melnanzz Publish time 16-10-2017 02:53 AM

LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU [Astro Mega Drama: Farid Kamil, Nelydia Senrose]

Lafazkan Kalimah Cintamu
Astro Mega Drama
Januari 2018

https://4.bp.blogspot.com/-Sgmqr-Hcb8s/Wdx5EVB6i_I/AAAAAAAAFcc/oib5DyD7MuIqIa6egLbg7LbG4hW_cEFPQCLcBGAs/s1600/Lafazkan%2BKalimah%2BCintamu.png

Nantikan drama adaptasi novel Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah yang akan ditayangkan untuk slot MegaDrama di Astro Ria. Drama ini mendapat sentuhan pengarah Along Kamaludin dibawah terbitan SR One Sdn Bhd. Membawakan gandingan Farid Kamil dan Nelydia Senrose selaku teraju utama. Akan menemui penonton pada bulan Januari tahun 2018.

Lafazkan Kalimah Cintamu akan menggantikan Coffee Prince.

JUDUL : LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU
TARIKH / MASA : Januari 2018 (menggantikan Coffee Prince)
SIARAN : Astro Ria 104 & Ria HD 132
PENULIS NOVE: Siti Rosmizah
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : SR One Sdn Bhd
PELAKON : Farid Kamil, Nelydia Senrose, Nadiyah Shahab, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nur Qistina Raisah

WATAK PELAKON
Farid Kamil sebagai Tengku Ryan Ameer
Nelydia Senrose asebagai Tengku Aqilah
Nadiyah Shahab sebagai Tengku Natasya

SINOPSIS LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

https://lh3.googleusercontent.com/-a8VIlJpQoz8/WZfs44dOvPI/AAAAAAAAeMo/mYec2OcR21MDss0cjuaWkdbjk6ci3Qf1ACHMYCw/s1600/PicsArt_08-19-02.52.34.jpg


PyoNaRi Publish time 16-10-2017 02:59 AM

Tak sabarrr {:1_152:}

Dulu baca novel dia memang sedih gila.nanges kemain.harap drama yg diadaptasi ni sesedih dalam novel :'(

eija2013 Publish time 16-10-2017 09:38 AM

ai ponnn......smpai bengkak2 mata baca....sedih betul....esp masa aqilah (kecik) lari ke kubur mak dia....adoiii......berderai air mata....

bdhia Publish time 17-10-2017 12:50 AM

Ok...tunggu januari 2018...nak cr novel dlm kotak ni....:lol:

melnanzz Publish time 17-10-2017 12:59 AM

CT Rosmizah punya novel byk yang heavy - macam 7 Hari Mencintaiku.
Harap drama ni meletop macam 7HM jugak.

nooriesz Publish time 6-1-2018 01:04 AM

ok.. lebih kurang semggu je lg.. xzabarnyeee nk tgk tengku aqilah tuu

melnanzz Publish time 6-1-2018 01:15 AM

Preview Lafazkan Kalimah Cintamu
bermula 15 Januari ini

wD1oYYQvQMQ

flyzpiz Publish time 13-1-2018 09:04 PM

Bestnye theme song dia lagu kesilapan ku keegoanmu..

melnanzz Publish time 14-1-2018 04:52 PM

https://grubcycle.my/app/uploads/2013/06/kosmo.jpg
Drama Farid Kamil bersiaran di Astro Ria seperti biasa
ARINA AZLAN
14 Januari 2018 2:06 PM

http://www.kosmo.com.my/polopoly_fs/1.590115.1515910772!/image/image.png_gen/derivatives/landscape_804/image.png
Drama Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil yang dijadualkan bermula esok pukul 10 malam akan disiarkan seperti biasa di saluran Astro Ria dan Ria HD.

KUALA LUMPUR- Drama terbaharu lakonan Datuk Farid Kamil iaitu Lafazkan Kalimah Cintamu yang dijadualkan bermula esok pukul 10 malam akan disiarkan seperti biasa di saluran Astro Ria dan Ria Hd.

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata drama tersebut tiada kena mengena dengan situasi yang sedang dihadapai Farid selaku hero cerita berkenaan.

“Pihak kami yakin penonton bijak untuk menilai sesebuah naskhah yang baik tanpa membandingkan hal peribadi barisan pelakonnya.

“Latazkan Kalimah Cintamu ialah adaptasi novel terkemuka dan mempunyai peminat tersendiri. Kami yakin ia akan diterima ramai seperti drama-drama lain bagi slot Mega Drama terdahulu,”katanya lagi.

Esok (Isnin) menandakan hari terakhir Farid direman sebelum ditentukan sama ada reman akan disambung atau perbicaraan ditetapkan bagi kesalahannya yang menampar dan mencederakan anggota polis pada Khamis lalu. - K! ONLINE

Artikel penuh, klik di sini.

hans78 Publish time 15-1-2018 12:53 PM

Tq mel utk benang LKC....
Xsabarnya nak tgk nely malam nie:loveliness:

CikRoyanners Publish time 15-1-2018 02:12 PM

Tq TT .. x sabar nak tengok malam ni

Leeanne88 Publish time 15-1-2018 02:27 PM

Meols jenis tengok je. Kontroversi ke hape memang letak tepi

qtaqc Publish time 15-1-2018 10:57 PM

Alahai sedihnya episod 1..

bdhia Publish time 15-1-2018 10:57 PM

Epi 1....boleh la....

hans78 Publish time 15-1-2018 11:25 PM

Ep. 1......hurmmmmm...bolehlah
Potong skit sbb terus ep sedih....
Tapi boleh dilayan.....

hans78 Publish time 15-1-2018 11:26 PM

Rumah pak Engku nie...mcm kukenali...
Rumah Hanna mastura:)

melnanzz Publish time 16-1-2018 05:07 AM

melodrama nya opening episod ni. Agak unbelievable sikit relationship antara Pak Engku dgn Qila. Tapi I feel Qila dpt ayah macam tu. Tasha pulak typical antagonist sister. Hana, anak pembantu rumah merangkap besfren. Typical formula yg dah tgk byk kali. Anyway good acting by all three girls. Will definitely watch ep 2

Nana_Man Publish time 16-1-2018 09:38 AM

1st episode jer dah sedih.. will watch this. Tak kisah lah pasal farid kamil nyer kes. Janji citer ni gd to watch and worth the time to follow.

watachiwa Publish time 16-1-2018 01:17 PM

wata tgk dalam 10 minit pertama jek.. ngantuk weih.. tapi awal2 pon sedey.. suke tgk budak yg berlakon watak tg aqilah kecik tu

nisako Publish time 16-1-2018 03:08 PM

aduh 1st epi dah sedih.................sob....sob:'(
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU [Astro Mega Drama: Farid Kamil, Nelydia Senrose]


ADVERTISEMENT