changa=famri7 Publish time 16-10-2017 08:12 AM

Nelayan tangkap ikan tuna gergasi

Edited by bianglala at 9-1-2019 09:27 PM

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2017/1016/Kosmo/Dunia/du_03.1.jpg
KUMPULAN nelayan ini berjaya menangkap seekor ikan tuna gergasi di Plymouth, Britain.- Agensi


PLYMOUTH, Britain – Sekumpulan nelayan di sini berjaya menangkap seekor ikan tuna gergasi sepanjang dua meter dan seberat 136 kilogram baru-baru ini. Salah seorang nelayan terbabit, Kevin Mckie percaya ikan berkenaan adalah jenis tuna sirip biru pertama yang pernah ditangkap di perairan bandar itu dengan menggunakan joran. Ikan itu ditangkap pada Julai lalu. Mckie menyifatkan tangkapan berkenaan sebagai ‘impian menjadi kenyataan’ apabila mereka terpaksa bergelut untuk menaikkan ikan gergasi itu ke atas bot.
Sejurus berjaya menaikkan ikan itu di atas bot, mereka segera memasukkan hos ke mulutnya bagi memastikan ia memperoleh bekalan oksigen. Mereka juga menyimbah beberapa baldi air untuk bantu ikan itu hidup. “Kami menanggalkan cangkuk pada rahang ikan itu, merakam gambar dan mengukur saiznya sebelum melepaskan ia kembali ke laut,” kata Mckie. – Agensi

seng1981 Publish time 16-10-2017 09:22 PM

besarnya......

ambok Publish time 17-10-2017 12:35 AM

ikan fresh dari laut memang enak dimakan , sedap sgt...

tengok kaler kulit ikan berkilat-kilat , saya dah geram rasa nak makan....rasa manis ikan fresh ni memang terbaik

kat tempat saya, kat terengganu ni memang mudah nak dapat ikan fresh

kawan2 yang kerja kat syarikat minyak seperti petronas, hari2 memancing ikan di pelantar , dapat jer terus masak ....kalau dapat ikan murah, potong buat umpan pancing ikan yang mahal

ambok Publish time 17-10-2017 12:37 AM

ikan fresh, berkilat-kilat

http://1.bp.blogspot.com/_7_4gQ2ZRr7E/TSQGLi3bjbI/AAAAAAAAAOs/T5FIpQNTHMs/s1600/09.JPG

ni namanya ikan ebek, kat laut terengganu banyak, masakan terbaik - bakar ...sedap

ambok Publish time 17-10-2017 12:42 AM

Edited by ambok at 27-10-2017 12:02 AM

ikan kerapu ada banyak jenis , kerapu yang paling sedap ialah kerapu bara dan juga kerapu pisang

http://1.bp.blogspot.com/-PpVVfPuA2dw/UdrRLhKEGkI/AAAAAAAAK5Y/uFqBZcBJmb8/s1600/P7060870.JPG

harga kerapu pisang RM70-RM100 untuk 1 KG bergantung kepada tempat dan musim ,manakala kerapu bara sekitar RM30-35 utk 1 KG

isinya sangat sedap, ada rasa2 macam isi ketam gitu, sedap dan terbaik, Alhamdulillah

bianglala Publish time 18-10-2017 10:48 AM

ambok replied at 17-10-2017 12:42 AM
ikan kerapu ada banyak jenis , kerapu yang paling sedap dan paling mahal ialah kerapu bara/kerapu pi ...

biasanya ikan besar-besar macam ni, masak apa sedap?

ambok Publish time 19-10-2017 10:50 PM

Edited by ambok at 19-10-2017 10:52 PM

bianglala replied at 18-10-2017 10:48 AM
biasanya ikan besar-besar macam ni, masak apa sedap?
bagi ikan kerapu , kebanyakan orang masak 3 rasa/masam manis ...
tapi untuk kes kerapu bara/kerapu pisang ni, masakan terbaik bagi pendapat keluarga saya ialah stim atau sup kerana isinya yang sangat lembut , jika kerapu-kerapu yang jenis lain, saya pun ikut macam kebanyakan orang....masak 3 rasa atau masam manis

kalau cerita pasal masak 3 rasa/masam manis ni, kebanykan kedai/restoran jarang menggunakan ikan kerapu kerana harganya yang mahal. mereka suka menggunakan ikan siakap

ikan siakap habitatnya adalah di muara sungai & berhampiran laut , jadi ikan siakap ni ramai orang yang bela . bila orang bela , makanan dia campak jer makanan ikan , bila kita makan ikan siakap yg dibela, sebab tu bau macam makanan ikan , tak bau fresh . Bukan tak ada ikan siakap yg fresh dari muara sungai, tetapi saya jangka kurang 5% yang dijual dipasaran adalah "ikan siakap yang sebenar" . jika kita pandai tengok ikan siakap, kita boleh beza yang mana bela yang mana yg 'ori' , yang bela nampak agak 'hitam' berbanding yg 'ori'

https://image1ws.indotrading.com/s3/productimages/co19173/p117842/5db5db61-b883-4a9f-a11a-2a03c1cd2313w.gif

berbanding kerapu, yang habitatkan di kawasan dasar laut, di kawasan batu2 dibawah laut, di kawasan kapal karam.....tidak memungkinkan orang membelanya buat masa ini .

