haryatie Publish time 29-9-2017 10:34 AM

Tak Payah Pakai Shampoo Dah , DIY Scrub Limau Purut Di Rumah Untuk Kulit Kepala

jommm cubaaa...

Perkongsian Ibrisam Wossali di facebooknya yang melakukan sendiri skrub limau purut di rumah boleh kita cuba. Senang dan sangat menjimatkan kos. Hanya ambil daun limau purut dibelakang rumah sahaja.

Katanya lagi, dia dan keluarganya sering mencuba malah dah lama cuba petua skrub limau purut ni.

“Saya ada tanam pokok limau purut dan selalu berbuah. Maka tak jadi masalah untuk mendapatkan buah limau purut. Skrub limau purut ni boleh gantikan syampu kepala juga. Bukan saja sihat, malah rambut dan badan akan berbau haruman limau purut,” begitu katanya.




Cara Membuatnya:

1. Basuh bersih limau purut.

2. Potong nipis sedikit (supaya senang nak kisar)

3. Kisar limau purut dengan air yang sedikit (jika mahu scrub menjadi pekat). Kalau nak kasar, kisar sekejap saja.

4. Masukkan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna ambil sedikit sahaja. Senangkan.

Lumur macam biasa dan jadikan seperti syampu. Lakukan urutan lebih sikit di kepala anda secara menyeluruh. Biar semua kawasan rambut kena skrub beraroma hebat ni. Biarlah sekejap pada kepala dan kemudian barulah dibilas seperti biasa. Hasilnya rambut lebih sihat, segar malah baunya pun wangi.

Kelebihan Daun Limau Purut

https://1.bp.blogspot.com/-iIyAcF_Uwqg/Wc2fHoTwMdI/AAAAAAAAjKU/7QRQfBlSZF4LVFaG3gK2uDQo4UUlrpKBwCLcBGAs/s1600/daun-limau.jpg

Jangan kata limau purut sahaja baik untuk mencantikkan rambut. Daunnya pun tak kurang hebat. Selain digunakan sebagai penyedap beberapa jenis menu popular seperti tomyam dan masak paprik, sebenarnya ada banyak kegunaan lain yang cukup menarik. Antara kelebihan daun limau purut adalah:

1. Hilang Bau Busuk
Hiris halus daun limau purut dan letakkan disetiap ruang rumah terutama bahagian dapur. Selain buat udara lebih segar, bau busuk pun hilang.

2. Pewangi Semulajadi
Hiris halus daun limau purut bersama daun pandan. Nak lebih segar tambahkan sedikit kelopak mawar dan renjiskan air mawar. Nak gunakan minyak wangi biasa pun dialu-alukan. Letakkanlah di dalam bilik tidur atau dalam kereta. Wangi sentiasa.

3. Putihkan Gigi
Nak putihkan gigi pun boleh. Kisar sedikit garam dan daun limau purut ke dalam lesung batu , tumbuk halus dan jadikan pes. Pes campuran kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai bahan pemutih gigi dan menghilangkan bau mulut.

3. Wangikan Badan
Anda juga boleh menghiris daun limau purut dan dicampur sedikit perahan limau purut sebagai bahan mandi wap untuk membuang toksin dan mewangikan tubuh anda.

4. Tambah Selera Makan
Daun limau purut turut berfungsi sebagai penambah selera makan. Jika demam atau kurang selera makan, tambahkan sedikit daun limau purut untuk membangkitkan selera dan menambah semangat diri anda.

Chesire_Epilog Publish time 29-9-2017 01:15 PM

Wah belum cuba dah hidu bau wangi :lol:

DeeHanania Publish time 29-9-2017 01:27 PM

Kgemaran kita:loveliness:

maz8 Publish time 29-9-2017 01:33 PM

Daun limau purut kegemaran saya juga {:1_132:}

Usa.Gi Publish time 29-9-2017 02:02 PM

Nak cuba lah scrub rambut nnti

taikpekatt Publish time 29-9-2017 02:22 PM

Oh bru ku tau. Selalu aku potong 4 je lepastu tonyoh kt kulit kepala. Mmg elok utk org yg ada masalah kulit kepala. Aku ni cpt terkena kelumumur. Dlu msa pantang rajin buat. Skrg ni seminggu 2 kali je. Lg satu utk kelumumur aku pkai nizoral. Mmg elok. Selsun blue tu buat rmbut kasar mcm dawai je. X ingin aku pkai dah

-electrifying- Publish time 29-9-2017 03:03 PM

taikpekatt replied at 29-9-2017 02:22 PM
Oh bru ku tau. Selalu aku potong 4 je lepastu tonyoh kt kulit kepala. Mmg elok utk org yg ada masala ...

kt mne salu jual nizora tu... iols ade mslh kelemumur jgak... stress je, rmbut cpt gtl2

kimchipedas Publish time 29-9-2017 08:57 PM

Wahh memang ken buat ni..ni pun dh terbau wangian limau purut walaupun x buat lg

moonbug Publish time 29-9-2017 10:49 PM

Wahh mcm best je. Nak buat jugakla. Thank you for sharing :loveliness:

sheme Publish time 30-9-2017 12:13 AM

Untuk rambut gugur ada tak? Teruk beno dah rambut iols ni.. bersepah2banyak.. belom lagi masa cuci rambut.. huiii :L

harifa Publish time 30-9-2017 06:36 AM

Xpenah blend cenggini.. Slalu potong, trus tonyoh kat kepala.. Tp mmg best bau dia.

noraidil_06 Publish time 30-9-2017 08:37 AM

Sy x tahan la bau limau purut. Sakit kepala. Sll buat mandi je

Mjyyk Publish time 30-9-2017 09:09 AM

Oh cam gitu... {:thumbo{:thumbo{:thumbo{:thumbo

samisfar Publish time 30-9-2017 10:04 AM

I must try

chula Publish time 30-9-2017 10:09 AM

wah nanti balik kg boleh cuba buat.. ktumah sana ada pokok limau purut ni

taikpekatt Publish time 1-10-2017 12:38 AM

-electrifying- replied at 29-9-2017 03:03 PM
kt mne salu jual nizora tu... iols ade mslh kelemumur jgak... stress je, rmbut cpt gtl2

Watson ada. Guardian. Tp ritu pg watson terpencil xde. Try cari kt watson kwsan yg fofuler skit

sanji17 Publish time 3-10-2017 07:29 PM

mmg menarik ni, shampo diy
Pages: [1]
View full version: Tak Payah Pakai Shampoo Dah , DIY Scrub Limau Purut Di Rumah Untuk Kulit Kepala


ADVERTISEMENT