CARI-MAL Publish time 25-8-2017 05:46 PM

'Dihantui' Mimpi Buruk? Cuba Elakkan 5 Makanan Ini Sebelum Tidur

Anda kerap mengalami mimpi buruk? Bila kali terakhir anda tersentak bangun dari tidur kerana mimpi ngeri?


Anda mungkin tak tahu, mimpi buruk boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Bermula dari stres, terhimpit perasaan cemas dan pola tidur berubah, amalan pemakanan juga menyebabkan mimpi buruk.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/25/173821sttwfm0c4fgubw3o.jpgFoto: Sleep Smarter




Aik, macama mana makanan boleh mempengaruhi mimpi kita? Macam tak percaya pula. Boldsky.com menjelaskan, makanan tertentu boleh menyebabkan mimpi buruk jika diambil berlebihan. Apa jenis makanan tu?




1. Makanan pedas

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/25/173955emcadcf9anfa8fzb.jpgFoto: EAT THIS, NOT THAT!



Umum tahu makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan mengganggu aktiviti otak ketika kita tidur, sekali gus mengganggu kualiti tidur kita.




2. Kafein


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/25/173956e2oozqdddbhoqqgt.jpgFoto: Men's Health Singapore/Thorntons



Ya! Kafein sememangnya sangat diperlukan di saat anda ingin mengurangkan rasa mengantuk. Namun, anda tak digalakkan mengambil sebarang minuman atau makanan berkafein seperti coklat sebelum waktu tidur.


Apabila anda susah tidur di bawah pengaruh kafein, ia boleh memicu aktiviti otak yang dapat menyebabkan mimpi buruk.




3. Pasta


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/25/173955duyvbbfqbc3kuk7z.jpg


Menurut portal EAT THIS, NOT THAT!, sebuah kajian mendapati pengambilan pasta dan roti pada waktu malam boleh mempengaruhi mimpi anda!




4. Kerepek

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/25/173955iiitddedcc3irexd.jpgFoto: EAT THIS, NOT THAT!



Ha, segelintir daripada kita selalu rasa mahu mengunyah sesuatu walaupun tak berasa lapar. Maka kerepek sering menjadi kudapan pilihan mereka.


Penting untuk anda ketahui bahawa makanan berminyak seperti kerepek mampu memicu kehadiran mimpi buruk dalam tidur.




5. Aiskrim, biskut (makanan manis)


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/25/173956nsyc7aoy287io2yz.jpgFoto: Haagen-Dazs/EAT THIS, NOT THAT!



Efek makan aiskrim pada waktu malam adalah ia akan membuat otak menjadi 'bingung' kerana kandungan gula dan lemak dalam makanan itu boleh meningkatkan tenaga, sedangkan tubuh memerlukan tidur.


Apabila kualiti tidur terganggu, ia akan mendorong anda untuk bermimpi yang bukan-bukan.




Kalau sering 'dikejar' mimpi buruk, cuba ubah pola makan anda. Perhatikan jenis-jenis makanan dan minuman yang anda ambil sebelum tidur. Nak senang, jangan makan atau minum apa-apa yang dapat memicu mimpi buruk tersebut.


Walaupun mungkin kedengaran agak mengarut, namun tak salah mencubanya, bukan? Semoga info ini bermanfaat untuk kita semua. - CARI

RatuDunia94 Publish time 25-8-2017 07:15 PM

Few days ago iols mimpi ada ular masuk rumah.. Ada lobang kt lantai rumah... Dlm lobang tu la ular tu duduk.. Pastu iols bunuh ular tu.. Yg peliknya arwah ayah iols n arwah kak ipar iols pon ada dlm mimpi..

umbut Publish time 25-8-2017 07:35 PM

Patutlah aku selalu mimpi buruk.. akibat cili ngan caffein:sweat3:

pearl.silver Publish time 25-8-2017 07:39 PM

Semua 5 mknn tu i selalu mkn sblom tido tp xperasan la rasanye mcm tak mimpi buruk je..
Yg ingat last sekali mimpi buruk sabtu minggu lepas..tu mayb sebab badan penat sangat.

Lepastu ingat dulu makan soy lecithin. Perasan sangat kalu i mkn haritu, mlm tu akn mimpi yg menakutkan atau mencemaskan.

pearl.silver Publish time 25-8-2017 07:39 PM

Semua 5 mknn tu i selalu mkn sblom tido tp xperasan la rasanye mcm tak mimpi buruk je..
Yg ingat last sekali mimpi buruk sabtu minggu lepas..tu mayb sebab badan penat sangat.

Lepastu ingat dulu makan soy lecithin. Perasan sangat kalu i mkn haritu, mlm tu akn mimpi yg menakutkan atau mencemaskan.

rainbow259 Publish time 25-8-2017 08:05 PM

lols bru tau mimpi buruk sbb makanan{:dot

Ipo Publish time 25-8-2017 08:45 PM

To me, mengarutlah mimpi buruk dikaitkan dengan makanan

raradhia Publish time 25-8-2017 10:46 PM

iols mmg suka minum nescafe, mkn kerepek tu pun suka. .baca doa ja laa, haha. .tp, biasanya kalau iols susah hati haritu mmg selalu akan mimpi yg buruk. .aduhaii, ssh hati punya pasal. .

Orix Publish time 27-8-2017 01:05 PM

Mcm nonsense jah... anyway iols suka mimpi buruk yg suspense, tapi tak suka mimpi buruk pasal org meninggal... suka mimpi kena kejar hantu, suka mimpi gaduh dgan org, mimpi nak kena bunuh etc... ihiks.. baru la adventurous.. n suka gila perasaan lega bila tersedar yg td tu rupanya mimpi semata2 :sweat3:

lee_haru Publish time 27-8-2017 01:46 PM

Ermmm...xleh mengopi le sblm tido....

chinta89 Publish time 28-8-2017 10:40 AM

org ckp kalau susah tdo minum susu.jadi ke ek? iols wat x jadi pun.

minguk Publish time 28-8-2017 03:25 PM

i selalu akan mimpi hantu kalau i makan chocolate sebelum tidur...

minahsenget Publish time 29-8-2017 11:05 AM

pasta pun?

nisako Publish time 30-8-2017 10:58 AM

betul ke ni..................

Lengkong Publish time 28-10-2020 11:56 PM

Suka makan semua yang diatas dan ada yang makan waktu malam tapi tak pernah lah mimpi buruk semasa tidur. Siap rasa nak makan lagi esoknya. Risau badan gemuk dan takut gula telebih dalam badan tu adalah...mimpi je tak de. Tapi ye lah kan lain orang lain caranya.


MarkGold Publish time 20-11-2020 07:51 PM

Kadang kala menjalani penggambaran ketika saya makan banyak sebelum tidur

isteri_ayil Publish time 23-11-2020 04:17 PM

aku plak.. mimpi buruk dah berakhir dah, selepas gi berubat.
cuma skrg ni, hari2 mimpi yg sama... tp kalau mengikut teori pemakanan, mmg pun.. aku dan caffein berpisah tiada....
Pages: [1]
View full version: 'Dihantui' Mimpi Buruk? Cuba Elakkan 5 Makanan Ini Sebelum Tidur


ADVERTISEMENT