AyaqMeloSuam Publish time 31-8-2017 10:30 PM

[Logik @ Tak Logik] Suami Bergaji Besar tapi Anak Makan Megi

Saya seorang surirumah dan suami pekerja offshore. Kami sudah berkahwin 4 tahun dan ada seorang anak berusia 3 tahun. Tuntutan kerja menyebabkan suami slalu outstation 3 hingga 6 bulan lamanya.

saya ada 3 masalah utama dlm perkahwinan ini.. Pertama, setiap kali suami balik dan sampai ke rumah..suami tidak sabar untuk bersama dan meminta saya melayannya walaupun pada ketika itu anak kami masih belum tidur.

saya kurang senang kerana naluri seorang ibu ingin tunjukkan perkara yang baik2 sahaja pada anak. Aksi bersama suami isteri bukanlah permandangan yg baik untuk anak kecil.

‘Saya Tak Wujud Dalam Kehidupannya’

Apabila saya melengah2 dengan hidangkan makanan atau segera ke bilik untuk menidurkan anak, suami menjadi dingin dan tidak akan menyentuh saya hingga 3 minggu lamanya.

saya cuba menarik perhatian suami, namun dia akan buat seolah2 saya tidak wujud dengan menghadap game di handphonenya.

Masalah kedua, apabila suami balik bercuti..biasanya dia akan ada masa sebulan hingga dua bulan bersama saya dan anak. Malangnya ibu mertua terlalu kerap menelefon suami untuk membawanya berjalan2 melawat saudara-mara, pergi kenduri kendara, atau berjalan2 bercuti.

Jarak rumah kami dengan ibu mertua dalam 40minit. Boleh dikatakan seminggu 4-5hari suami terpaksa melayan kehendak ibunya. Pada awal perkahwinan saya rasa bahagia sebab dapat selalu berkumpul bersama. Tapi lama-kelamaan saya rasa seolah2 saya dan suami langsung tiada masa berdua untuk selesaikan masalah yg terpendam.

saya tidak salahkan ibu mertua dan saya sgt sayagknnya seperti ibu saya. Cuma kami terlalu letih berlulang alik dan kerap travel ke rumah saudara-mara yg jauh. Dah macam sepanjang tahun adalah hari raya.

‘Anak Sendiri Macam Terabai Tapi Anak Buah Dimewahkan’

Kehidupan saya, suami dan anak hanya habis dalam perjalanan dan melayan ibu mertua. Suami tidak pernah berkira untuk memberi belanja kepada keluarganya termasuk anak-anak buah nya. Namun naluri seorang ibu terusik juga bila anak sendiri pakai baju lama yg sendat2 tak berganti dan hanya makan maggi sup ayam (semasa suami outstation) sedangkan anak-anak buah dimewahkn dengan duit belanja dan makan yg sedap2.

Allahu..sabarlah wahai hati.. Pendek kata suami obsessed melebih2 kan keluarga besarnya dahulu berbanding saya dan anak. Masalah ketiga berkait rapat dengan masalah pertama dan kedua, suami meremeh2kan soal nafkah. Apabila kerap dingin dan mengelak untuk bersama, saya selalu berasa sedih.

saya cintakn suami sejak zaman universiti dan perkenalan kami sudah lebih 14tahun. Setelah berkahwin, meniti hari2 tanpa suami yg bekerja offshore adalah sgt perit. Sunyi, rindu, risau dan macam2 doa setiap hari hanya untuk dia. Hampir setiap hari memikirkan keadaannya di pelantar/kapal.

Namun bila suami balik tanpa ada perasaan sama seperti apa yg saya rasa..saya jd kecewa. Dari pandangan matanya saya tahu hatinya kosong. Kami hanya akan bersama sebulan sekali, itu pun bila dia ‘mahu’. saya tidak larat ungkit kisah silam dan bergaduh dengannya.

‘Makan Meggi Dengan Air Masak Saja’

Sebenarnya tahun pertama hingga ketiga perkahwinan kami, suami memang ada menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita..namun semuanya kantoi bila husband kepada scandal nya ingin report polis, ada yang saya sendiri dpt tahu melalui passport dan mesej WhatsApp nya.

ada yg saya dpt tahu melalui call history handphone nya dan banyak lagi. Tp tahun keempat ini suami berkelakuan agak baik cuma suami gantikan pula dengan mengelak untuk bersama dan mesra sebagai suami isteri.

Nafkah zahir juga sudah setahun tidak diberi. saya tahu dia sgt mampu tetapi sengaja memperlakukan saya begini. Mungkin ada sedikit dendam pada saya. saya kesian pd anak saya kerana ada masanya kami hanya makan maggi dengan air masak sahaja. Memang saya seorang surirumah, tapi saya tak sanggup dilayan sebegini.

Pernah terlintas difikiran seperti ingin keluar bekerja. Namun bila teringat kata2 suami, saya tidak sanggup jadi isteri yg nusyuz. Lebih2 lagi bila suami tiada di rumah. Kini saya byk bergantung pd pendapatan on9. Setelah 4 tahun melalui alam perkahwinan yg mencabar ini..saya rasa saya tak mampu bertahan lama kalau berlarutan begini.
SUMBER : KAKISHARE

#Aku terbaca kes diatas... mcm tak logik jer... ada ke kes sebegitu? Korang pernah hadap @ dgr ka?

Elle_mujigae Publish time 31-8-2017 10:40 PM

ingatkan masalah tt...gigih iols baca dgn khusyuk last last baca" Sumber : Kaki Share "...:lol:

Elle_mujigae Publish time 31-8-2017 10:40 PM

Jawapan kita ...logik je..

