NE_KO Publish time 6-9-2017 08:10 PM

[V37]ALL ABOUT FATTAH AMIN

Edited by annehuda at 15-9-2017 09:15 AM

https://preview.ibb.co/hqR81v/20170906_200500.png

https://preview.ibb.co/ec3Vgv/20170906_210116.png

GURAUAN Nabil Ahmad terhadap Fattah Amin memakan diri apabila dia menjadi sasaran kemarahan peminat pelakon sensasi itu.

Nabil menerusi Twitter meninggalkan komen berhubung tajuk sebuah artikel mengenai Fattah yang tidak boleh berjemur telah membuatkan peminat tidak berpuas hati dengan pelawak itu.

"Fuhh power!! Level Hollywood! Macam ni laaa baru artis!!," tulis Nabil.

https://preview.ibb.co/cQZWoa/20170906_201726.jpg

Peminat bertindak mempersoalkan tujuan Nabil 'menyerang' pelakon kesayangan mereka tambahan pula Fattah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan buruk terhadapnya yang juga pengacara program MeleTOP.

Ada pula menganggap Nabil sengaja memerli Fattah kerana sikap dengkikan terhadap pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu.

https://preview.ibb.co/koS98a/20170906_200519.png

"Apa ni Nabil. Kalau tak suka pun janganlah tunjuk sangat. Kecewalah dengan Nabil ini.

"Ada saja nak dengki kat orang wahal orang tu tak pernah kacau orang pun!," tulis pengguna Twitter.

Lebih teruk, rata-rata meminta Nabil mengubah sikapnya memandangkan dia sudah bergelar Haji.

"Haji, bersihkan hati tu... jangan ada sidat dengki dengan orang lain," tulis pula seorang netizen.

Dalam pada itu, ada juga peminat yang meminta agar Fattah tidak menghiraukan sindiran itu dan tidak memperdulikan semua kata-kata negatif terhadapnya.

"Tersenyumlah Fattah Amin ketika hati di sakiti. Hati yang tidak membenci akan membentuk jiwa yang tegar dan damai," tulis peminatnya.

Sementara itu, ada juga netizen yang menyokong kenyataan Nabil itu dan menganggap peminat Fattah sebagai hati tisu apabila tidak boleh menerima gurauan.

Fattah dalam kenyataannya sebekum ini berkata, dia yang mewakili lapan jenama produk kecantikan dan kesihatan tidak boleh berjemur kerana bimbang ia akan merosakkan kulit demi menjaga kliennya.


Sumber : mStar


abil_tetra Publish time 6-9-2017 08:15 PM

abesla nabil ;P

lasagnaklcc Publish time 6-9-2017 08:17 PM

Byknya sampai 8 jenama produk kecantikan. :o

Biarla org tu nak jaga kulit... buat hal sendiri dah la nabil. Bkn kacau periuk nasi awak pon.

aqua_marine Publish time 6-9-2017 08:23 PM

Edited by aqua_marine at 6-9-2017 09:01 PM

Hajibil bergurau rupanya.. Tabik spring dekat hajibil sbb suka menceriakan suasana. Ramai yg sukakan gurauan hajibil, teruskan ye. Tapi kalau boleh, jangan bergurau sorg2 kat tuider tu. Kalau berani, silalah tag Fattah Amin sekali. ;P

Apa barang gurau sorg2, pihak yg diguraukan tu tak tahu apa2 pun. Bila dah sama2 bergurau, baru meriah. Barulah brotherhood.

Lap u bambil ;P

aldinaa Publish time 6-9-2017 08:27 PM

Nampaknya Nabil sngaja mencari haters. Mungkin show bus stop dia sendu hingga perlukan publisiti murahan macam ni.

I tertarik dengan komen 'terhibur' yang cakap fans fattah laju muncul. Of course la weyy, artis lain ada ke fans selaju fattah's? Zaman zaman socmed ni kalau tak pandai behave dgn fans memang haters la yang dapat. Lepas tu jangan hairan kenapa tak ada job pulak. Kalau tak ada kelulusan memang terpaksa kipas sana kipas sini untuk kelngsungan hidup. Beringat k.

dauswq Publish time 6-9-2017 08:27 PM

Edited by dauswq at 6-9-2017 08:46 PM

kena kritik
klu tak, retis tu jek dominasi industri seni...

mslh dgn warga malaysia ni..
bile suka sgt kt retis tu,depa "sembah" ratu ramai2 smpi dh tak de retis lain boleh duk sebaris populariti dgn nya..
antara elemen yg buat diorg suka sgt

1. sopan / nmpk baik/ hormat ibubapa / tutur kata pun elok jek
2. hensem/cantik
3. baik dgn media

bg aku, dlm industri seni perlu ade retis yg colorful perangai.. aku tak setuju retis sume kena baik belaka.. idiosyncrasy juga buat seseorg dikenangi...
cth di hollywood, yg perangai buruk pun org tak kecam sgt dan masih support hasil kerjanya..

