cmf_baby_ayang Publish time 27-9-2017 09:25 AM

BISIK PADA LANGIT

Edited by eddlisa_uyuk at 27-9-2017 01:30 PM

memang takde sapa buka lagi thread pasal cite ni? sedang ditayangkan di pawagam. Filem melayu wajib tonton yang membawa tema kekeluargaan. Tak cliche.. takde CEO, anak org kaya bajet hensem, rumah batu bertingkat2.. lakonan pelakon yang mantap. Rasanya dari last year Beto dah war-warkan kat ig pasal filem ni.

https://i.imgur.com/BuFfmK9.jpg

cmf_baby_ayang Publish time 27-9-2017 09:28 AM

Artikel dari Astro dated 8 September 2016

KABIR BHATIA ANGKAT KISAH KASIH AGUNG SEORANG AYAH DALAM SEBUAH NASKAH AIR MATA

Tampilkan Jalil Hamid, Ummi Nazeera dan Beto Khusyairi selaku tonggak utama

KUALA LUMPUR, 7 September 2016 – Cinta seorang ibu kepada anaknya sering diandaikan lebih dalam dari dasar laut, manakala kasih seorang ayah kepada anaknya kadangkala tidak terlihat pada zahirnya, namun keikhlasannya lebih tinggi daripada gunung. Pengorbanan seorang ayah untuk membahagiakan anak tiada tandingannya. Mungkin ramai yang terlepas pandang akan hakikat ini, justeru itu naskah terkini milik pengarah hebat, Kabir Bhatia, ini pasti mampu mengingatkan kita kembali akan kehebatan figura lelaki yang dipanggil ‘ayah’ ini. ‘Bisik Pada Langit’ adalah sebuah filem televisyen (FTV) terbaharu yang diterbitkan Nusantara Seni Karya Sdn. Bhd. dan akan disiarkan di saluran Astro First Eksklusif (480) mulai 15 September ini.

Pelakon berpengalaman, Jalil Hamid, diberikan tanggungjawab memegang peranan utama dalam menjayakan filem TV ini sebagai ayah manakala pelakon popular, Ummi Nazeera, memegang watak seorang anak yang cukup ditatang serta dikasihi sepenuhnya oleh ayah beliau. Pelakon hebat, Beto Kusyairi, turut tampil memegang watak penting sebagai abang di samping Fadilah Mansor, yang melakonkan watak sebagai ibu. Percaturan Kabir Bhatia menampilkan kesemua nama-nama hebat untuk naskah ini dilihat berjaya apabila barisan pelakon berjaya menjiwai watak masing-masing yang pasti mampu mengusik hati penonton.

Bisik Pada Langit mengangkat kisah kekeluargaan sebagai plot utama dan diapit pula dengan aspek ketulusan sebuah persahabatan, cinta dan ketentuan takdir yang telah tersurat. Pada masa yang sama, Kabir Bhatia, turut memberikan penekanan terhadap pengorbanan Wak Selamat (Jalil Hamid) sebagai seorang ayah yang dilihat begitu menyayangi anak perempuannya dan sanggup menunaikan segala kehendak permata hatinya ini bagi memastikan kebahagiaan dikecapi beliau pada setiap masa. Siti Hajar (lakonan Ummi Nazeera) merupakan satu-satunya anak perempuan dari tiga beradik. Sama seperti ayahnya, abang beliau, Zaidi (Beto Kusyairi) dan adiknya, Ikram (Naim Daniel) turut perlu berkorban semata-mata demi memastikan cita-cita Siti Hajar untuk melanjutkan pelajaran di Perth, Australia dapat direalisasikan. Walaupun dalam keadaan berat hati, Wak Selamat perlu membenarkan anaknya pergi dengan harapan Siti Hajar dapat membawa pulang segulung ijazah seterusnya membantu keluarga yang selama ini hidup dalam serba kekurangan.

Harapan Wak Selamat musnah apabila Siti Hajar dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Perth. Lebih meremukkan hati Wak Selamat adalah apabila beliau hanya mengetahui akan hobi anaknya yang gemar menunggang motosikal selepas dari kecelakaan yang menimpa Siti Hajar, namun pada masa yang sama, semua ahli keluarga sudah mengetahuinya sejak dari duhulu lagi. Siti Hajar kini berada dalam keadaan kritikal dan koma di negara asing yang menjadikan keluarganya di Malaysia tidak senang duduk dan ditindih keresahan.

