Padu Rasa Masam Dan Pedas, Sotong Kukus Limau Memang Buat Kecur Air Liur
Sotong Kukus Limau, dengar nama menu masakan ini pun dah cukup buat air liur kecur.Kalau dapat rasa lagilah berganda-ganda nikmatnya! Masam, masin, manis dan pedas memang semuanya secukup rasa.
Penggemar sotong wajib cuba masakan ini sendiri di rumah ya. Jom cuba!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/20/165608tbebprryr6x585a5.jpgFoto: Facebook
Bahan-Bahan:
1. Sotong
2. Cabai melaka merah, hijau
3. Sos ikan
4. Limau nipis
5. Daun ketumbar (akar sekali)
6. Gula
7. Bawang putih
8. Daun pudina
9. Lengkuas, serai
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/20/165608talm6f06zfq0qimq.jpgFoto: Facebook
Cara-Cara
1. Cuci sotong bersih-bersih
2. Potong sotong tapi jangan sampai putus.
3. Susun sotong dalam bekas untuk kukus, letak lengkuas, serai (potong). Akar ketumbar Sedikit bawang putih. Letak atas sotong.
4. Kukus buka api paling kuat, dah masak buang air sotong.
Sos
1. Masuk 1 sudu bs gula, 3 sudu besar air limau, 2 1/2 sos ikan, satu ulas bawang putih dan cabai melaka potong.
2. Kacau hingga hancur.
3. Sos dah siap tuang atas sotong yang kita kukus tadi, angkat tabur daun ketumbar dan daun pudina hias dengan potong sedikit limau nipis2 letak atas.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/20/165513vo0202gbvcc2qbqv.jpgFoto: Facebook
Siap! Boleh hidang dan makan dengan nasi atau ratah begitu sahaja. Selamat mencuba! -CARI
Kredit Resipi: Irene Raihan {:childlike sedapnya.
Sedapnya...kecur liurr{:childlike {:childlikenak tryy Yum yum sedap weiii Alahai sedapnya.. Kecur tengok.. Masam2 manis tu Dah tak mampu nak makan sotong. Sotong mahal la sekarang Sedapnyaaaaaaaaaaa{:yameteh T_T kalau la bini aku bg aku guna dapur Sedap sgt ni. Lauk fav iols kalau ada soting segar. Ni lauk kegemaran aku..
Senang, ringkas, cepat dan lazat... Resepi macam siakap steam limau, tak de sotong boleh ganti ikan. moonbug replied at 20-10-2017 10:22 PM
Dah tak mampu nak makan sotong. Sotong mahal la sekarang
Berapa harga sekilo sotong sekarang eh? pikir bnyak kali nak buat ni, sotong mahai weyhh
sedapnyaaaa sdpnyenampak. tp pas mkn mesti gatal2. huhuhuhu
:'(:'(:'( WarnaPelangi replied at 22-10-2017 03:42 PM
Berapa harga sekilo sotong sekarang eh?
Hari ni RM30/kg sotong kecik Sedapnyeee.. pedas masam2 sedapnya.... boleh try masak harini... kecur liur wehhh moonbug replied at 22-10-2017 08:57 PM
Hari ni RM30/kg sotong kecik
Mahalnya la harga sotong sekarang :L
Pages:
[1]
2