chacon Publish time 11-9-2017 12:59 PM

Masih Ingat Permaisuri Aishah? Lihat Penampilan Terkini Tuanku Setelah Beberapa



http://www.kepohkuat.com/wp-content/uploads/2017/09/aishah-678x381.jpg


Masih ingatkan dengan Permaisuri Agong ke-11 Malaysia ini? Permaisuri Datuk Amar Hajah Siti Aishah Binti Datuk Seri Abdul Rahman adalah satu nama yang tidak asing lagi di era pemerintahan Yang Dipertuan Agong ke-11.Permaisuri Siti Aishah ialah wanita termuda pernah diangkat sebagai Permaisuri Agong iaitu pada usia 28 tahun pada 26 April 1999.http://www.kepohkuat.com/wp-content/uploads/2017/09/Gambar-terkini-Permaisuri-Agong-Siti-Aishah.jpgPermaisuri kepada Almarhum Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mangkat pada 2001 itu turut memecah tradisi sebagai Permaisuri Agong pertama membawa imej bertudung.Sebelum ini baginda menjadi penghias muka depan bagi majalah Wanita Edisi Julai 2013 dan Majalah Nona EdisiKhas Aidilfitri Ogos 2013.http://kitacerita.com/wp-content/uploads/2017/07/siti-aishah-di-majalan-nona.jpg
Di bawah ini adalah beberapa keping gambar penampilan dan kemunculan terbaru Mantan Raja Permaisuri Agong, Yang Amat Mulia Permaisuri Datuk Amar Hajah Siti Aishah Binti Abdul Rahman pada 26 Mei 2016.Baginda yang berangkat untuk merasmikan Projek Telekung Siti Aishah yang baginda bertindak sebagai penaung. Permaisuri Siti Aishah yang kini berusia 45 tahun kelihatan ceria dan bersemangat dalam menjalankan aktiviti kebajikan.
http://kitacerita.com/wp-content/uploads/2017/07/gambar-permaisuri-aishah-terbaru.png
Selepas 15 tahun, Permaisuri Aishah Jadi Pemandu?
KUALA LUMPUR: Setelah 15 tahun berlalu, kini Permaisuri Siti Aishah Abdul Rahman selesa ‘menyamar’ di kalangan rakyat jelata. Walaupun pernah bergelar Raja Permaisuri Siti Aishah Abdul Rahman suatu ketika dulu, kini beliau selesa dengan kehidupan sekarang.Lapor Bernama, wanita itu kini betah menjalani kehidupan sebagai seorang wanita ‘single’ yang berdikari, jauh daripada teduhan payung kuning dan kawalan pagar istana.
http://kitacerita.com/wp-content/uploads/2017/07/permaisuri-siti-aishah.pnghttp://kitacerita.com/wp-content/uploads/2017/07/Aishah2.png
Permaisuri Siti Aishah, 45 tidak segan memberitahu wartawan beliau memandu kereta sendiri ke majlis perasmian Projek Wakaf Telekung Siti Aishah di sebuah hotel di sini pada 26 Mei yang lalu.“Hari ini saya datang sini saya ‘drive’ sendiri. Saya jadi ‘driver’ pula kepada ibu saya,” katanya.Terdahulu, Permaisuri Siti Aishah ialah wanita termuda pernah diangkat sebagai Permaisuri Agong iaitu pada usia 28 tahun pada 26 April 1999.Permaisuri kepada Almarhum Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mangkat pada 2001 itu juga memecah tradisi sebagai Permaisuri Agong pertama yang membawa imej bertudung .
Mengimbas kembali kenangan bersama Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, khusunya pada bulan puasa, Permaisuri Siti Aishah menceritkan biasanya beliau dan almarhum akan berada di istana di Morib.Pasangan diraja itu mengimarahkan Ramadhan dengan solat terawih di masjid berlainan di sekitar Morib pada setiap malam, sebagai satu cara untuk berjumpa dan bermesra dengan rakyat.“Dan Almarhum juga akan buat rumah terbuka di Morib semasa hari raya. Baginda suka di situ kerana ada zoo mini.“Kami selalu pergi melihat haiwan yang almarhum pelihara seperti rusa, kura-kura, burung Flamingo, kangaroo, kambing dan banyak lagi,” katanya.“Yang paling saya rindu adalah sikap baginda yang suka menyakat orang,” tambahnya lagi.

batman_2007 Publish time 11-9-2017 01:26 PM

Masih cantik

raradhia Publish time 11-9-2017 01:30 PM

iols ingt lg masa agong meninggal tengok kat tv, sedih iols masa tu pdhal msh kecik lg. .haha

DeeHanania Publish time 11-9-2017 01:36 PM

Masih simpan lagi majalah Nona,
Kluaran wajah sampulbekas Permaisuri Siti Aishah nie...
Masih cantik

jerukkedondong Publish time 11-9-2017 01:43 PM

Dia memang sangat cantik....:):)

chinta89 Publish time 11-9-2017 01:52 PM

kalau dia kurus sikit, lagi lawa.

apepun muke dia mmg manis.

matchstick Publish time 11-9-2017 01:58 PM

cantik pulak skrg ni...masa zaman uncle seekers tu nmpk kepam dan x terurus

nurchomel Publish time 11-9-2017 02:06 PM

nampak lebih elok lak dari dulu..

greantea Publish time 11-9-2017 02:12 PM

cantiknya dia. tp mesti sunyi kan walaupon duit byk

riantika Publish time 11-9-2017 03:15 PM

still sweet macam dulu.....

PyoNaRi Publish time 11-9-2017 03:18 PM

Makin cantik :$

iniaroonz Publish time 11-9-2017 03:18 PM

pernah salam masa dia masih Permaisuri Agong...tangan dia lembut sangat....wangiii aje....sangat peramah dan suka senyum...

manehnya Publish time 11-9-2017 03:47 PM

mmg cantik dia

BilaBellaPanaz Publish time 11-9-2017 03:51 PM

sweet and nampak baik dia ni...

gujiwa Publish time 11-9-2017 03:51 PM

manis je dia

offwhite Publish time 11-9-2017 04:03 PM

hubungan dia dgn uncle seeker tu mcm mane skrg..

abangadek Publish time 11-9-2017 04:13 PM

kalau bapak dia dh tak ada mesti dia dh kawin lagi tp sebabkan bapak dia tak mahu hilang elaun bulanan{:1_550:} terpaksalah dia membirah.. kesian.. kaya tp sunyi

nitezen Publish time 11-9-2017 04:19 PM

dia tadek anak ek?

ainashiqa Publish time 11-9-2017 04:24 PM

makin cantik dia ni..

mamaneesa Publish time 11-9-2017 04:31 PM

sebab dia la permaisuri first yg pakai tudung, buat ai rasa ok je time kawen pakai tudung...masa tu dak2 laki x caye ai ckp kalau kawen nak pakai tudung...hahaha
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: Masih Ingat Permaisuri Aishah? Lihat Penampilan Terkini Tuanku Setelah Beberapa


ADVERTISEMENT