easicircle Publish time 11-10-2017 12:37 PM

5 Cara Mudah Mendapatkan Tidur Berkualiti

Edited by easicircle at 12-10-2017 05:03 PM

Tidur yang cukup dan berkualiti amatlah penting buat semua individu demi untuk merehatkan minda dan tubuh selepas seharian penat bekerja. Terdapat pelbagai punca yang boleh mengakibatkan seseorang itu sukar untuk melelapkan mata antaranya kerana terlalu banyak berfikir dan keletihan. kurang tidur secara berterusan juga boleh mengakibatkan seseorang itu berisiko mendapat serangan jantung, strok dan tekanan darah tinggi.
Elak Bermain “Gadget”
Sebaik-baiknya elakkan dari menggunakan telefon bimbit, komputer, bermain game setengah jam sebelum tidur adalah salah satu cara terbaik untuk menghindar daripada kesukaran untuk melelapkan mata. Hal ini kerana, cahaya yang dihasilkan oleh televisyen, komputer mahupun telefon bimbit anda dapat menurunkan hormone melatonin. Di mana cahaya atau bunyi yang dihasilkan dapat menembusi lensa mata dan telinga hingga merangsang otak untuk kembali aktif seolah sedang bekerja. Walaupun ketika itu otak dan minda sedang berehat ketika tidur.
Bersenam
Sesibuk mana pun jadual seharian anda apa kata cuba luangkan masa untuk beriadah dan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali sehari dan 20-30 minit setiap sesi. Selain membuat tubuh badan menjadi lebih segar dan cergas dengan bersenam juga dapat membantu mengurangi stress. Malah selepas bersenam membantu anda memperoleh tidur yang berkualiti dan mudah di malam hari.
Hindari Minuman Berkafein Sebelum Tidur

Minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, soda dan minuman beralkohol ternyata boleh menggangu proses tidur anda. Ini kerana, kafein yang diminum mampu bertahan dalam tubuh badan seseorang sehingga lima jam. Jadi sebaiknya cuba elakkan minum minuman yang mengandungi kafein 8 jam sebelum tidur.

Elak Makanan Berat Sebelum Tidur
Tahukah anda makan secara berlebihan sebelum tidur boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur. Makan secara belerbihan sebelum tidur adalah perkara yang perlu dielakkan kerana perut yang terlalu penuh boleh mengakibatkan terganggunya proses tidur.
Mandi Air Panas
Mandi air panas sebelum tidur merupakan salah satu cara yang efektif dalam membantu proses tidur anda menjadi lebih mudah. Antara manfaat air panas adalah ia mampu mengurangi tekanan yang dialami oleh oleh otot-otot tubuh badan. Air panas juga bertindak mengimbangi suhu badan menjadi normal dan membantu menyegarkan tubuh keesokan harinya.

nisako Publish time 11-10-2017 01:07 PM

no 1 tu susah nak elak.........................

zasrfikri Publish time 11-10-2017 01:17 PM

good tips. terbaik

easicircle Publish time 11-10-2017 02:11 PM

nisako replied at 11-10-2017 01:07 PM
no 1 tu susah nak elak.........................

Rasanya no 1 ni lah yang paling payah nak buat kot. Acara wajib before tidur and masa bangun tidur akan belek scroll handphone. :D

easicircle Publish time 11-10-2017 02:12 PM

zasrfikri replied at 11-10-2017 01:17 PM
good tips. terbaik

Thanks so jom praktikkan. {:1_132:}

Elle_mujigae Publish time 11-10-2017 03:25 PM

susah nak dapat tidur berkualiti bila tengah rindu si dia..... ;P:$

gurau je..hehe..letak essential oil diffuserpun membantu juga kan nak tido nyenyak....lavender oil especially...

easicircle Publish time 11-10-2017 05:56 PM

Elle_mujigae replied at 11-10-2017 03:25 PM
susah nak dapat tidur berkualiti bila tengah rindu si dia.....

gurau je..hehe..letak essenti ...

Itu dah masalah tidur kronik atau lebih dikenali sebagai penyakit angau. :D
Pages: [1]
View full version: 5 Cara Mudah Mendapatkan Tidur Berkualiti


ADVERTISEMENT