Alamak, Bayiku Kuning? Ikut 2 Petua Viral Ini!
Demam kuning atau Jaundice memang biasa menyerang bayi baru lahir terutama bayi dilahirkan pramatang.Antara gejala demam kuning adalah bahagian putih mata dan kulit bayi berwarna kekuningan. Ia dapat dilihat dengan lebih jelas apabila ditekan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201709/18/115445uphjhlaja9s77kce.jpgFoto: BabyCenter
Faktor seperti udara dan persekitaran, tabiat pemakanan, pengambilan ubat dan sebagainya boleh menjadi sebab bayi terkena penyakit ini.
Alamak, anak terkena demam kuning! Macam mana nak hilangkannya? Ha, anda boleh ikut petua berikut.
Asam Jawa & Kucai:
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201709/18/115445x2megfkma5acl2mh.jpg
1. Asam jawa segenggam, ramas sehingga hancur
2. Kucai secekak, kisar sehingga hancur dan tapis
3. Sekalikan bahan dan tapis sekali lagi supaya tiada sisa, masukkan ke dalam besen mandian bayi bersama air suam
4. Mandikan bayi dalam 20 minit
Sengkuang Cina:
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201709/18/115445njgg7swgg877ghs9.jpgFoto: Jom Hamil Furmon
1. Kupas kulit sengkuang dan tumbuk hancur (pastikan lesung batu bersih)
2. Tapis sehingga tiada sisa sengkuang
3. Titik ke dalam mulut bayi sedikit sahaja bertujuan merawat secara tradisional setiap hari sehingga kuning hilang
Nota: Sengkuang cina dipercayai bagus bagi menyejukkan badan
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201709/18/115445d777ssshnfxssdxo.jpgFoto: Singapore Motherhood
Apapun, penting bagi ibu bapa untuk memantau paras kuning anak di klinik atau hospital. Semoga info ini bermanfaat buat anda. - CARI
Sumber: Jom Hamil Furmon Bukan bg minum susu ibu ke yg terbaik? macam2 petua zaman skrg ni ank sedara iols pun kena jugak, mmg fully bf .. dekat sebulan baru ok.. Anak saya letak bawak cahaya matahari pagi. Petua orang dulu2. Mak la yg buat. Kita yg tak tau ni ikut je Mak aku cakap, kalau tak nak anak kena demam kuning, kena selalu menyusukan dia. Jangan bagi anak tu lapar.
Kena menyusukan tiap berapa jam entah. Lupa pulak.:lol: EncikRhoma replied at 18-9-2017 05:53 PM
Anak saya letak bawak cahaya matahari pagi. Petua orang dulu2. Mak la yg buat. Kita yg tak tau ni ik ...
Haa yang ni mmg setuju.penah nampak jgk ada yg jemur baby bawah cahaya matahari.mula2 nampak pelik dan kesian pun ada.tapi rupanya berkesan tapi cahaya matahri sekarang macam dah tak relevan. jam8 dah panas mcm jam11..acane? Cucu akak yg baru lahir kena kuning. Beri susu kambing+saffron indirectly dah. Beri minum air serbuk mutiara dah. Mummynya akak stopkan semua jenis spices & halia, lempoyang, kunyit & sebagainya. Jus anggur hitam dah. Mandi air singseh dah. Mandi air jambu dah. Skrg beri dia minum Karihome.. Kawan akak pun ada beri daun yg berwarna kuning dan direbus air mandiannya. Tadi cuba juga letak cool fever & aloevera di badannya.. Dah 10 hari kuning.. Harap dia pulih secepat mungkin nyusu badan banyak2.. jangan biar baby tidur, sebab baby kuning ni memang akan kuat tidur dan letih.. kejutkan dan bagi minum susu ikut time, baru dia akan buang air banyak2.. kuning akan cepat turun.. satu lagi jangan bedung sangat, kalau panas meruap kuning akan naik.. satu lagi petua masa mengandung banyakkan minum air zam-zam.. in shaa allah baby tak kuning
Pages:
[1]