CARI-MAL Publish time 28-8-2017 11:26 AM

Bukan Sahaja Kopi, 4 Makanan Ini Juga Mengandungi Kafein Tau!

Biasanya kita didedahkan dengan pembacaan mengenai isu minuman berkafein dan jarang-jarang kita mengambil tahu apakah itu makanan berkafein.


Umum tahu kopi adalah minuman kaya dengan kafein yang mampu menajamkan fikiran dan membuat mata 'berjaga'.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/28/112025ruq86j8htht6udtc.jpgFoto: Dagelan.co




Namun, tak ramai tahu kafein juga terkandung dalam beberapa makanan dan minuman lain selain kopi.




1. Badam


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/28/112025yt4frztrr4gtgrr1.jpgFoto: Serving Joy



Selain mengandungi lemak sihat, 20 butir badam juga mengandungi sekitar 24 miligram (mg) kafein, lapor Merdeka.com.




2. Ubat tahan sakit
Segelintir dari kita sering mengambil jalan mudah dengan mengambil pil tahan sakit terutama ketika sakit kepala.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/28/112024yhzw6lh0cwzzeooo.jpgFoto: DrugAbuse.com




Untuk pengetahuan anda, ubat tahan sakit juga mengandungi kafein di mana ia berfungsi meningkatkan pengeluaran enzim dopamine yang mengurangkan rasa sakit.




3. Bar protein


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/28/112025is2bi2lkrnnr5luh.jpgFoto: Predator Nutrition



Selain padat dengan nutrisi, bar protein yang sering diambil sebagai kudapan ini juga mengandungi kafein.




4. Minuman bersoda


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/28/112025gwxi2o1s7iwupg22.jpgFoto: Internet



Ramai yang 'buat-buat tak tahu' mengenai keburukan minuman bersoda ini. Selain kandungan gulanya yang tinggi, sekitar 335ml minuman bersoda mengandungi 45mg kafein.




Inilah antara makanan yang mengandungi kandungan kafein tersembunyi. Elakkan dari mengambil makanan dan minuman berkafein pada waktu malam kerana ia boleh membuat anda mengalami insomnia. Anda mampu mengubahnya! - CARI

moonbug Publish time 28-8-2017 11:34 AM

First time dgr almond ada caffeine. Good info

mrizumi Publish time 28-8-2017 11:42 AM

Ow..bar protein pun? Suka makan ni..:L
Btw..good info..{:thumbo

CardiGans85 Publish time 28-8-2017 12:00 PM

Klu mlm je,x pyh la mkn kek ke apa..sugar rush pon x bole tido..

hydrangea17 Publish time 28-8-2017 01:24 PM

Td makan badam pun masih tersengguk2 baca report {:smile

Elle_mujigae Publish time 28-8-2017 01:37 PM

sedapnya latte.... actually kafein is not that bad kan?

Jorja Publish time 28-8-2017 10:33 PM

Siapa yg suka makan mint candy sebab nak cover nafas busuk tu kena tahu juga mint ada caffein ya.

Aquarius9283 Publish time 6-9-2017 04:11 AM

Thanks info

Ninjamommy Publish time 21-10-2017 01:00 AM

Mcm2 info baru yer

wana89 Publish time 21-10-2017 03:37 PM

Elle_mujigae replied at 28-8-2017 01:37 PM
sedapnya latte.... actually kafein is not that bad kan?

Kalo nak naikkan metabolism, minum kopi secawan dulu sebelum exercise.. :)
Dicadangkan kopi kosong tanpa gula atau nak letak pun, gula sikit jer
Kopi, teh hijau boleh boost kan metabolism.. biasa orang kat gym ambil kopi secawan sebelum pergi gym.. minum dalam 40-45 minit sebelum gym :)

Elle_mujigae Publish time 22-10-2017 10:13 PM

wana89 replied at 21-10-2017 03:37 PM
Kalo nak naikkan metabolism, minum kopi secawan dulu sebelum exercise..
Dicadangkan kopi koson ...

thank you for the info Wana..{:mlnobody:}

ckenj Publish time 20-11-2017 02:48 PM

baru tahu pasal badamm

sharlenetexas Publish time 20-11-2017 10:40 PM

ada kafein rupanya. patutlah rasa bersemangat bila bau minyak badam.
Pages: [1]
View full version: Bukan Sahaja Kopi, 4 Makanan Ini Juga Mengandungi Kafein Tau!


ADVERTISEMENT