changa=famri7 Publish time 3-10-2017 06:03 PM

Letak kerbau curi dalam MPV

SEREMBAN: Polis menggagalkan cubaan dua lelaki mencuri kerbau dengan mengunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Rasah berhampiran Taman Happy di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 5.20 pagi itu, pasukan polis peronda lebuh raya mengesan MPV terbabit yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Kilometer 263 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Senawang sebelum mengekorinya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata pasukan itu kemudian mengejar dan mengarahkan pemandu MPV terbabit berhenti namun arahan itu tidak dipedulikan.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/03kerbau1.transformed.jpgMPV jenis Mitshubishi Grandis yang digunakan oleh dua suspek untuk mencuri kerbau di Jalan Rasah, Seremban. - Foto Mohd Khidir Zakaria


"MPV dinaiki dua lelaki itu kemudian keluar dari lebuh raya di Plaza Tol Port Dickson lalu masuk ke Jalan Rasah dan berhenti di tepi jalan berhampiran kawasan semak, sebelum dua suspek itu keluar daripada kenderaan dan melarikan diri.
"Pemeriksaan dalam kenderaan itu menemui dua ekor kerbau di tempat duduk belakang dalam keadaan khayal dipercayai akibat disuntik ubat pelali," katanya.
Beliau berkata, semakan lanjut mendapati nombor pendaftaran yang digunakan kenderaan itu palsu.
Katanya, dua kerbau terbabit dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sementara siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 108(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/03kerbau2.transformed.jpgKeadaan dua ekor kerbau yang dipercayai dicuri disumbat di tempat duduk penumpang dalam kenderaan MPV jenis Mitshubishi Grandis di Jalan Rasah, Seremban. - Foto Mohd Khidir Zakaria


zulka Publish time 4-10-2017 10:04 AM

wow mitsu grandis tu
Pages: [1]
View full version: Letak kerbau curi dalam MPV


ADVERTISEMENT