CARI-MRO Publish time 23-10-2017 12:36 PM

Kisar-Kisar, Tumis Dah Siap! Rendang Pedas Kerang, Pasti Memikat Selera

Hari-hari pening nak fikir menu apa yang nak dimasak. Ayam, ikan, sotong dah muak!


Sesekali bertukar selera lain pula nak? Siapa yang suka kerang dan pedas memang sesuai sangat dengan menu yang satu ini.


Gabungan kedua-duanya pasti meletup! Teruja nak cuba, jom tengok.


Resepi Rendang Pedas Kerang
3kg kerang - gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10minit, ambil isi


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/23/122440h5olylm865owq5os.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/23/122440bxx6v34nbr9w3v47.jpg




Bahan kisar
5 biji bawang merah ros
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai - ambil bahagian dalam putih sahaja
10 biji cili api kampong
10 tangkai cili kering - buang biji, rebus dan kisar halus
Santan - 1 biji kelapa
3 sudu makan kerisik
2 keping asam
3 helai daun kunyit - hiris halus


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/23/122440xtxspk5x6tlfy24l.jpg


Cara cara
1. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan, masukan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak
2. Masukkan santan - biarkan mereneh dengan api perlahan
3. Masukkan kerisik dan asam keping - reneh sampai pekat
4. Masukkan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan
5. Masukkan daun kunyit yang di hiris halus dan rasakan dengan garam


https://www.facebook.com/ResepiBuatSuami/videos/410321952704032/


Menyelerakan, makan dengan pulut atau nasi panas-panas. Pasti dapat memikat selera seisi keluarga. Selamat mencuba! -CARI


Kredit resipi: FB Resipi Memikat Suami

CardiGans85 Publish time 23-10-2017 02:19 PM

Sedapnye rendang kerang.....{:yameteh

hatikudus Publish time 23-10-2017 04:01 PM

Kerang pun dah mahal ya hamat....

deathacker Publish time 23-10-2017 04:18 PM

Kat kedai skrg dah lama x jual kerang yg fresh. Yg ada cuma kerang yg dah siap kopek.
X sdp,liat isinya. Tggu ada kerang fresh br nak buat

MissMamamia75 Publish time 23-10-2017 05:08 PM

Nak mengopek kerang berkilo2 tu yg akak xsanggup..{:cryrun

My fren..tiap2 thn menu utama hari raya dia rendang kerang..skali beli dekat 15 kilo..gigih sungguh diorg mengopek..dan sesangat la sedapnya rendang kerang versi fresh ni..

miznora Publish time 23-10-2017 08:10 PM

rendang kerang mmg sedap. sedara aku kalau raya mmg buat rendang kerang ni. kitorang dtg serbu rumah dia pasal rendang kerang ni la.. nak buat sendiri malas nak mengopek kerang bekilo2 hahaha

pinkypetal Publish time 24-10-2017 02:09 AM

Tak suka kerang.

amyza Publish time 24-10-2017 08:33 AM

Sedapnyee kerang tapi malas nak kopek. Kat pasar,kerang rm14/kg.huhu

hatikudus Publish time 24-10-2017 02:54 PM

MissMamamia75 replied at 23-10-2017 05:08 PM
Nak mengopek kerang berkilo2 tu yg akak xsanggup..{:cryrun

My fren..tiap2 thn menu utama hari ray ...

Mak oiiiii 15 kilo mau tido bangun tido bangun aku kopek tak siap2 :lol:

Lilly.june Publish time 26-10-2017 04:49 PM

sedapppnyeeee...dapt pulak keang yang freshhh fuhhh

Lilly.june Publish time 26-10-2017 04:52 PM

menu raya padu!

nurchomel Publish time 31-10-2017 11:29 AM

dah lama tak makan kerang.. dah mahalllll

Jorja Publish time 5-11-2017 11:43 PM

Throwback zaman u tiap malam makan kerang bakar cicah sos asam jawa

Daisyna Publish time 6-11-2017 03:35 PM

lamanya x mkn rendang kerang

zakiahmahadi Publish time 28-12-2017 07:29 PM

Akan dicuba...tq bg resepi

masmelon Publish time 29-12-2017 02:38 PM

deathacker replied at 23-10-2017 04:18 PM
Kat kedai skrg dah lama x jual kerang yg fresh. Yg ada cuma kerang yg dah siap kopek.
X sdp,liat is ...

eh betul3. kat pasaraya dah xde sngt yg fresh .. bnykyg dah siap kopek.. dah la tawar pastu liat.. kalau ada yg fresh pon x bnyk pastu kecik2 jek

masmelon Publish time 29-12-2017 02:40 PM

x pernh buat lagi rendang kerang.. tpi terasa jgk nak buat lebih2 lagi lepas tengok zarina zainordin post pasal rendang kerang kat ig dia

Rainrein Publish time 1-1-2018 08:59 PM

Nampak sedap. Ai da la suka semua masakan berkaitankerang nih. :P

sapasapa Publish time 14-5-2021 06:01 PM

Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!

sparkly Publish time 16-6-2021 03:58 PM

Tq for the recipe
Pages: [1]
View full version: Kisar-Kisar, Tumis Dah Siap! Rendang Pedas Kerang, Pasti Memikat Selera


ADVERTISEMENT