...jangan takut memberi...
Jangan takut berbagi rezeki, jangan segan memberi, semua yang kita ada hanya pinjaman, hanya sementara, dalam rezeki yang diberikan kepada kita ada hak orang lain, hanya diamanahkan sekejap pada kita untuk menjaganya. Tidak menjadi miskin dengan memberi bahkan Allah akan gantikan rezeki lain yang lebih baik...InsyaAllah Edited by AryaRose at 22-10-2017 07:12 PMtidaklah akan berkurang harta yang kita infaq/sedekahkan dengan ikhlas kerana Allah, melainkan Allah akan menggantinya dengan berlipat ganda Tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima :D Beri lah sesuatu yang kau sayang,jangan beri sesuatu yang kau sudah tak suka... the heart that gives, gathers... Sesiapa yg bersedekah akan dibalas 10 kali ganda lipat. So jangan takut miskin. Selama aku sedekah tak pernah sekali pun aku tak ada duit, rezeki sentiasa ada. Duit, makan-minum, harta dan ilmu akan menjadi bertambah berkat dengan berkongsi dengan mereka yang hampir dan memerlukan. Ini kerana diriwayatkan daripada Abu Darda RA bahawa Nabi salallahualaihiwassalam pernah bersabda ;
- -
Carilah keredhaan aku dengan berbuat baik kepada orang yang lemah di kalangan kamu kerana sesungguhnya kamu diberi rezeki dan pertolongan disebabkan orang-orang yang lemah di kalangan kamu.
Dalam riwayat yang lain menyebut ; Sesungguhnya Allah menolong umat ini dengan sebab pembelaan mereka kepada golongan yang lemah di kalangan mereka Cmn nak ikhlas yee.. ade sape leh jwb Didiklh hati... ikhlas sedekah kerna yg Maha Esa Adab bersedekah adalah tidak mengungkit-ungkit pemberian sedekahnya sebagaimana firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)." - SurahAl Baqarah ayat 264
Sedekah juga harus didahulukan kepada waris terdekat:
"Sedekahlah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim." - Riwayat Al Bukhari dan Muslim
Mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya Setiap kebaikan adalah sedekah
(HR Muslim) Setiap kebaikan adalah sedekah
(HR Muslim) Memberilah dengan seikhlas hati.Itulah saham anda di sana I memang percaya dan yakin dengan kuasa dan hikmah sedekah ni through own experience. Cuma kadang2 bila kita nak bersedekah tu biasalah ada je bisikan2 laknatullah tu untuk buat kita waswas dan takut untuk keluarkan/memberi apa yang bukan milik kita pun sebenarnya. Seseorang pernah bgtahu I, duit tu jgn letakkan pada hati, tapi letaklah pada tangan supaya mudah untuk kita memberi. Lagi satu sedekah ni pun ada pelbagai bentuk. Tak mampu bagi dari segi duit/harta, sumbanglah dari segi tenaga. Paling mudah sedekahkan doa.