Geli Dengan Lendir Bendi? Kena Suka Juga Sebab...
Walaupun terkenal sebagai sayur tambahan dalam masakan kari atau pun asam pedas, ramai masih tak tahu khasiat tersembunyi dalam sayur kacang bendi.https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201709/12/123723gfho6qufmm2q1ufs.pngFoto: Ayurveda and Yoga
Memetik Merdeka.com, bendi bersifat antioksida yang sangat bermanfaat dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh, sekali gus melindungi tubuh dari radikal bebas serta mencegah sel kanser membiak.
Jom baca manfaat lain sayur bendi ini!
1. Merawat anemia
Pengambilan bendi akan membantu menghasilkan sel darah yang mencukupi selain mencegah serta merawat penyakit anemia.
2. Menghidap asma?
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201709/12/124136y6852rp1pfofa65s.jpgFoto: NetDoctor
Mereka yang memiliki penyakit asma digalakkan mengambil bendi kerana ia mengandungi sejumlah Vitamin C dan zat antioksida yang membantu mengurangkan serangan asma secara aktif.
3. Menguatkan tulang
Kacang bendi mengandungi sumber folat dan serat yang membantu menguatkan tulang serta mencegah osteoporosis.
4. Aras kolesterol tinggi?
Jangan risau. Selain mengambil ubatan ditetapkan doktor, amalkan pengambilan makanan sihat seperti bendi yang kaya dengan serat larut.
Selain menurunkan aras kolesterol, ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung.
5. Melawas
https://im.ezgif.com/tmp/ezgif-1-1bcca7bef6.gif
Kandungan serat dan lendir di dalamnya merupakan pelawas yang baik. Bukan sahaja melancarkan pembuangan air, khasiat bendi juga mengurangkan risiko kanser usus besar.
6. Merawat diabetes
Jika anda menghidap penyakit diabetes, anda disarankan untuk mengambil 6 hingga 8 biji bendi setiap hari kerana sifat bendi mampu menurunkan kadar insulin dalam tubuh.
7. Memelihara kesihatan mata
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201709/12/123953h29x89sl7i21s79l.jpgFoto: Marvel Optics
Bendi kaya dengan beta-karoten, lutein, dan xanthin yang sangat bermanfaat untuk menjaga kesihatan mata.
Mungkin anda kurang menggemari sayur bendi kerana ia mengeluarkan lendir, tapi tak salah ketepikan rasa tak suka itu demi kesihatan tubuh sendiri, bukan? - CARI My favorite {:love celur bendi pastu colet dengan sambal belacan fuhh {:shy My faveret!!! I love love love bendi.Kalu masak asam pedas or kari tak sah x taruk bendi.Paling malas pun celur kejap pastu cicah sambal belacan or budu.Heaven betul makan. {:thumbo Dlu aku mcm penah dgr mkn bendi nti air jd byk. So aku pn mkn la bebanyak...hmm sedapnya bendi.. Asam pedas letak bendi..sedapny{:yameteh Sayur fav{:hooray mmg sedap, tp xle mkn slalu sbb xleh thn rasa berlendir dye tu Oh. Rupanya bagus untuk pesakit asma juga ye. Selama ni aku ingat makan bendi boleh menjadikan lagi banyak kahak ke sebab lendir dia tu. Hehe. Thanks info Bkn penggemar sayur..mulanya bff yg dok pujuk mkn bendi ni..perasaan pertama rasa geli ya hamat sbb berlendir2...tapi sbb sedap sgt asam pedas yg bff masak tu..ai telan je la...lama2 rasa eh sedap pulak..sejak hari tu mmg bendi wajib ada dlm fridge...
Baru hari ni tau khasiat tersembunyi yg ada dlm bendi ni...tq tt utk info moocoww replied at 15-9-2017 06:29 PM
Bkn penggemar sayur..mulanya bff yg dok pujuk mkn bendi ni..perasaan pertama rasa geli ya hamat sbb...
Nanti kalu xnk kasi bendi berlendir byk dlm masakan berkuah mcm asam pedas ke, letak asam keping u.. confirm x berlendir byk :)
Satu lagi petua dia, basuh bendi sblm dipotong, dh basuh bersih2 baru potong (kalau suka).. letak dlm air lepas tu terus letak asam keping :) bendi rebus dengan sambal belacan. sedap gile. MIL kata elok untuk joints2. tah ye tah tak suka sangat ulam bendi.. sy mmg suka bendi :D
masa pregnant byk mkn bendi
Pages:
[1]