dauswq Publish time 18-10-2017 12:15 PM

[tvN] The Most Beautiful Goodbye in The World - Won Mi Kyung, Choi Ji Woo , Choi

Edited by dauswq at 20-10-2017 08:16 PM

Choi Ji Woo sah sertai drama menyayat hati karangan Noh Hee Kyung, tvN The Most Beautiful Goodbye in The Worldby      daus    ·                            Published October 18, 2017            · Updated October 20, 2017                                                   https://i1.wp.com/kmania.info/wp-content/uploads/2017/10/nohhyekyung_choi-ji-woo.jpg?resize=630%2C450&ssl=1Choi Ji Woo. Noh Hee Kyung.
Wow! Penulis sungguh terkejut Choi Ji Woo akan kembali dengan drama sedih yang pernah menjadi ‘forte’ beliau selama ini. Malah, beliau terus mengesahkannya tanpa kompromi barangkali kerana drama ini digarap oleh penulis skrip Korea paling berprofilik digelar ‘achemy queen of language’, Noh Hee Kyung.'.      
The Most Beautiful Goodbye ialah “remake” kepada drama 4-episod MBC yang ditayangkan sekitar tahun 1996 lakonan Na Moon Hee dan Kim Young Ok.Ia berkisarkan tentang wanita separuh usia yang berkorban jiwa raga untuk keluarganyasehinggalah beliau dikesan mengalamipenyakit kanser. Beliau berhadapan dengan dilema menghidapi penyakit kanser ini di samping terpaksa meninggalkan keluarganya secara perlahan-lahan selari dengan tajuk drama ini, bagi membolehkan mereka menerima keadaannya sebelum meninggal dunia. Watak wanita berusia ini akan dilakonkan oleh Won Mi Kyung.
Drama ini menjadi ledakan karier buat penulis skripini sehingga beliau menjadi terkenal dan dihormati di kalangan penggiat seni. Drama-drama tulisan beliau selepas itu seperti SBS That Winter, The Wind Blows, KBS More Beautiful Than Flower, SBS It’s Okay That’s Love dan tvN Dear My Friends telah membuktikan lagi kredibiti beliau selaku penulis skrip kontemporari yang boleh diterima kesemua masyarakat disebabkan jalan ceritanya yang berhadapan dengan realiti hidup. Beliau ialah pemenang 2 kali Best Screenplay Baeksang Art Awards dan juga pernah tercalon 2 kali Best Screenplay dalam Cari Kdrama Awards.Choi Ji Woo yang akan menjadi anak perempuan yang paling disayangi oleh ibunya dalam drama ini, telah lama dikenali dengan watak-watak sedih dan menyayat hati seperti dilakukan beliau dalam SBS Beautiful Days, KBS Winter Sonata dan SBS Stairway To Heaven.Beliau juga pernah mendapat pencalonan Best Actress sebanyak dua kali dalam Cari Kdrama Awards , iaitu melalui TvN Twenty Again dan SBS Suspicious Housekeeper.Kerjasama beliau dengan penulis skrip ini amat dinantikan peminat kdrama lagi-lagi Noh Hee Kyung telah membantu menaikkan nama Han Ji Min , Song Hye Gyo, dan Gong Hyo Jin . Harus diketahui, Noh Hee Kyung juga mempunyai projek lain bersama tvN iaitu drama Live pada tahun hadapan.tvN The Most Beautiful Goodbye akan disiarkan pada penghujung November atau Disember ini selepas tvN Revolutionary Love berakhir pada setiap Sabtu dan Ahad. Ia turut menggandingkanKim Young Ok sebagai pelakon asal drama yang diterbitkan pada tahun 1996 itu.

raradhia Publish time 18-10-2017 12:36 PM

yeahhhhhh {:1_152:}

wima Publish time 18-10-2017 12:56 PM

Drama2 acik noh hee kyung ni kbyknnya mmg iols suka...its ok its love tu mmg faveret...that winter the wind blows n my dear friends tu pun best...

