CARI-HBZ Publish time 23-10-2017 03:40 PM

MBM Cadang Harga Rokok Dinaikkan RM50 Sekotak, Setuju?






Kerajaan dicadangkan menaikkan harga rokok sehingga RM50 sekotak dalam Bajet 2018 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu usaha membendung gejala dadah membabitkan remaja dan belia.




Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Ahmad Saparudin Yusuf mencadangkan kenaikan harga tersebut bagi menjadikan rokok sebagai satu barangan mahal dan tidak mampu dibeli sehingga menyebabkan remaja dan belia sukar mendapatkannya.




Beliau berkata, berdasarkan pe-ngalaman dan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dadah, anak luar nikah dan virus HIV mendapati, rokok menjadi asas kepada masalah-masalah dan gejala sosial itu menjadi punca beberapa masalah kesihatan.




“Jadi, jika harga rokok dinaikkan kepada RM50, sebagai langkah awal, masyarakat tentu akan berfikir berapa kali untuk membeli kerana mahal,” katanya selepas program Sembang Bajet Utusan Online di sini baru-baru ini.




Kredit – Utusan

manehnya Publish time 23-10-2017 04:06 PM

eh ramai plak yg vote x setuju.. tu mssti gang rokok 3kotak sehari la tuh..

biaq ja naik, harga minyak masak pun naik dah

missinpiece Publish time 23-10-2017 04:09 PM

Naik mcamana pon sumber alternatif still ada...

AbukRokok Publish time 23-10-2017 04:12 PM

Ini tidak adil....

dubuk Publish time 23-10-2017 05:45 PM

RM 59.99 ok

emelia1509 Publish time 23-10-2017 05:53 PM

Sokong..

-electrifying- Publish time 23-10-2017 05:57 PM

hilang la punca pendapatan gov nnti klau naikkan rokok smpai 50 hengget

kubang Publish time 23-10-2017 09:38 PM

Setuju sgt...

Azrulh Publish time 23-10-2017 09:52 PM

Baik xjual terus xpayah nak pikir 2,3 kali.

Orix Publish time 24-10-2017 02:08 AM

Apa kaitan rokok ngn dadah? Anyway, kalau betul niat nak bendung kegiatan rokok di kalangan belia, haramkan jelah jualan rokok... kejadahnya dgan naikkan harga rm50 boleh bantu masalah ni? Iols rse kalau naik rm50, berduyun2 la org seludup rokok n jual secara haram..

GigaMom Publish time 24-10-2017 10:09 PM

Rokok seludup lgi mengundang pelbagai jenayah pak muntri oiii

prettyuglybabe Publish time 24-10-2017 11:32 PM

naik harga sampai rm100 pun bersepah rokok murah kat kedai bangla aceh bagai tu.. ko pikit rakyat heran ke..
pastu apa kena mengena dadah dengan rokok.. bukan semua perokok amik dadah dan bukan semua hisap dadah merokok..
sedih betul pemikiran dorang ni..

meya Publish time 30-10-2017 05:16 PM

Dengan harga sekarang pun macam-macam jadi apatah lagi naik RM50 sekotak?

Sape yang untung?

Alasan ‘sape suruh merokok, dah tahu bahaya’...tak boleh pakai.

Jangan asik salahkan orang yang hisap rokok ...fikir yang dapat faedah bila harga rokok naik.

swimswim Publish time 3-11-2017 07:44 PM

Aku sokong. Aku paling menyampah org isap rokok dkt kedai makan tak hirau org.

redbutterfly Publish time 7-11-2017 01:41 AM

Naik tinggi mana pun org tetap beli.

Dildil Publish time 8-11-2017 12:55 AM

Ye betul. Naik tinggi mana pun org beli jgk.

kristy77 Publish time 9-11-2017 02:54 PM

manehnya replied at 23-10-2017 04:06 PM
eh ramai plak yg vote x setuju.. tu mssti gang rokok 3kotak sehari la tuh..

biaq ja naik, harga m ...

bukan apa
kalau naik sampai rm50, yg merokok tetap mrokok
yang dipotong bajet dapur dan sekolah anak anak
elok boleh makan ikan tenggiri makan ikan kembung jer nanti
hehehe

manehnya Publish time 9-11-2017 04:08 PM

kristy77 replied at 9-11-2017 02:54 PM
bukan apa
kalau naik sampai rm50, yg merokok tetap mrokok
yang dipotong bajet dapur dan sekolah...

itu lah yg sedihnya

yang dipotong bajet dapur dan sekolah anak anakknp x da inisiatip nk berenti.. baiklah berjimat di zaman minyak mahal nih

AinRaz Publish time 10-11-2017 01:09 AM

saya sokong je harga rokok dinaikkan. Walaupun tetap ada ramai yg membeli tp saya percaya mesti ada gak yg stop merokok.. tak banyak, sikit pun jadi la :)

AinRaz Publish time 10-11-2017 01:14 AM

swimswim replied at 3-11-2017 08:44 AM
Aku sokong. Aku paling menyampah org isap rokok dkt kedai makan tak hirau org.

Pernah masa nak beli burger, penjual burger tu merokok.
Masa saya order tu tak perasan tangan dia ada rokok.
Bila dah order, abang tu buang rokok dia kat longkang & terus buat burger saya

T_T

tercemar burger yang saya makan tu
Pages: [1] 2
View full version: MBM Cadang Harga Rokok Dinaikkan RM50 Sekotak, Setuju?


ADVERTISEMENT