CARI-MAMS Publish time 29-9-2017 05:08 PM

Kecutkan Rahim Macam Cara Dulu-dulu, Guna Nanas Batu...

Hai baru setahun dua kahwin, sudah ada banyak masalah dalaman? Terasa berdesing atau panas sahaja bila ada yang menyindir seperti itu.


Sebab itu orang dahulu berpegang kepada amalan atau petua tertentu. Ini termasuklah mengamalkan buah nenas batu.


Ia turut dikenali sebagai Bunga Kembang Setahun. Kini, semakin ramai yang menjualnya secara online, jadi tiada masalah untuk mendapatkannya.


Antara khasiat nenas batu, memetik laman Cahayapurnama.com ialah:


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201709/29/170712sxcd07d5eywube1e.jpg



1. Mengecutkan rahim selepas bersalin (ambil seminggu sekali sahaja)

2. Melawaskan kencing

3. Membantu melancarkan pembuangan angin

4. Memperlahankan menopause

5. Cukup berkhasiat untuk mengelakkan buasir


Apa pun dikatakan wanita mengandung dilarang ya, kerana boleh menyebabkan keguguran.


Berikut pula adalah cara menggunakan nenas batu:

1. Basuhkan buah itu daripada kotoran.

2. Masukkan dalam jag atau bekas tahan panas.

3. Tuangkan air panas dan biarkan buah direndam. Usah khuatir jika buah itu menguncup; ia tindakbalas biasa.

4. Setelah satu jam, dan buah itu telah mendap ke bawah, keluarkan buah tersebut.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201709/29/170712loobxzffbb4lho1t.jpg



5. Jemurkan buah di bawah cahaya matahari untuk penggunaan pada hari lain.

6. Air tadi boleh ditapis untuk diminum sebagai amalan. Hanya perlu minum segelas sehari, dan bagi yang ingin mengecutkan rahim memadailah sekali seminggu.


Selamat mencuba ya! - CARI




Kredit: cahayapurnama.com

kuzaime Publish time 29-9-2017 05:28 PM

Dulu2 pernah beli n amalkan air rendaman buah ni.. Rasa dia mcm payau2 aje..

alieyrina Publish time 29-9-2017 06:07 PM

I ada...duk elok dlm bag plastik..tahan tak kalau dh lama gitu..ka dh x da fungsi

missinpiece Publish time 29-9-2017 07:07 PM

Baru jah baca ttg nenas batu nih

chula Publish time 30-9-2017 10:23 AM

kat pasar ada ke jual nanas batu ni? first time dengar and tahu pasal ni

zaziot Publish time 4-10-2017 03:39 PM

i ada beli yg dlm bentok sache..tp beli ms 2015 :lol:
elok lg ke yeh if nk pakai skrg

Ratutulip Publish time 5-10-2017 10:02 AM

mcm nk try je...
pasar2 ada jual ke?

@chik Publish time 15-10-2017 09:44 PM

tak pernah tahu petua ni..

snowredpen Publish time 20-10-2017 11:21 AM

Dulu mmg amalkan ni. Skrg mls lak.
Pages: [1]
View full version: Kecutkan Rahim Macam Cara Dulu-dulu, Guna Nanas Batu...


ADVERTISEMENT