AyaqMeloSuam Publish time 31-8-2017 10:46 PM

Bukan masalah i.. i baca jer.. tu tnya.. logik ke.. otak i xdpt hadam.. sb penulis ckp bcinta dr dlu.. so apsal laki dia kejam pulak? Ajak mngesek time2 tu gak lps balik ghumah? Bongok ke laki dia ni.. anak dok x tdo lg dh nk toron bini.. rsa cm vanggang lak.... ada ja laki kuat ngesek tp x la vangang cmn... pastu dera psikologi bini.. aiyaaa.. benar2 betul ke crita ni?

fishcracker Publish time 31-8-2017 10:55 PM

Logik kot....

AyaqMeloSuam Publish time 31-8-2017 10:56 PM

fishcracker replied at 31-8-2017 10:55 PM
Logik kot....

Siyes wujud? Motip laki sebegitu?

shernazz Publish time 31-8-2017 11:04 PM

ada logik ada x logik
tapi kan..cm penah baca masalah forumner sini mcm ni
x igt sapa dia..tapi ada dlm masalah peribadi ke masalah kelorga

AyaqMeloSuam Publish time 31-8-2017 11:05 PM

Mula2 baca nmpk logik.. lama2 rsa x logik.... ada few points seem logic jah..

sinalegna Publish time 31-8-2017 11:12 PM

Logic ke tak.. soalan mcm ni mmg pantang dlm forum omputih. Dlm disclaimer diorang dah mention semua yg diceritakan dianggap sebagai benar walaupun hakikatnya tidak

Twirlyhoo Publish time 31-8-2017 11:31 PM

Boleh jadi logic. Manusia kan macam-macam pe'el. Kadang- kadang ada suami yang mampu dari semua segi tapi gagal dalam memberi hak isteri sebab dia tak aware/ tau/kurang ilmu agama or just can't be bothered. Just my 2 kupang

pearl.silver Publish time 31-8-2017 11:37 PM

Xleh gak nk kata tak logik..
Sebab mungkin memang ada org gitu?
Tp ank mkn megi ja..megi tu mhl gak kot..baik bg mkn nasi ngan telur goreng
Klu i dapat laki gitu, duit nafkah x bagi, pastu xbagi keluar kerja, i cabut lari balik umh family i kot.x kuasa nk tunggu org mcm tu..hidup macam x berlaki, biar lah betul2 x berlaki

munahjolie Publish time 31-8-2017 11:53 PM

Logik je tapi tu lah kan makan maggi? Like what? Tak takut anak otak lembab ke?

Catpaw Publish time 1-9-2017 12:16 AM

Igtkan kesah tt. Gigih iols nak komen ;P Tapi yg menarik perhatian iols yg anak umur 3 tahun makan megi ja. Betul ka ni {:1_550:}

lee_haru Publish time 1-9-2017 12:48 AM

Logik je...zaman la ni..nothing impossible..

ellejo Publish time 1-9-2017 12:58 AM

takpayah allahu. tarik je beliau masuk neraka.

kan pempuan dicanang paling banyak masuk neraka.

munchkin Publish time 1-9-2017 01:25 AM

Kalau keperluan anak kena compromise, nak duduk pikir syurga laki lagi ke?

Stupid or what. Bagi anak makan megi hari2. Either tell off. Tanak berubah ko gi kerja bagi anak makan proper. Baju murah takpe lagi.

Makan takde kompromi

Aku paling menyampah manusia ngan sibuk bergaya tudung baju hendbag tapi makan nak komplen mahal bercatu.

Konsep keluarga kami makan paling utama. Itu utk kesihatan badan dan minda. Biarlah baju selekeh tapi makan mewah.

munchkin Publish time 1-9-2017 01:25 AM

Kalau keperluan anak kena compromise, nak duduk pikir syurga laki lagi ke?

Stupid or what. Bagi anak makan megi hari2. Either tell off. Tanak berubah ko gi kerja bagi anak makan proper. Baju murah takpe lagi.

Makan takde kompromi

Aku paling menyampah manusia ngan sibuk bergaya tudung baju hendbag tapi makan nak komplen mahal bercatu.

Konsep keluarga kami makan paling utama. Itu utk kesihatan badan dan minda. Biarlah baju selekeh tapi makan mewah.

munchkin Publish time 1-9-2017 01:25 AM

Kalau keperluan anak kena compromise, nak duduk pikir syurga laki lagi ke?

Stupid or what. Bagi anak makan megi hari2. Either tell off. Tanak berubah ko gi kerja bagi anak makan proper. Baju murah takpe lagi.

Makan takde kompromi

Aku paling menyampah manusia ngan sibuk bergaya tudung baju hendbag tapi makan nak komplen mahal bercatu.

Konsep keluarga kami makan paling utama. Itu utk kesihatan badan dan minda. Biarlah baju selekeh tapi makan mewah.

kuzaime Publish time 1-9-2017 01:36 AM

X rasa pelik pun..atas muka bumi ni brapa ramai manusia yg ada..tiap sorang 1 perangai..:D
Bab nafkah tu yg buat aku pulak yg stress bila baca:shakehead3: sepatutnya dulukan isteri n anak2. Mak,bapak n kalau ada rezeki lebih barulah belanja adik beradik mana2 yg susah tu..
Ni kalau ngan anak bini pun berkira jgn ternganga kalau esok2 Allah tarik balik nikmat rezeki tu..

AyaqMeloSuam Publish time 1-9-2017 02:19 AM

Elok hanyutkn aja laki gini gamaknya...
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: [Logik @ Tak Logik] Suami Bergaji Besar tapi Anak Makan Megi


ADVERTISEMENT