Tidak cukup sekadar memanjatkan doa agar dipermudahkan segalanya, Wak Selamat terus berusaha mencari jalan agar beliau dapat pergi ke Australia untuk melihat sendiri keadaan anak kesayangannya itu. Tanah yang ada digadaikan, rumah pula dipajakkan, saudara mara ada yang membantu tetapi kebanyakkan dari mereka dilihat lebih banyak mencemuh kerana tidak setuju akan keputusan Wak Selamat untuk pergi melawat anaknya di Australia kerana ia diandaikan sebagai satu pembaziran kepada mereka yang terang-terangan hidup susah di sini. Wak Selamat dan keluarganya dinasihatkan untuk terus menanti akan keputusan doktor dengan penuh pasrah di Malaysia. Tetap berdegil dengan keputusan beliau, Wak Selamat terus dengan pendiriannya untuk pergi ke Australia melawat anaknya. Namun begitu, adakah usaha Wak Selamat selama ini bakal menemui jalan buntu, dan adakah Siti Hajar akan kembali sedar atau Wak Selamat terlewat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya?

“Susun atur dan konsep jalan penceritaan yang ditampilkan Kabir Bhatia yang rata-ratanya berteraskan kekuatan hubungan kekeluargaan, permainan emosi yang pasti mampu menggolak hati penonton dan suntikan beberapa elemen yang luar dari kebiasannya seperti faktor dramatik yang menampilkan seorang wanita meminati bidang pemotoran berkuasa tinggi dan konsep sinematografi yang menekankan pelbagai aspek artistik dari Pengarah Fotografi tersohor tanah air, Norhanisham Muhammad (Labu) di saat penggambaran di Malaysia dan juga di Perth, Australia ternyata menjadi kekuatan kepada filem TV ini”, jelas Saniboey Mohd Ismail, Ketua Unit Drama Premium dan Filem Astro.

“Kami turut yakin, keserasian dan persembahan mantap yang dicetuskan oleh kedua-dua watak utama yang diterajui Jalil Hamid dan Ummi Nazeera ini bakal memberi impak tambahan kepada filem ini dan ia sudah pasti mampu meraih hati para penggemar filem-filem tempatan yang sentiasa dahagakan pembaharuan dalam sesebuah penerbitan. Pada masa yang sama, kehebatan barisan pelakon lain yang dilihat berjaya menjiwai watak-watak yang digalas ternyata berjaya memberikan efek lebih maksimum kepada karya ini. Tahniah diucapkan kepada Kabir Bhatia dan barisan produksi ‘Bisik Pada Langit’ di atas kejayaan menzahirkan sebuah naskah sehebat ini”, kata Saniboey lagi yang juga merupakan pencetus idea asal ‘Bisik Pada Langit’.

Selain memberikan mood kepada keseluruhan perjalanan cerita, lagu tema yang bersesuaian juga memainkan peranan sebagai pelengkap kepada sesebuah karya yang dilahirkan terutamanya di saat peralihan babak-babak penting. Menyedari akan hakikat tersebut, sebuah lagu runut bunyi dihasilkan khas untuk ‘Bisik Pada Langit’. Didendangkan oleh penyanyi kelahiran program realiti yang cukup diminati ramai, Akim & The Majistret, lagu ‘Lygophobia’ ini ditulis oleh Hang Nadim dan lirik oleh Laq.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton tayangan eksklusif ‘Bisik Pada Langit’ pada 15 September 2016 ini di Astro First Eksklusif, saluran 480. Dengan hanya RM15.90 (termasuk GST) untuk sebuah filem, para penonton boleh menyaksikan filem ini berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian.   

cmf_baby_ayang Publish time 27-9-2017 09:36 AM

info dr ig Beto Nov 2016 lepas.

beto_kusyairy Dah lama rasanya Kabir tak hasilkan karya sebegini. Sebuah naskah bertema keluarga yang mungkin akan menyentuh hati & perasaan anda. Khas buat si ayah, ibu, abang, kakak & juga adik..ini karya buat kalian yang harus ditonton di pawagam & bukan secara online atau cetak rompak.
#BisikPadaLangit yang asalnya untuk tayangan tv kini telah diangkat menjadi filem yang akan mula ditayangkan di pawagam bermula 9 Feb 2017.
Ps: Naskah ini BUKAN adaptasi dari novel tapi terbalik..dinovelkan setelah proses penggambarannya selesai dek kekuatan isinya.
#takenote #mestitonton

end up September 2017 baru released. Dah tonton last Monday angkut hubby & anak2. Patutnya nak tengok Kingsman tapi my kids tak lepas pula.. under aged :lol:

cmf_baby_ayang Publish time 27-9-2017 09:38 AM

http://www.gempak.com/artikel/6607/ini-perkara-yang-berlaku-disebalik-tabir-filem-bisik-pada-langit

Filem terbaru karya pengarah hebat Kabir Bhatia, Bisik Pada Langit bakal menemui penonton pada 21 September ini.

