aurorae Publish time 19-9-2017 10:56 PM

Selalu Belikan Apa untuk Hadiah Harijadi Kawan2 Anak?

Kawan baik anak bungsu saya buat majlis harijadiyang ke 11, dan dia nak pergi.    Tahun lepas buatkan kad harijadi dan tampal dengan modelmini skateboard sebab kawan dia suka main skateboard.Tiba2 anak cakap,kali ni tak payah bagi apa2 hadiah ye ummi.Saya tanyalah kenapa.

Lepas tu anak bagitau tahun lepas dia sorangje bagi hadiah murah.Kawan2 lain bagihadiah drone,lego,   dan ntah apa2 lagi istilahmoden yang saya dah lupa.    Saya cuba pujuk anak takpelah bagi hadiah murah, yang penting ingatan.Memang kita tak mampu nak beli yang mahal.Sebab anak saya pandai melukis dan buat macam2 model origami dan kapalterbang dari kertas, saya suruhlah dia buat satu untuk kawan dia tu.Tak mau juga dia.

Sehari sebelum party, saya masih lagi mencari idea nak bagi hadiah apa, yang murah tapi anak saya suka dan tak segan nak bawa ke sana.   Masa buat grocery kat minimarket ternampaklah makanan ringan dari seaweedyang semua anak2 suka.Disebabkan kawan baik anak saya tu bangsa Jepun, saya rasa inilah yang terbaik hihihi.

Masa nak hantar anak, barulah saya tunjukkan hadiah tu, dan seperti dijangka seronok betul anak saya.Lupa dia harga jajan seaweed tu murah je.

Anak saya cerita cukup2 kepingan seaweed tu untuk semua kawan2 yang datang, ada sorang dua budak yang tak pandai makan, tapi memang habis licin la.

Saya sendiri tak pernah buatkan party harijadi untuk anak saya ni, setakat belikan/buatkan kek dan makan anak beranak je.   Tapiterpaksa la fikir juga hadiah apa yang sesuai untuk budak2 sebesar ni ye.Dah dapat beberapa kad jemputan harijadi ni.Duhh.

Forumer semua selalu belikan apa untuk hadiah harijadi kawan2 anak?

AJ88 Publish time 19-9-2017 11:11 PM

I tak ada anak sis. Tp anak buah i bg spinner msa birthday bestfren die. Edisi yg ala2 limited edition tp xdelah rege ratus2.

noraidil_06 Publish time 19-9-2017 11:24 PM

Kat Temerlohni x de sgt org buat birthday bash. Tp kalau sesekalk org buat. I bg barbie doll. Beli kt the store je

NE_KO Publish time 19-9-2017 11:48 PM

anak kawan takde.kalau anak buah ada lah.boleh tak?

ok perempuan saya bagi kan baby G.yang lelaki saya bagi dvd full ep One Piece ;P tgk la sampai muntah.kekadang saya bagi action figure.jgn beli stuff yg bila besar tak leh pakai n layan.scrabble pon okay.chess board ke.

moonbug Publish time 19-9-2017 11:48 PM

I takde anak and i tak sure budget TT berapa so I just bg some ideas la. I pernah belikan entrance ticket to KidZania as birthday gift and it was so happily received by the kid (age 7-14 RM76.50 beli online). Pernah beli movie tickets jugak, beli movie Despicable Me ke ape, tp sbb murah I beli la 3 tickets so bolehlah the kid pegi dgn parents/kwn cuma yg ni tricky sbb timing tu kena betul. Quirky tshirts pun ok for boys mcm "Keep calm and kill zombies" ke :lol:

moonbug Publish time 19-9-2017 11:53 PM

Pada i, sama je budak ke org dewasa ke. Utk lelaki susah sikit sbb tak byk option sgt. Utk perempuan senang especially kalau budak. Kalau umur 11 ni bdk perempuan bg body mist ke lip balm ke pun dia dah excited ;P

emelia1509 Publish time 20-9-2017 12:25 AM

noraidil_06 replied at 19-9-2017 11:24 PM
Kat Temerlohni x de sgt org buat birthday bash. Tp kalau sesekalk org buat. I bg barbie doll. Beli ...

Samalah kite..Barbie doll dan the store..Hihi

faraway1 Publish time 20-9-2017 01:50 AM

this year hadiah birthday anak bestfriend, me kasi
board game untuk yang 7 tahun.

yang 3 tahun me kasi saiz besar gambar untuk dicolor,
besar gila sampai kena tampal kat dinding untuk colorkan..
so the kid suka sangat..

chrismas my best friend dah bagitau dia akan kasi basikal tanpa
pedal untuk my baby, dan me akan kasi bebudak berdua tu training knife
diperbuat dari kayu, so dorang boleh tolong
mak dorang potong sayur serta apron,
dedua ni anak lelaki.

Amina_Mirza Publish time 20-9-2017 03:03 AM

Normally i beri hadiah buku cerita, coloring book, pensel warna, board game & toys, ie lego, blocks, soft toys..

Amina_Mirza Publish time 20-9-2017 03:04 AM

moonbug replied at 19-9-2017 11:48 PM
I takde anak and i tak sure budget TT berapa so I just bg some ideas la. I pernah belikan entrance t ...

