changa=famri7 Publish time 23-9-2017 03:56 PM

Mercedes SUV pemain Chelsea terbabas

PEMAIN tengah Chelsea, Tiemoue Bakayoko terselamat daripada kecederaan serius selepas Mercedes SUV dipandunya terbabas ketika dalam perjalanan pulang dari pusat latihan.Kenderaan SUV pemain Perancis itu terbabit kemalangan selepas lima minit meninggalkan padang latihan Cobham di Surrey pada jam 4.40 petang, semalam.Polis bergegas ke tempat kejadian yang berlaku di Blundel Lane.
Kereta jenis Mercedes G63 AMG SUV dipandu pemain terbabit berharga £150,000 (RM855,000).
Adik kepada pemain terbabit, Namory, pernah menyatakan kebimbangan terhadap pemanduan Tiemoue di England dan mendakwa dia tidak suka memandu di laluan jalan kiri.“Tiemoue (Bakayoko) memberitahu dia tidak akan membenarkan dirinya memandu kerana memikirkan agak gila membawa kereta di bahagian kiri! Tetapi dia melakukannya,” katanya.Polis Surrey dalam satu kenyataan mengesahkan kemalangan itu.“Polis berada di Blundel Lane di Oxshot selepas sebuah kereta dilaporkan terbabas,” menurut jurucakap itu.“Pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. Terdapat sedikit kelewatan trafik ketika SUV itu dipindahkan.”Pemain terbabit menyertai Blues musim panas lalu dengan perpindahan £40 juta (RM228 juta) dari Monaco. Dia dijangka dapat beraksi di Stoke pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), esok.

gambar kereta ~ https://www.hmetro.com.my/arena/2017/09/266005/mercedes-suv-pemain-chelsea-terbabas





Pages: [1]
View full version: Mercedes SUV pemain Chelsea terbabas


ADVERTISEMENT