mesmerize Publish time 6-9-2017 08:30 PM

ala takde la teruk sangat nabil bahankan si fattah tu. fefeeling fattah tu untouchable plak fans fattah neh.

aldinaa Publish time 6-9-2017 08:31 PM

I nk edit sikit point i, rasanya elemen yang daus sebut tu dah memang terbukti dari zaman ziana zain erra fazira lagi. Diorng mmg pandai jaga fans. Prior to zaman diorang tak tahu la sbb i blm reti minat artis lagi so tak boleh nak cakap lah.

meteorspeed Publish time 6-9-2017 08:32 PM

nabil jeles ker job tak dak..duk harap meletop jer aper klas..kemain sindir pattah ado sindir dia ker...jeles

cikmanggabatu Publish time 6-9-2017 08:37 PM



sensitip betol pemenat bamtah ni. rileks sudah. bambil gurau je tu.

virgo19 Publish time 6-9-2017 08:39 PM

dauswq replied at 6-9-2017 08:27 PM
kena kritik
klu tak, retis tu jek dominasi industri seni...



fattah ni dah ala2 mcm siti nurhaliza dulu2 pulak, versi lelaki. baik, sopan, org kampung, org perli dengki sana-sini pun buat dekk je. aku ok je dgn fattah, tapi mcm geli pulak dgn fans dia yg rata2 semua pompuan, sampai beriya2 buat sambutan besday mak fattah. pastu kalau dia komen2 kat ig fazura, fans dia pulak yg lebih2 feeling sweet melting bagai, mcm diorg tu fazura pulak. aku bukan dengki, tapi ntah la, mcm geli..

apa2pun, tak patut la nabil twit mcm tu, kan sesama rakan artis, nampak sgt dengkinya.

Sendu.com Publish time 6-9-2017 08:40 PM

Asal eh i perhati artis2 banyak mcm tak puas hati or dengki dgn fattah. Mungkin sbb fattah ni jenis diam so diorg berani bersuara. Ataupun fattah ni anak org biasa, bkn anak politician or orka. I mmg xsetuju la bab2 ni, diorg pun artis diorg ptt lebih fhm apa perasaan dikutuk sesama rakan artis. Nabil, you pun pernah femes satu ketika dahulu, pernah juga menang abp08, knp perlu dengki? Zaman you di puncak sudah tamat, skrg zaman org lain. Begitu juga fattah, skrg zaman fattah, satu hari psti fattah akan diganti artis lain. If you dont have anything good to tweet, just simply dont tweet anything. Ini bkn soal fattah, like some ppl said peminat fattah x boleh tgk fattah disentuh, bukan...this is about courtesy. Kalau bukan fattah pun, jgn la kutuk sesama artis yg tak kaco engko. Pls have some courtesy

cHimo Publish time 6-9-2017 08:43 PM

cikmanggabatu replied at 6-9-2017 08:37 PM
sensitip betol pemenat bamtah ni. rileks sudah. bambil gurau je tu.

Besa laa penyembah artis hahaha... padahal lakonan tahap sampah..

akusukapurple Publish time 6-9-2017 08:44 PM

kenapa nabil dengki sgt dgn fattah ni? nampak sangat plak tu. cover2 la sikit bambil. atau dgn kata lain, bodoh tu jangan tunjuk sgt kat orang

pencintaABC Publish time 6-9-2017 08:48 PM

Nabil mesti la support hajah rakan sepengacara meletop beliau. So faham2 je la.

alieyrina Publish time 6-9-2017 08:48 PM

Apa point nabil nk kata n apa point pemenat patah kayu sentap?

Orix Publish time 6-9-2017 08:48 PM

virgo19 replied at 6-9-2017 08:39 PM
fattah ni dah ala2 mcm siti nurhaliza dulu2 pulak, versi lelaki. baik, sopan, org kampung, org per ...

Beza siti dan fattah, siti tu gifted n talented... fattah..... krik3

amyza82 Publish time 6-9-2017 08:54 PM

aldinaa replied at 6-9-2017 08:27 PM
Nampaknya Nabil sngaja mencari haters. Mungkin show bus stop dia sendu hingga perlukan publisiti mur ...

Ingat lagi nabil ckp show bus stop die tu akan jadi fenomena... Sekali sejuk beku.
Maybe balasan busuk ati kt org lain

Loginlogoff Publish time 6-9-2017 08:56 PM

Tgk gmbr tbru si fatah tu dh kepam gelap hitam kelabu asap dh skrg...3hri berturut berpanas shooting coffeeprince smpai dh kepam dh...hahahhahaah.lainn naww pmbawakan heols dlm drama tbru neh.cm busuk pn ado.so mne plak dtg cite xleh berjemur neh?:lol:

Aduradura Publish time 6-9-2017 08:58 PM

Ni kalau iolls masuk comment sini akan dikira karatz macai bung fath kah ;P;P;P hahaha
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: [V37]ALL ABOUT FATTAH AMIN


ADVERTISEMENT