time 27-10-2017 02:31 PM

Cantik tapi ada bahayanya.Kulit kerang yang kecil2 tu selalunya tajam dan boleh mencederkan

DeeHanania Publish time 28-10-2017 08:36 PM

Cantik yer...
:$
Pages: [1]
View full version: Ayuh Bercanda Di Tepian Pantai, Shell Beach Australia Diselimuti Jutaan Cengkera


ADVERTISEMENT