Tp drama ni bile baca sinopsis mcm sedih sgt la plk..x sanggup plk iols nk lyn perasaan tgk cite sedih bebeno...nnti jd stress plak..huhu..lg2 akak ji woo ni berlakon..

masmelon Publish time 18-10-2017 02:50 PM

omggggggg i love aunty jiwoo nii.. x sabar nak tengokkk yuhuuuuuu.. aunty jiwoo ni sejak join YG nma dia mkin naik and drama2 dia pon best

dauswq Publish time 18-10-2017 05:44 PM

wima replied at 18-10-2017 12:56 PM
Drama2 acik noh hee kyung ni kbyknnya mmg iols suka...its ok its love tu mmg faveret...that winter t ...

konfem jd tearjerker story ni.. lagi2 heroin mati di penghujungnya..
dh mcm 1 litre of tears lak;P

kikiharris Publish time 18-10-2017 08:04 PM

haruslah success..
drama sedih2 camni,celah gigi CJW je ni..expert!

dauswq Publish time 20-10-2017 07:52 PM

Choi Min Ho sebagai anak tak kenang budi dalam tvN The Most Beautiful Goodbye in The Worldby      daus    ·                            Published October 19, 2017            · Updated October 20, 2017
                                    https://i0.wp.com/kmania.info/wp-content/uploads/2017/10/choijiwoo_choi-min-ho.jpg?resize=540%2C379&ssl=1Choi Min Ho (kiri) sebagai anak Choi Ji Woo (kanan) dalam tvN The Most Beautiful Goodbye in This World

tvN The Most Beautiful Goodbye in The World telah pun mengesahkan penampilan Choi Ji Woo semalam selaku anak perempuan kepada wanita warga emas yang berhadapan dengan saat-saat kematian akibat penyakit kanser dialaminya. Kali ini, Choi Min Ho pula mengesahkan sebagai adik lelaki kepada Choi Ji Woo dalam drama ini.'.      
Choi Min Ho menjadi anak yang menyebabkan ibunya (lakonan Won Min Kyung) sering keluh kesah kerana mengenangkan nasib anaknya tapi berubah hati apabila mendapati emaknya menderitai penyakit kanser. Bagi watak ayah yakni suami kepada Won Min Kyung, tiada maklumat tentang pelakon setakat ini.
The Most Beautiful Goodbye ialah “remake” kepada drama 4-episod MBC yang ditayangkan sekitar tahun 1996 lakonan Na Moon Hee dan Kim Young Ok tulisan Noh Hee Kyung. Ia berkisarkan tentang wanita separuh usia yang berkorban jiwa raga untuk keluarganya sehinggalah beliau dikesan mengalami penyakit kanser. Beliau berhadapan dengan dilema menghidapi penyakit kanser ini di samping terpaksa meninggalkan keluarganya secara perlahan-lahan selari dengan tajuk drama ini, bagi membolehkan mereka menerima keadaannya sebelum meninggal dunia.tvN The Most Beautiful Goodbye akan disiarkan pada penghujung November atau Disember ini selepas tvN Revolutionary Love berakhir pada setiap Sabtu dan Ahad. Ia turut menggandingkan Na Moon Hee dan Kim Young Ok sebagai pelakon asal drama yang diterbitkan pada tahun 1996 itu.
Sumber: sport.chosun


santubung Publish time 20-10-2017 07:58 PM

dauswq replied at 20-10-2017 07:52 PM
Choi Min Ho sebagai anak tak kenang budi dalam tvN The Most Beautiful Goodbye in The Worldby         ...

terkejut ingatkan min ho couple dgn ji woo .. dah macam anak ikan lak

rupa2nya anak & mak :laugh3:

tomaz Publish time 20-10-2017 08:03 PM

alaaaa.. naper x jang dong yoon?

dauswq Publish time 20-10-2017 08:10 PM

santubung replied at 20-10-2017 07:58 PM
terkejut ingatkan min ho couple dgn ji woo .. dah macam anak ikan lak

rupa2nya anak & mak :laug ...