Good idea ni. Boleh beri as a gift lain kali :)

aurorae Publish time 20-9-2017 08:47 AM

AJ88 replied at 19-9-2017 11:11 PM
I tak ada anak sis. Tp anak buah i bg spinner msa birthday bestfren die. Edisi yg ala2 limited editi ...

kira benda2 yang tengah 'in' di kalangan budak2 la kan.Macam hari tu anak saya minta satu, tapi dok bawa sana sini terus hilang.Ok juga tu budak2 lelaki suka.

aurorae Publish time 20-9-2017 08:50 AM

noraidil_06 replied at 19-9-2017 11:24 PM
Kat Temerlohni x de sgt org buat birthday bash. Tp kalau sesekalk org buat. I bg barbie doll. Beli ...

kalau bebudak perempuan senang kan.Dulu anak baby sitter buat party dan tau dia suka barbie doll, saya belikan baju barbie je.

aurorae Publish time 20-9-2017 08:55 AM

NE_KO replied at 19-9-2017 11:48 PM
anak kawan takde.kalau anak buah ada lah.boleh tak?

ok perempuan saya bagi kan baby G.yang lelaki ...

Baby G tu apa ye?ketinggalan sikit.

aurorae Publish time 20-9-2017 09:11 AM

moonbug replied at 19-9-2017 11:48 PM
I takde anak and i tak sure budget TT berapa so I just bg some ideas la. I pernah belikan entrance t ...

Dulu2 masa tengah senang memang tak de limit budget, tapimasa tu kawan2 anak jenisbudak2sekolah agama takde party2 semua ni.   Sekarang ni memang budget, kalau boleh hadiah antara $5- 10 je.   Saya tak mampu lebih dari tu.Dulu anak saya pun pernah dapat tiket/ gift kadmacam tu masa menang satu pertandingan, tapi kena pergi satu tempat yang jauh pula jadi memang tak guna pun.T shirt murah2 tapi budak2 suka tu good idea juga.

aurorae Publish time 20-9-2017 09:37 AM

Edited by aurorae at 20-9-2017 09:48 AM

faraway1 replied at 20-9-2017 01:50 AM
this year hadiah birthday anak bestfriend, me kasi
board game untuk yang 7 tahun.


Teringat dulu masa anak sulung umur setahun, dapat hadiah tricycle dariofismate husband.Dia suka sangat, kesana kemari dengan benda tu.
Masa anak bungsu umur 2 tahun, baby sitternya bagi benda ni, entah apa namanya. Boleh di steer dan bergerak tanpa guna pedal atau bateri.Harga RM70, saya ingat lagi.Benda ni lasak betul, orang dewasa pun boleh duduk dan gerakkan ke sana sini. Masa bawa ke playground, ramai yang tanya kami beli dari mana. Kälau budget bukan halangan, saya pun suka hadiah2 macam ni.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201709/20/093953p7i4ifk0iaql4rkr.jpg

aurorae Publish time 20-9-2017 10:00 AM

Edited by aurorae at 20-9-2017 10:01 AM

moonbug replied at 19-9-2017 11:53 PM
Pada i, sama je budak ke org dewasa ke. Utk lelaki susah sikit sbb tak byk option sgt. Utk perempuan ...
Anak2 perempuan saya masa kecil2 duluselalu bagi benda2 kecil comel macam ni, kadang2 masukkan semua dalam purse comel bulu2.Bila dah besar sikit nak buku, dah teenagers sekarang nak duit je.

aurorae Publish time 20-9-2017 10:05 AM

Amina_Mirza replied at 20-9-2017 03:03 AM
Normally i beri hadiah buku cerita, coloring book, pensel warna, board game & toys, ie lego, blocks, ...

Saya rasa buku cerita atau komik (novel2 budak2sekarang pun mostly dalam bentuk komik kan) tu idea yang paling senang saya nak ikut.Board game saya suka, tapi kena cari yang withinbudget.

moonbug Publish time 20-9-2017 10:08 AM

Amina_Mirza replied at 20-9-2017 03:04 AM
Good idea ni. Boleh beri as a gift lain kali

Boleh try u. Budak2 suka bila dpt benda mcm ni sbb barang, toys semua tu selalu dpt jgk kan. Kalau bg experience, it's something out of ordinary so diorang ingat sampai bila2. It doesn't have to be super expensive pun. Movie pun ok. Yg District 21 extreme park kat ioi city mall tu pun best tu utk budak2 especially boys :loveliness:

intan_smsb Publish time 20-9-2017 10:32 AM

kalau tak nak bagi hadiah bagi duit pun ok

anak aku lelaki dah form 2

aritu ms besday kawan die pompuan, anak aku hadiahkan topi nike je

kemain suka budak pompuan tu :$

Amina_Mirza Publish time 20-9-2017 12:33 PM

moonbug replied at 20-9-2017 10:08 AM
Boleh try u. Budak2 suka bila dpt benda mcm ni sbb barang, toys semua tu selalu dpt jgk kan. Kalau ...

Noted on that. Thanks again ye uols :)
Pages: [1] 2
View full version: Selalu Belikan Apa untuk Hadiah Harijadi Kawan2 Anak?


ADVERTISEMENT