changa=famri7 Publish time 1-10-2017 11:03 PM

Tujuh lagi bangkai penyu ditemui di Pulau Mabul

01/10/2017 3:56pm


Oleh AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2017/1001/Kosmo/Terkini/bt_13.1.jpg
Sebahagian daripada bangkai penyu yang ditemui malam tadi.

SEMPORNA - Tujuh lagi bangkai penyu ditemui dalam keadaan perut terburai di perairan Pulau Mabul di sini malam tadi.Difahamkan, bangkai penyu terbabit ditemui orang awam kira-kira pukul 10 malam terapung berdekatan dengan lokasi tumpuan pelancong di pulau tersebut.Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuugu berkata, pihaknya telah menghantar pegawai ke lokasi penemuan bangkai penyu terbabit untuk tindakan lanjut.

"Empat pegawai telah dihantar untuk melakukan pemeriksaan dan kita akan lakukan siasatan terhadap penemuan bangkai penyu ini," katanya di sini hari ini.Pada Khamis lalu, kira-kira 100 bangkaipenyu ditemui di kawasan semak berhampiran pantai Kampung Pantau-Pantau, Kampung Amboh-Amboh dan Kampung Sampilan di Pulau Bum-Bum, Semporna. - K! ONLINE


Pages: [1]
View full version: Tujuh lagi bangkai penyu ditemui di Pulau Mabul


ADVERTISEMENT