simatakucing Publish time 11-10-2017 08:52 PM

Hameed ooohhhh hameed

ada sorang ...
Budak bernama Hameed yang tinggal di sebuah kampung.. Kesemua rakan-rakannya benci dengan kebodohannya terutama sekali guru kelasnya iaitu Noraini. Guru kelasnya selalu memarahi Hameed dengan berkata "Cikgu dah tak tahu nak buat macam mana dengan awak ni Hameed". Pada suatu hari ibu Hameed datang ke sekolah untuk melihat bagaimana keadaan Hameed di sekolah. Cikgu Noraini berterus-terang dengan ibu Hameed bahawa Hameed sudah tidak dapat dilakukan apa-apa usaha lagi terhadapnya. Ibu Hameed kecewa dengan kenyataan tersebut lalu terus membawa Hameed keluar dari sekolah itu dan berpindah ke daerah lain.

25 tahun kemudian, Cikgu Noraini mengalami masalah jantung, dan ramai doktor mencadangkan dia ke pakar sakit jantung untuk membuat pembedahan, dan hanya ada seorang doktor sahaja yang sangat pakar dengan pembedahan tersebut. Cikgu Noraini tiada pilihan lalu bersetuju untuk melakukan pembedahan tersebut, dan sekaligus pembedahan tersebut berjaya.
.
Ketika dia membuka matanya, dia melihat ada seorang doktor yang kacak berada di sampingnya merenung Cikgu Noraini sambil tersenyum. Cikgu Noraini masih lagi dalam keadaan lemah ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut tetapi terlalu lemah untuk mengeluarkan suara.
.
Semasa mereka saling merenung antara satu sama lain, doktor muda itu mendapati muka Cikgu Noraini kelihatan lebam kebiru-biruan seakan lemas. Cikgu Noraini cuba mengangkat tangannya dengan keadaan yang bersusah payah untuk memberitahu sesuatu.
.
Doktor muda itu terkejut dan cuba memahami apa yang sedang Cikgu Noraini cuba bagitau, lalu doktor muda tersebut memandang ke belakang dan mendapati Hameed yang bekerja sebagai cleaner hospital telah mencabut plug alat bantuan pernafasan untuk meletakkan plug vakum dia...
.
Jika anda fikir Hameed adalah doktor muda tersebut, ini adalah kerana anda terlalu banyak menonton filem Tamil atau Hindustan

simatakucing Publish time 11-10-2017 08:53 PM

Hahahah,apeke malang betul hameed,:lol:;P

ahlisihircute Publish time 11-10-2017 09:11 PM

:lol::lol:;P

raradhia Publish time 11-10-2017 09:13 PM

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH, bang ang btol laa hameed {:1_563:}

noraidil_06 Publish time 11-10-2017 09:14 PM

Cikgu tu tukar nama lain blh tak. Huwaaa

simatakucing Publish time 11-10-2017 09:16 PM

raradhia replied at 11-10-2017 09:13 PM
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH, bang ang btol laa hameed

Hahahah :lol:;P

simatakucing Publish time 11-10-2017 09:18 PM

noraidil_06 replied at 11-10-2017 09:14 PM
Cikgu tu tukar nama lain blh tak. Huwaaa

Kenapa dengan nama noraini?:lol::lol::P

Amina_Mirza Publish time 11-10-2017 09:29 PM

Hahahaha sampai ke tua cikgu tu kena dengan hameed

PyoNaRi Publish time 11-10-2017 09:32 PM

noraidil_06 replied at 11-10-2017 09:14 PM
Cikgu tu tukar nama lain blh tak. Huwaaa

Nama akak ka ;P

noraidil_06 Publish time 11-10-2017 09:36 PM

PyoNaRi replied at 11-10-2017 09:32 PM
Nama akak ka

Ye sayang. Kurang asam kau hameed

noraidil_06 Publish time 11-10-2017 09:37 PM

simatakucing replied at 11-10-2017 09:18 PM
Kenapa dengan nama noraini?

Nama iomd noks

PyoNaRi Publish time 11-10-2017 09:39 PM

noraidil_06 replied at 11-10-2017 09:36 PM
Ye sayang. Kurang asam kau hameed

Bertabahlah kak :laugh3:

kimchipedas Publish time 11-10-2017 10:47 PM

Hahaha hameed ooo hameed asal jmp ko je hidup cikgu merana :lol:

mirebus Publish time 11-10-2017 10:54 PM

hahahahhaha dasar hameed {:1_563:}

BlackCarnival Publish time 11-10-2017 11:03 PM

hahaha..mmg xsangke plak ending mcm tuh...byk layan hindustankah aku :L

kuzaime Publish time 11-10-2017 11:12 PM

Memang jilakerr..aku baru nk tuduh after 25y si hameed dah jadik doctor..rupanya cleaner sengal yg sesuka hati pasang cabut plug..:'(:lol:

prettyuglybabe Publish time 11-10-2017 11:16 PM

hameed hameed.. :lol:

Mary_jane Publish time 11-10-2017 11:41 PM

Kesian cigu. :laugh3:

shernazz Publish time 11-10-2017 11:55 PM

hameed tu la yang cabut pulg kat icu satu ketika dolu...
hahahahahhaa

WhiskeyScotch Publish time 12-10-2017 12:01 AM

Hahahaha I tertipu. ;P
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Hameed ooohhhh hameed


ADVERTISEMENT