sebab tu, jika saya ke restoran saya xakan ambik ikan siakap, ambik kerapu kalau ada, mahal sikit pun takpe....yg lagi best jika wife masak kat rumah, satu family besar boleh makan

ambok Publish time 19-10-2017 10:59 PM

Edited by ambok at 19-10-2017 11:02 PM

jika anda ke pasar raya, kena hati2 kerana agak banyak ikan yang kurang segar yg dijual

https://2.bp.blogspot.com/-OTfWVyFts1M/VterAoSoroI/AAAAAAAAC18/OZEKeh7KIsc/s1600/ikan%2Bbusuk3.jpg

salah satu cara nak tengok ikan segar atau tidak , tengok pada matanya

kadang2 jangan rasa pelik, jika anda tengok ikan mata merah,ikan lama....tapi badan tetap keras macam fresh, yang sebenarnya dia letak 'ubat awet mayat' supaya badan ikan kekal keras dan tak hancur walaupun ikan dah lama, kena hati-hati ....saya dapat info ni daripada penjual ikan di tempat saya
sekarang ni macam2 ubat yg digunakan, kalau dalam buah, buah dari thailand jangan dibeli, banyak letak ubat

saya ada berbual dengan seorang doktor senior, dia kata dulu masa muda2 dia jadi doktor, nak jumpa 1 orang yang kena penyakit kanser pun susah, tapi sekarang berlambak-lambak .

puncanya adalah pemakanan kita pada hari ini

ambok Publish time 19-10-2017 11:16 PM

4 jenis ikan bakar yg boleh dikatakan paling 'top' di tempat saya

1) ikan tombok

https://dangarumbia.files.wordpress.com/2009/11/ikan-tombak.jpg?w=300&h=182

2) ikan ebek

http://www.iftfishing.com/wp-content/uploads/2013/03/ikan-ebek1.jpg

3) ikan cermin

http://1.bp.blogspot.com/-Wa41x4NCdUA/TwLNKYIRBMI/AAAAAAAAAbE/vLnmeoeBzrk/s640/01012012145.JPG

4) ikan barat

http://4.bp.blogspot.com/_KYfKTy-90Bk/TUdryg1N-VI/AAAAAAAAAHE/8unG-hd3C58/s1600/Ikan+Barat.JPG

ambok Publish time 19-10-2017 11:20 PM

salah satu restoran ikan bakar yg disyorkan di kuala terengganu

http://www.wetot.la/2015/10/jjcm-medan-ikan-bakar-bawah-jambatan.html

Chesire_Epilog Publish time 21-10-2017 09:49 AM

Sedapnye ikan fresh :loveliness:

bianglala Publish time 25-10-2017 12:57 PM

ambok replied at 19-10-2017 10:50 PM
bagi ikan kerapu , kebanyakan orang masak 3 rasa/masam manis ...
tapi untuk kes kerapu bara/kerap ...

terima kasih kongsi info. tak pernah cuba lagi kerapu sweet sour, pernah makan siakap je.

tak tahu saya berapa harga siakap sekarang ni, jarang beli siakap. kalau pelet mahal, mempengaruhi harga ikan juga kan?

ikan jenahak pun rasanya ramai yang suka.

bianglala Publish time 25-10-2017 01:02 PM

ambok replied at 19-10-2017 11:16 PM
4 jenis ikan bakar yg boleh dikatakan paling 'top' di tempat saya

1) ikan tombok


ikan cermin tu macam bawal.

ambok Publish time 27-10-2017 12:08 AM

bianglala replied at 25-10-2017 12:57 PM
terima kasih kongsi info. tak pernah cuba lagi kerapu sweet sour, pernah makan siakap je.

tak...

kalau siakap yg tesco dan giant jual tu sah2 siakap yg dibela , harga yg dijual pun lebih murah berbanding harga pasaran
https://scontent.cdninstagram.com/t51.2885-15/s480x480/e35/18445066_936682933140203_6845484086576807936_n.jpg?ig_cache_key=MTUxNzg4NTA4NzU1NDAzMDA0NQ%3D%3D.2

p/s : sedapnya siakap laut :drool3:




ambok Publish time 27-10-2017 12:13 AM

bianglala replied at 25-10-2017 12:57 PM
terima kasih kongsi info. tak pernah cuba lagi kerapu sweet sour, pernah makan siakap je.

tak...

sedapnya jenahak, dah lama tak makan :drool3:

https://assets.bharian.com.my/images/articles/JORAN2.transformed.jpg

berkilat, fresh , isi manis :drool3:
Pages: [1]
View full version: Nelayan tangkap ikan tuna gergasi


ADVERTISEMENT