bukan, depa adik beradik
kapsyen tu tersilap ;P

santubung Publish time 20-10-2017 08:14 PM

dauswq replied at 20-10-2017 08:10 PM
bukan, depa adik beradik
kapsyen tu tersilap

adik-beradik ek. ok la nama asal pun choi ji woo, choi min ho

min ho byk berlakon tapi rating semua nan hado. harap2 citer ni dapat upkan nama min ho.

dauswq Publish time 20-10-2017 08:15 PM

santubung replied at 20-10-2017 08:14 PM
adik-beradik ek. ok la nama asal pun choi ji woo, choi min ho

min ho byk berlakon tapi rating s ...

sbnrnye aku anti dgn minho ni sbb muka dia plastik :laugh3:

ichi Publish time 25-10-2017 10:13 PM

check in.. laju betol dau bukak umh unni aku.... :lol:

wonto Publish time 5-11-2017 07:50 AM

ichi replied at 25-10-2017 10:13 PM
check in.. laju betol dau bukak umh unni aku....

Yeay...ada ahjussi aku {:1_152:}

ichi Publish time 5-11-2017 02:59 PM

Edited by ichi at 5-11-2017 03:11 PM

wonto replied at 5-11-2017 07:50 AM
Yeay...ada ahjussi aku
ahjusi yg mana satu nih..
bekas menantu unni dlm 20 pon ade.. jd gf minho.. :lol:

ayushuhada04 Publish time 6-11-2017 09:20 AM

ichi replied at 25-10-2017 10:13 PM
check in.. laju betol dau bukak umh unni aku....

ichi dh muncul kembali...gigih bercuti yer..mcm mana jepun?:lol:

harap sgt le cite ni masuk tv

ichi Publish time 6-11-2017 02:56 PM

ayushuhada04 replied at 6-11-2017 09:20 AM
ichi dh muncul kembali...gigih bercuti yer..mcm mana jepun?

harap sgt le cite ni masuk tv
...

hahahah kak ayu nih... jepun sejukkk... sampai ketulang..
sbb unni ade drama baru muncul.. skrg semua drama koya dah kelaut kak ayu..
takat tgk ep 1.. ep2.. pastu terus tecicir :lol:

ayushuhada04 Publish time 6-11-2017 03:43 PM

ichi replied at 6-11-2017 02:56 PM
hahahah kak ayu nih... jepun sejukkk... sampai ketulang..
sbb unni ade drama baru muncul.. skrg s ...

selalu bc kat twitter ichi jer..tu yg tau ichi kat jepun..

aah betul tu ichi...lately rasanya drama2 korea mcm tk byk daya tarikan
nk layan....kak ayu lyn 2 drama jer skrg ni...;P

ichi Publish time 6-11-2017 04:38 PM

ayushuhada04 replied at 6-11-2017 03:43 PM
selalu bc kat twitter ichi jer..tu yg tau ichi kat jepun..

aah betul tu ichi...lately rasanya d ...

muwahahaha yer ker.. entah ape2 je org tweet tuh...

hari tu sempat layan mad dog dgn witch court.. tekandas sampai ep2 kak ayu :lol:
cite SSH dgn LJS tu plak tak kenan dgn heroinyer..

ayushuhada04 Publish time 6-11-2017 05:15 PM

ichi replied at 6-11-2017 04:38 PM
muwahahaha yer ker.. entah ape2 je org tweet tuh...

hari tu sempat layan mad dog dgn witch cour ...

best jer bc tweet ichi tu...

mad dog mmg nk tgk..tp tk berkesempatan...

cite SSH dh drop...tk fhm jln citenya...
cite LJS tu...mmg tk minat heroinnya..tp kali ni
nampak ada sikit improve le heroin tu..kak ayu lyn juga ler..

tp yg pasti..mmg nk tggu drama CJW lak...
Pages: [1] 2 3
View full version: [tvN] The Most Beautiful Goodbye in The World - Won Mi Kyung, Choi Ji Woo , Choi


ADVERTISEMENT