Bayam, Keledek Masak Lemak Putih Kelantan Style - Layan Habis!
Aduh, tak tahan melihat masak lemak putih ni. Ditambah pula lawannya, sambal belacan. Memang tak ingat dunia kalau makan ni! Boleh rosak diet dibuatnya kalau tak kuat 'iman'.Ha, masak lemak putih ni banyak kelebihan dia sebab sesuai untuk hampir semua jenis sayur. Campaklah petola, pucuk paku, kubis, lobak merah, kacang panjang atau bayam. Semua sedap!
Siapa yang suka makan laksam atau laksam, pasti anda akan menyukai resipi kali ini kerana kami akan kongsikan resipi bayam masak lemak putih versi Kelantan!
Eh, lain ke? Apa saja yang lainnya tu? Jom tengok video ini!
https://www.facebook.com/326376227804292/videos/338015949973653/
Bahan:
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/25/145642sxtukmzaweeeauyt.png
Bayam merah atau hijau
Keledek
Dua ekor ikan kembung, direbus dan ambil isinya
Beberapa biji bawang merah dan bawang putih
Sedikit lada hitam
Santan secukupnya
Garam dan gula
Perasa
Cara membuat:
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/25/145642el68zmppasz6z7s8.png
1. Kisar atau tumbuk bawang, lada hitam dan isi ikan
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/25/145642sx1x5x515ise5s5x.png
2. Masuk semua bahan kisar, keledek dan santan ke dalam periuk
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/25/145643ktikgefag5aigtft.png
3. Selepas mendidih atau keledek sudah empuk, masukkan bayam, gula, garam dan perasa
4. Jangan biar sehingga bayam layu, boleh diangkat dan siap dihidang!
Tak susah pun masak lemak style orang Kelantan ni kan? Sedap dimakan begitu sahaja atau cukup dengan menggandingkannya bersama ikan atau ayam goreng berserta sambal belacan. Layan! - CARI
Kredit: FB Resipi Viral Malaysia Sesapnya sayur lemak putih ni dulu kecik2 mak ios selalu masak.. Bertambah2 pinggan. wowww.. feberet! Saya masak air je bayam + keledek ni.
Kalau masak lemak, guna sayur sawi
Resipi sama, guna isi ikan bakar, bawang merah, lada hitam, garam dan gula. Bawang putih tak ada. xsuka bayam p nmpk sedap Makan pulak dgn ikan masin. Perghhh {:good Sedappp nyerr...{:run{:run{:run{:run{:run Kebetulan hari ni masak sayur lemak sawi campur keledek. Nah..sempat snap foto Edited by Ipo at 27-8-2017 05:31 PM
Yeay!! Dah boleh upload! Sempoi jah masaknya tapi sedapnya terangkat. Ada plak sambal tumbuk dgn isi ikan campur pauh, makan dgn nasi panas dan ikan mambong goreng,alamak aihhh sodap tekau eihhh Deidra replied at 26-8-2017 10:59 PM
Sempoi jah masaknya tapi sedapnya terangkat. Ada plak sambal tumbuk dgn isi ikan campur pauh, makan...
letak budu, isi ikan n pauh...
sedap sengoti!
Kalau i tak tau nak makan apa mmg suka bayam nu kegemaran ku
Pages:
[1]