Popia Tauhu Sempoi, Tapi Sedap Terangkat!
Sedapnya petang-petang kita mengeteh sambil makan popia di hadapan televisyen. Kalau kita melayari Internet, pasti kita dapat lihat terdapat pelbagai variasi popia yang sudah diolah mengikut cita rasa masing-masing, kan?Untuk itu, apa kata petang ini kita buat popia tauhu yang menjimatkan tetapi tetap enak selain berkhasiat!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/28/134350h8fdf81wx28wbkn1.jpgFoto: Vemale/A.sriwijayanti
Bahan:
15 helai kulit popia
3 biji tauhu
3 biji telur
Daun bawang secukupnya, dihiris nipis
4 biji bawang merah, dihiris nipis/kisar
2 ulas bawang putih, dihiris nipis/kisar
1 sudu teh lada sulah
Gula dan garam secukupnya
Minyak goreng
Cara membuatnya:
1. Hancurkan tauhu dengan garpu
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/28/134350pjzfbqf8l2sx8x52.png
2. Pukul telur
3. Tumis bawang hingga naik bau, kemudian masukkan tauhu dan masak sehingga air tauhu kering
4. Masukkan telur dan kacau rata kemudian masukkan gula, garam serta lada sulah
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/28/134636eccuqwg2k2sbzv2g.png
5. Masak sehingga telur separuh masak, masukkan daun bawang (matikan api jika rasa sesuai selera)
6. Isi inti tauhu ke dalam kulit popia dan lekatkan kulit menggunakan putih telur
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/28/134350wwa30nht5865tt5s.png
7. Goreng popia tadi sehingga keperangan sebelum diangkat dan ditos lebihan minyak
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/28/134350c8mjjrm808vru2jo.pngFoto: Youtube Kokiku Tv
(Nota: Anda boleh campur kesemua bahan inti dan gaul rata jika tidak mahu ditumis terlebih dahulu. Kemudian bungkus dengan kulit popia seperti biasa, lalu digoreng)
Siap dihidang dengan sos kegemaran anda! Ralit makan popia ini sambil menonton rancangan kegemaran sampai tak sedar dah habis. Selamat mencuba semua! - CARI
bypTdjiiEwo
Kredit resipi: Vemale/A.sriwijayanti Ok nnt boleh try. Nampak mcm sedap Wowwwww. Healthy!!!!! Letak daging cincang sikit lagi best kot pinkypetal replied at 28-8-2017 02:42 PM
Letak daging cincang sikit lagi best kot
n tambah gak keju parut :lol:
Eh mmg sedap la. Biasa buat bulat2 gitu je.xde guna kulit.kalu guna kulit popia ni lg moist tahu tu. popia mmg sedap tp tak tahan yg serap minyak chinta89 replied at 28-8-2017 06:56 AM
n tambah gak keju parut
Makan panas2 di kala petang yang hujan renyai2 ;P
macam murtabak jee potongkan sosej halus2 campo sekali pon sodap :2lol: munchkin: Wowwwww. Healthy!!!!!
healthy la sangat.. Dh goreng mcm tu.. letak ayam/udang pun sedappp.. boleh la nak try klu kat singapore ni dipanggil roti boyan tapi instead tauhu mereka guna kentang..n kulit pakai kulit roti canai...mkn dgn sambal tumis...yg ni nk try jugak mcm sedap n senang...
Aiol suka makan popiah dengan nasik buat lauk. Ehe. sedapnyaaa! teringin pulak nak makan petang nih.. Sedap..bole try klu rajin {:smile ira_229 replied at 28-8-2017 03:43 PM
klu kat singapore ni dipanggil roti boyan tapi instead tauhu mereka guna kentang..n kulit pakai kuli ...
Klu inti kentang n kulit roti canai ni mcm versi murtabak mak kita selalu buat je.. Murtabak tauhu ni mkn ngan sambal kicap mcm tauhu sumbat inti tu, mesti sedap kn.. Btw bukan ke indon panggil murtabak ni kuih mcm apam balik tu? pearl.silver replied at 28-8-2017 09:04 PM
Klu inti kentang n kulit roti canai ni mcm versi murtabak mak kita selalu buat je..
Tu klu di singapore mereka panggil roti boyan...mkn dgn sambal tumis terangkat..tapi versi tahu ni pun mcm sedap jugak..agak klu cecah dgn sambal kicap lebih mengancam..
Pages:
[1]
2