CARI-MAMS Publish time 14-9-2017 04:22 PM

Usah Keliru Lagi, Ini 5 Jenis Daging Yang Sihat Dan Baik Dimakan

Bila bercakap tentang daging, masih ramai yang keliru apakah yang terbaik untuk mereka.


Adakah daging ayam kurang baik, daging lembu lebih baik..dan sebagainya. Mungkin itu adalah antara persoalan yang bermain di minda ramai orang.


Terdapat jenis daging yang anda boleh nikmati dalam hidangan dan ia tidak menyebabkan kolestrol anda melambung. Begitu juga sebaliknya.


Nak tahu apakah daging terbaik untuk anda ambil dalam diet? Berikut merupakan 5 jenis daging yang anda boleh ambil ya:


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201709/14/162109iuvny8pjncnp1u4u.jpg



1. Daging kerbau


Daging kerbau merupakan alternatif terbaik yang baik untuk anda yang ingin mengambil daging merah.


Rasanya setanding daging merah (lembu) namun memiliki kandungan lemak yang lebih sedikit dan kurang kalori serta kolestrol berbanding daging lembu, ayam malahan ikan!


2. Daging ayam


Sangat sihat jika diambil tanpa kulitnya. Ia juga mengandungi sumber nutrisi seperti selenium, vitamin B6 dan bitamin B3.


Dan tahukah anda daging putih ini merupakan anti-depresi yang baik?

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201709/14/162109k9n05s39mb6h3n9o.jpg




3. Daging ikan


Daging ikan dan ayam memang mengandungi kolestrol yang tidak setinggi daging merah. Malah, lemak dalam ikan dianggap dan dipercayai mempunyai manfaatnya seperti salmon.


Lemak omega-3 misalnya dalam ikan mampu menurunkan risiko terkena penyakit kardiovaskular.


4. Daging ostrich


Bagi anda yang ingin mengurangkan pengambilan daging merah, bolehlah mencuba daging ostrich atau burung unta.


Secara teknikalnya ia mengandungi lemak yang kurang separuh dari daging ayam. Malah tinggi pula kandungan proteinnya!

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201709/14/162109pvbni5aa6jjxorz5.pngFoto: Carian internet



5. Daging panggang


Jika anda tetap mahu mengambil daging merah seperti lembu atau kambing, pilihlah daging yang dimasak secara panggang.


Ia kurang mengandungi lemak tepu dan juga menawarkan protein yang tinggi. - CARI

red_rose Publish time 14-9-2017 05:23 PM

ok thanks info

EvieWanKenobi Publish time 14-9-2017 05:38 PM

Grilled salmon..:drool3:

leena1234 Publish time 14-9-2017 06:42 PM

Good info! {:good{:hooray

umbut Publish time 14-9-2017 07:26 PM

Daging ostrich tu sedap...

salmon-suki Publish time 14-9-2017 08:40 PM

Pernahsekali je try sate kobau tp x berkenansbb warna hitam sgt..hehe..lg ske mkn ayam,ikan..daging lmbu jrg2 sbb mahal..seafood lg ler mahal..{:cryrun

Hedwig77 Publish time 15-9-2017 06:55 AM

Daging ayam mutiara yg low fat. Lg low fat dari daging ayam.

opahJan Publish time 15-9-2017 08:52 AM

kat mana nk beli daging ostrich {:laugh

mizruncing Publish time 15-9-2017 09:11 AM

good info. sedapnyaaa

Electromagnet Publish time 15-9-2017 09:17 AM

Kerbau liatlah.pyh empuk .ke aku xpndai msk

munchkin Publish time 15-9-2017 09:30 AM

Electromagnet: Kerbau liatlah.pyh empuk .ke aku xpndai msk

I pun tak reti daging kerbau ni. First time makan, mmg sedap cuma tough sikit sebab dia lean meat. Sangat sedap actually.

Aquarius9283 Publish time 15-9-2017 12:11 PM

Thanks info

moocoww Publish time 15-9-2017 06:45 PM

Teringin nak mkn daging ostrich ni...sedap ke rasanya?

redapple10 Publish time 15-9-2017 08:06 PM

Off topic sket.. iols mmg obsess steak and lamb chop ni.. so selalu beli yg frozen n perap sendiri.. since kat umah ada airfryer,usually masak dlm air fryer.. and boleh nmpk kat situ lemak2 tu mencairesp kalo lamb chop. Tp yg bestnya jd sedap pulak daging/lamb chop tu bila masak dgn lemak tu sendiri.. and siapa2 yg diet tu leh invest air fryer ni.. dijamin puas hati.. sbb yg tinggal the meat itself n lemak2 selamat mencair..
Pages: [1]
View full version: Usah Keliru Lagi, Ini 5 Jenis Daging Yang Sihat Dan Baik Dimakan


ADVERTISEMENT