Bisik Pada Langit (BPL) merupakan sebuah naskah air mata yang mengangkat kisah agung seorang ayah terhadap puteri kesayangannya.

Dibarisi pelakon hebat seperti Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Kusyairy, Datin Fadilah Mansor, Na’im Daniel dan Erwin Dawson ini bakal membuatkan jiwa penonton terusik dengan emosi yang dibawakan oleh watak lakonan mereka.

Buktinya, klik sahaja pada hashtag #BisikPadaLangit #WhySoSad dan #MataMasukHabuk di laman Instagram pastinya terdapat banyak foto dan juga video penonton yang rata-ratanya gagal mengawal perasaan sehingga menangis teresak-esak.

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, sudah pasti pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi oleh para pelakon dan juga kru produksi sewaktu proses pembikinan filem BPL.

Di sini kami kongsikan lima perkara yang berlaku disebalik tabir pembikinan BPL:

1.Antara filem paling mencabar buat Ummi Nazeera kerana mempunyai babak meninggal dunia yang memerlukan dirinya dikafankan.

2.Untuk melakonkan babak tersebut, Ummi terpaksa mengambil masa untuk menenangkan diri danmengawal mindanya supaya terus fokus sepanjang babak dikafankan kerana dia mempunyai klaustrofobia iaitu takut pada ruang yang sempit dan tertutup.

3.Ummi mendedahkan Jalil Hamid memberikan tips dan tunjuk ajar kepadanya untuk melakonkan babak meninggal dunia supaya nampak ‘hidup’.

“Bukan senang untuk melakonkan watak meninggal dunia, walaupun pejam mata secara tidak langsung bebola mata pasti akan kelihatan bergerak-gerak.

“Bagaimanapun Uncle Jalil memberikan tips untuk membantu saya, katanya untuk menampakkan babak tersebut ‘real’, saya perlu menutup mata sambil menjulingkannya, ternyata cara itu memang berkesan,” jelas Ummi.

4.Sewaktu melakonkan babak bersama Jalil Hamid, Beto telah mengalami sakit mata dan matanya juga kemerah-merahan. Babak yang dimaksudkan adalah ketika Zaidi (Beto) membawa kereta untuk menemani bapanya (Jalil Hamid) membuat passport.

5.Sewaktu penggambaran BPL, Jalil Hamid menerima berita sedih bahawa cucunya telah meninggal dunia.

6.Jalil Hamid akui ketika melakonkan babak bersama Ummi ditepi pantai, sememangnya dia berasa terkesan dengan pemergian cucunya itu.

cmf_baby_ayang Publish time 27-9-2017 09:53 AM

official trailer

Wyh3BmfWle4

5pQoYsN2Sew

Official soundtrack by Akim & Majistret- Lygophobia

vcdNA1oOeF4


buragazz Publish time 27-9-2017 10:37 AM

Member meols tgk katanya lakonan Uncle Jalil Hamid memang superb...

SepatUngu Publish time 27-9-2017 12:34 PM

naskhah berat ni.. mmg tunggu2 filem yg mengangkat plot sebegini

nadie90 Publish time 27-9-2017 02:43 PM

Nk tgk...tp xthu bila...hrp2 tygn filem nie kt pggung wyg lama skit sbb sllu filem2 Melayu tyg 1 mggu ja klu xdak org p tgk...dah la brp pggung wyg ja yg amik filem2 Melayu nie

nashrudean Publish time 27-9-2017 05:46 PM

seedih citer ni..i bg 2 bintang.sila la tgk.

joy_ah Publish time 27-9-2017 11:39 PM

kenapa ummi kata watak meninggal dunia bagi ummi tu susah? bukan ke watak cik nin dalam kak limah pun meninggal dunia siap jadi hantu lagi??

cmf_baby_ayang Publish time 28-9-2017 09:02 AM

buragazz replied at 27-9-2017 10:37 AM
Member meols tgk katanya lakonan Uncle Jalil Hamid memang superb...

yup.. memang superb.. watak bapa yg dibawa seperti watak bapa yg real.. yg ada disekeliling kita.. ni komen beto dr ig..


