changa=famri7 Publish time 4-9-2017 03:06 PM

Merpati Bawa Dadah Ditembak Mati



image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/09/04/11/48/merpati.ashx?w=620&h=413&crop=1&/http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/09/04/11/48/merpati.ashx?w=620&h=413&crop=1&/-foto clarin.com
(Ubah saiz teks)

SEEKOR merpati yang digunakan untuk menghantar dadah kepada penghuni penjara telah ditembak mati.Burung tidak bersalah itu dilihat sering terbang memasuki kawasan penjara di bandar Santa Rosa, Argentina, lapor BBC.Pegawai-pegawai bertugas berasa curiga apabila melihat burung tersebut sering berulang-alik ke bangunan berkenaan.Mereka kemudian memutuskan untuk membuat siasatan dengan menembaknya.


Selepas siasatan, mereka mendapati merpati berkenaan membawa bungkusan kecil yang dipenuhi dengan pil khayal, ganja dan pemacu USB, menurut akhbar Clarín.Akhbar itu juga menyiarkan gambar burung merpati yang terbunuh yang 'dipakaikan' dengan beg kecil.Pada tahun 2013 perkhidmatan penjara Argentina memberi amaran kepada pengedar yang menggunakan merpati pengangkut khas untuk menghantar dadah dan bahan rahsia lain.Mereka mendakwa, merpati tersebut melakukan antara 10 dan 15 perjalanan setiap hari.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/09/04/merpati-ditembak-mati/~/media/a5655e50c1f849508d8f50d8e95dc3a5.ashx?la=enhttp://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/09/04/merpati-ditembak-mati/~/media/a5655e50c1f849508d8f50d8e95dc3a5.ashx?la=en
-foto Al-Arabiya English/TwitterSelepas siasatan pada 2013, tiga orang ditangkap dan 15 yang dipanggil 'narco-merpati' telah dirampas.Bagaimanapun ia bukanlah masalah yang berlaku di Argentina sahaja.Awal tahun ini, pada bulan Mei, seekor merpati ditangkap di Kuwait berhampiran sempadan Iraq kerana membawa 178 pil ketamin.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/09/04/merpati-ditembak-mati/#o7CBcCv2pKcAcUt2.99

raradhia Publish time 4-9-2017 04:06 PM

huhu :'(:'(:'(

begini laa dunia, d akhirat sana kekal abadi. .

batman_2007 Publish time 4-9-2017 04:08 PM

Macam2 cara lah ye

hinata99 Publish time 4-9-2017 06:20 PM

Kesian burung yabg tak berdosa.. Digunakan untuk kepentingan sendiri

husie91 Publish time 4-9-2017 09:54 PM

Macam mana dorg train burunv tu ekk

qis_88 Publish time 4-9-2017 11:46 PM

Waaaa... burung tuh bawak beg laaa...

mbhcsf Publish time 5-9-2017 12:23 AM

wow, pandai depa train pigeon tu dan sangat kejam sebab memperalatkan pigeon. kes naya ni.

Burong_Hantuk Publish time 9-9-2017 02:34 AM

kasihan sama burunh
Pages: [1]
View full version: Merpati Bawa Dadah Ditembak Mati


ADVERTISEMENT