CARI-MAL Publish time 11-9-2017 09:45 AM

"Tak Sangka Neelofa Jodoh Saya"

"Saya sangat terkejut secara tiba-tiba wajah Neelofa muncul
ketika saya sedang berdoa sambil menyentuh Multazam."


Eh, eh! Dengar cerita, Neelofa berjodohan dengan ahi perniagaan. Betulkah ni?




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201709/11/094043kc64p44z2tjc426l.jpgFoto: IG Neelofa




Memetik mStar Online, Izdihar Rosland, 31, terbayangkan wajah selebriti terkenal Neelofa ketika sedang berdoa di Multazam semasa menunaikan ibadah Umrah di Makkah. Apa lagi, terkejutlah dia.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201709/11/094042u7ssltxkjz4sx477.jpg



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Fabulous Sdn Bhd itu, kejadian berkenaan berlaku tiga tahun lalu sebelum dia mengenali aktres terbabit.

"Kejadian ini terjadi pada tiga tahun lalu. Masa itu saya pergi umrah untuk bawa diri sebab perniagaan minyak yang saya usahakan mengalami masalah.

"Jadi, tujuan saya ke sana untuk berdoa meminta hidayah. Tak sangka pula, wajah Lofa yang muncul.

"Tak sangka bayangan tersebut adalah petanda Neelofa jodoh saya. Tapi bukan jodoh kami berkahwin. Jodoh bekerjasama dalam bisnes produk keluaran syarikat saya.

"Selepas daripada itu, saya ada hubungi Neelofa untuk membuat ulasan produk saya di Instagramnya.

"Manakala pada awal tahun ini, saya melantiknya sebagai duta untuk produk Chew N. Glow keluaran syarikat saya," ujarnya kepada mStar Online.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201709/11/094042qqegtquklk66qz6e.jpgFoto: mStar Online




Wah, mesti Neelofa teruja dengan kisah Izdihar itu kan? Bagaimanapun, Neelofa menerima tawaran sebagai duta produk terbabit bukan kerana kisah tersebut.

"Saya dapat tahu tentang kisah dia terbayang wajah saya selepas terima tawaran menjadi duta produknya.

"Ketika itu, saya sedang menjalani penggambaran fotografi untuk produk Chew N' Glow. Alhamdulillah, saya sendiri dah cuba produk itu dan hasilnya memang bagus.

"Sebab itu saya terima tawarannya. Bukan disebabkan cerita yang dikongsinya," kata Neelofa.





https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201709/11/094308glqdk2v2qq81zr7r.jpgFoto: IG Neelofa




Ingatkan Neelofa dah nak menamatkan zaman bujangnya. Sekali bertemu jodoh untuk bekerjasama dalam bisnes saja. Semoga Lofa terus berjaya dan cepat-cepat bertemu jodoh hendaknya. - CARI

kucen_miang Publish time 11-9-2017 09:47 AM

boring..nexttt

raradhia Publish time 11-9-2017 09:48 AM

kalau berjodohan pun apa salahnyaaa, haha

immortallez Publish time 11-9-2017 09:48 AM

Hmmm....muka cukup makan, body tak fit. Ko ingat neelofa nak ke?:lol:

batman_2007 Publish time 11-9-2017 09:54 AM

Interesting...

BilaBellaPanaz Publish time 11-9-2017 09:56 AM

memang takkan la lofa nak jadi bini businessman jer...Paling kurang sepupu anak sultan...

tomaz Publish time 11-9-2017 09:59 AM

moga berjodohan ke pelaminan terus

mizruncing Publish time 11-9-2017 10:00 AM

hahaha berjodohan bisnes chuols .

tt wat gempak je ;P

JiEunTak Publish time 11-9-2017 10:02 AM

yeay! finally lopak temui juga jodohnya! RIP #lofattah :P

babyhungger Publish time 11-9-2017 10:03 AM

Muka ada iras..jodoh la kot ;P

Thanatus Publish time 11-9-2017 10:05 AM

kat akhbar mingguan semalam satu page iklan dia nii... selambak gambar Lopa
yg aku perasan ada perkataan eczema
ternyata berkesan katanya yerr... syukuurr Lopa tak de eczema lagi;P

kisahkeaku Publish time 11-9-2017 10:05 AM

x rembes.kaya punxde reta cukup utk 7 keturunan.mmg laa lofa xnak.x sekufu.
#lofarms {:mllaugh:}

abangadek Publish time 11-9-2017 10:06 AM

ok lg kerabat muka spastik tu;P

harrypoter Publish time 11-9-2017 10:08 AM

setakat biz kecil kecilan mcmni yg anytime bleh lingkup lofa tak heran punya...;P

syidasaleh Publish time 11-9-2017 10:13 AM

Missleading nya lah tajuk.tp mcm sesuai jekkkk {:shy

makton Publish time 11-9-2017 10:13 AM

boring nya cite mcm ni

lyza2474 Publish time 11-9-2017 10:15 AM

boringgggggggggggggg nyesal masuk sini

Cekla Publish time 11-9-2017 10:15 AM

tak sangka Lofa sekarang sanggup jadi duta kg.com..dulu kemain cakap besar..produk international ajer semedang..skrg apa citer!:I

Aneem Publish time 11-9-2017 10:17 AM

immortallez replied at 11-9-2017 09:48 AM
Hmmm....muka cukup makan, body tak fit. Ko ingat neelofa nak ke?

Plus takde gelaran raja ka depan nama..
Kalau ada, kira on je tu...

lasagnaklcc Publish time 11-9-2017 10:19 AM

Cekla replied at 11-9-2017 10:15 AM
tak sangka Lofa sekarang sanggup jadi duta kg.com..dulu kemain cakap besar..produk international aje ...

Kan... baru nak ckp benda yg sama. Tak sangka lofa terima jd duta utk produk sebegini. Takkan selama ni takde offer dari produk jenama lain yg lagi gah?
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: "Tak Sangka Neelofa Jodoh Saya"


ADVERTISEMENT