[*]beto_kusyairyIf you ask me now who should play the role of a father in #BisikPadaLangit, my answer will still be @jalilhamid. He wasn't acting. He was becoming. I just love each & every scenes with him. Purely magic. I still remember when he got the tragic news about his grandson while filming by the beach(the family photo scene). Tried very hard to compose himself to drive back to his real family. Lebih menyayat hati, his grandson came to the set a day before just to meet with his atuk. Abg Jalil was getting ready to do a green screen shot(the fell from coconut tree) when he arrived. He was so happy to see his atuk. The next day, God took him. Imagine that. Imagine how God works on the timing. We had to break to pay respect, let Abg Jalil settle the things that needs to be done & continue few days later. The remaining scenes were all the jetty scenes if I'm not mistaken. Abg Jalil came back like a pro even though we all knew that he brought a heavy heart with him. I still remember, the black clouds, the strong wind as if they understands what he went through. As if they represented the thoughts & mind of his. That visual perfectly captured by Kabir & the team & it's in the film..(the scene when Zaidi brought Ayah to Tg Piai after the tragic phone call). If you want to know what magic is..this is one of it & maybe this is one of the reasons why we feel very close to the film & to the story itself.
Abg Jalil Hamid, may God continue to shower you with all the blessings you truly deserve. It's an honor to share the frame with you Sir..alhamdulillah.
And people..please watch this in cinema. This story & Abg Jalil's performance needs to be shared & seen. Go give it a try..you wont regret it.
Ps: AlFatihah buat Allahyarham Muhammad Thaqif

cmf_baby_ayang Publish time 28-9-2017 09:07 AM

SepatUngu replied at 27-9-2017 12:34 PM
naskhah berat ni.. mmg tunggu2 filem yg mengangkat plot sebegini

pada me takde lah berat sgt.. plot cite dia simple je.. berkisar dalam kehidupan keluarga ni dlm seminggu & byk adegan flashback but boleh faham.. typical malay family.. ada watak pak long & pak su & ayah sebagaingah.. kena tempelak ikutkan sgt kehendak anak.. tak mampu tp nak juga hantar anak beajar ke oversea.. org melayu bila org susah mulalah diungkit cerita zaman tok kaduk.. bukannya nak membantu.. hehe..

cmf_baby_ayang Publish time 28-9-2017 09:15 AM

nadie90 replied at 27-9-2017 02:43 PM
Nk tgk...tp xthu bila...hrp2 tygn filem nie kt pggung wyg lama skit sbb sllu filem2 Melayu tyg 1 mgg ...

hmm.. tulah.. cer la cari masa.. sokong filem melayu :loveliness:

cmf_baby_ayang Publish time 28-9-2017 09:17 AM

nashrudean replied at 27-9-2017 05:46 PM
seedih citer ni..i bg 2 bintang.sila la tgk.

selsema x? :)
sy awal2 dah sok sek.. teringat arwah ayah

SepatUngu Publish time 28-9-2017 09:21 AM

cmf_baby_ayang replied at 28-9-2017 08:07 AM
pada me takde lah berat sgt.. plot cite dia simple je.. berkisar dalam kehidupan keluarga ni dlm s ...

ooosbb tengok trailer jah

belum berkesempatan lg nak ke panggung wayang :$..iols baru tau movie ni daripada novel rupanya

cmf_baby_ayang Publish time 28-9-2017 09:28 AM

joy_ah replied at 27-9-2017 11:39 PM
kenapa ummi kata watak meninggal dunia bagi ummi tu susah? bukan ke watak cik nin dalam kak limah pu ...

haha.. watak cik nin memang legend kan.. hantu ala2 wanita melayu terakhir yang cantik sopan santun..

Umi memegang watak sebagai Siti Hajar (kak ngah).. spoiler alert ye .. ada scene tengah nazak sambil & ayah boleh dengar melalui telefon.. uwwaa.. berjurai air mata time ni tp my son potong mood bila tiba2 dia minta popcorn & marah me bila dia tahu popcorn dah abis ;P

cicicumel Publish time 28-9-2017 09:34 AM

SepatUngu replied at 28-9-2017 09:21 AM
ooosbb tengok trailer jah

belum berkesempatan lg nak ke panggung wayang ..iols baru tau mo ...

Silap uol.novel tu adaptasi dr filem.

cmf_baby_ayang Publish time 28-9-2017 09:35 AM

SepatUngu replied at 28-9-2017 09:21 AM
ooosbb tengok trailer jah

belum berkesempatan lg nak ke panggung wayang ..iols baru tau mo ...

ni i bg link utk layan tayangan perdana.. boleh layan utk 20 minit pertama.. sumber astro shaw

https://youtu.be/wHN7gIsQegQ

cmf_baby_ayang Publish time 28-9-2017 09:52 AM

cicicumel replied at 28-9-2017 09:34 AM
Silap uol.novel tu adaptasi dr filem.

ye.. ni novelnya..

https://i.imgur.com/rLjPkVa.jpg

bottombikini Publish time 28-9-2017 03:32 PM

cmf_baby_ayang replied at 28-9-2017 09:52 AM
ye.. ni novelnya..

aiyo bestnye...{:1_152:}
Pages: [1] 2 3 4
View full version: BISIK PADA LANGIT


ADVERTISEMENT