CARI-MAL Publish time 3-10-2017 12:44 PM

Roti Jala Tembikai Dan Lobak, Jom Cecah Dengan Kuah Serawa!

Nak makan apa ya untuk minum petang nanti? Ada yang terasa nak makan roti jala tak? Sedap juga tu. Tapi bosanlah asyik menu sama sahaja, kan?


Jadi, apa kata kita buat sedikit kelainan pada menu roti jala dengan menambah sedikit warna untuk kelihatan lebih berseri dan menarik untuk dimakan. Jom tengok resipi Roti Jala Tembikai Dan Lobak Kuah Serawa ini!




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/03/124145w2vjvy2ynyjfy9jy.jpg





Bahan Roti Jala
1 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur
garam secukup rasa
pewarna merah, oren dan hijau




Cara Membuat Roti Jala
1. Satukan semua bahan, kacau dan tapis.
2. Bahagi adunan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna untuk setiap satu.
3. Masukkan adunan ke dalam botol atau acuan roti jala.
4. Corakkan bentuk disukai (lobak merah dan tembikai) di atas non-stick pan dan biar masak sebelum digulung atau dilipat.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/03/124146wiglgwa03t0ado0g.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/03/124146py8ofc2peo2ewetp.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/03/124146idnnb3ganxt49p5g.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/03/124146pqxqqqoxhewbwchs.jpgFoto: FB MAHN




5. Hidangkan dengan kuah kari atau kuah SERAWA!!




Bahan Kuah Serawa
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 cawan gula melaka
Gula pasir secukupnya
1 helai daun pandan, disiat dan disimpul
1 biji telur, dipukul
Garam secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum + sedikit air (untuk pekatkan kuah)




Cara Membuat Kuah Serawa
1. Satukan santan, air, gula melaka, gula pasir, dan daun pandan. Kacau rata dan didihkan atas api.
2. Masukkan telur dan garam. Kacau rata.
3. Masukkan bancuhan tepung gandum dan air, kacau sehingga kuah menjadi pekat.




Sedap ni dijamah pada waktu petang. Pekena sekali air teh atau kopi, memang nikmat. Fuh! Selamat mencuba. - CARI



Kredit Resipi: Nur Fatihah MAHI / FB Masak Apa Hari Ni - MAHN

SecretLuv Publish time 3-10-2017 01:26 PM

Aku ingatkan memang betul-betul dibuat dari tembikai dan lobak. Tu yang teruja nak tengok macam mana nak buat. Rupanya guna pewarna je. :lol: Tapi ok la. Kreatif.

missyL Publish time 3-10-2017 02:31 PM

nampk sedap
tp klo tok party ok la beremeh2 sket nk wat
klo setakat nk mkn je, biase2 je la, ehehe

MissMamamia75 Publish time 3-10-2017 03:28 PM

Sayangnya nak makan..lawo bebenor

aleesyasofia Publish time 3-10-2017 04:02 PM

nama elok guna pewarna tiruan.. kalo nk guna pewarna guna yg asli jer.. guna bhnnya btul2..

vanillaninja Publish time 3-10-2017 04:49 PM

Hmm,I prefer roti jala biasa je. Cicah kuah kari.

tembikai Publish time 3-10-2017 05:40 PM

mmg cantik...kreatif & rajin
tp takder kerajinan nak buat mcm ni...
buat yg biasa jer la...janji sedap.

DeeHanania Publish time 3-10-2017 06:55 PM

Cantik&kreatif
Suka roti jala yg biasa jek...

ms.engine Publish time 3-10-2017 07:27 PM

Ingatkan bahan tu ditambah lobak / tembikai rupanya bentuk sahaja

Kadaisaku Publish time 3-10-2017 09:59 PM

Rajinnya la siapa yg buat camni.. i prefer rotijala biasa je laaa color hijau for serawa durian & kuning for kari ayam {:hooray

deathacker Publish time 3-10-2017 10:38 PM

Rajin bebenor org yg buat roti jala cam ni. Awak idok le. Tau mkn je

kimchipedas Publish time 3-10-2017 11:33 PM

Peberet nih roti jala dgn kuah serawa doyan semangkuk besar tu aku sorang pun xpa.

Husnaazri Publish time 4-10-2017 03:34 AM

Nak cuba buat

Jeanspurple Publish time 4-10-2017 06:04 PM

Cantiknya. Sesuai utk buat majlis bertema tema...

Daisyna Publish time 5-10-2017 03:24 PM

rajinnya nak menjala warna warni gini

zakiahmahadi Publish time 28-12-2017 07:28 PM

Hmmm......takut pulak nk mkn tgk warnanya tu...
Pages: [1]
View full version: Roti Jala Tembikai Dan Lobak, Jom Cecah Dengan Kuah Serawa!


ADVERTISEMENT