lovelyyaisah Publish time 23-8-2017 10:55 AM

REVIEW : TABITA CKINCARE

hello korang, nak tanya pendapat korang pasal skincare tabita ni. banyak review mengatakan tabita tak okay untuk kulit . betul ker ? :loveliness:

mieymiey Publish time 23-8-2017 11:07 AM

Produk local timbang kilo semua ni seeloknya dielakkan sis.

raradhia Publish time 23-8-2017 11:23 AM

beli laa kat watsons guardian sis, murah lg dan berbaloi. .tabita ni nak menghabiskan duit kita ja, kwn iols pkai dnars muka keluar urat2 biru sbb kulit dah nipis. .

still xnak jgak mengalah biar kmi dah nasihatkan, ganti plak dgn babies blink. .

skrg kulit muka dia mcm nipis betul sdh. .sgt scary

CardiGans85 Publish time 23-8-2017 12:58 PM

Fikir kan bila you stop using it,apa jd? Byk produk yg dermatologically tested kt pasaran tt.

Kdg2 propaganda kata putih itu cantik mcm yg byk dlm iklan2 tu buat kaum wanita especially, tertekan n buat mcm2 sbb nk putih. Lps tu,bila x larat nk maintain..kulit jd kusam n teruk pdhal sblm pakai produk tu,kulit tu xde la teruk pun.

lil_honey Publish time 23-8-2017 02:53 PM

dulu ade thread tabita..
memang ade yang kate okay..tapi tu kan produk ade hydroquine ke ape nama dia..yang ade merkuri skali tu.

makton Publish time 23-8-2017 02:55 PM

tabita ni antara produk merbahaya yg glamer. u just google it. banyak review ttg produk ni.

tak perlu sampai bukak tred baru & tnya review orang.
rajin2kan utk google ya {:1_141:}

lovelyyaisah Publish time 23-8-2017 04:17 PM

makton replied at 23-8-2017 02:55 PM
tabita ni antara produk merbahaya yg glamer. u just google it. banyak review ttg produk ni.

tak p ...

memang dah google pon, tapi aku cuma nak tanya pendapat at sini . mana tau aku jumpa orang yang penah guna tabita effect at diri dia .

suka hati aku la, thread aku kan ! :huffy

makton Publish time 23-8-2017 04:19 PM

lovelyyaisah replied at 23-8-2017 04:17 PM
memang dah google pon, tapi aku cuma nak tanya pendapat at sini . mana tau aku jumpa orang yang pe ...

sebab ni tred ko, dan aku terlebih rajin nak tolong. nah baca ni... harap dapat membantu ko dalam tred ko ni.

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=587581&highlight=tabita

hyldia Publish time 5-9-2017 03:40 PM

rajin2 kan diri yer TT tny pakcik google pasal tabita ni...tred sbl ni dh ada kn?perlu ke buka tred baru?

hyldia Publish time 5-9-2017 03:41 PM

makton replied at 23-8-2017 04:19 PM
sebab ni tred ko, dan aku terlebih rajin nak tolong. nah baca ni... harap dapat membantu ko dalam...

hihiiii...aper laa tt ni, org tlg cakap jer, dh ada tred pasal tabita ni...blh plak nk cakap "suka ati dia"??:lol:

makton Publish time 5-9-2017 04:25 PM

hyldia replied at 5-9-2017 03:41 PM
hihiiii...aper laa tt ni, org tlg cakap jer, dh ada tred pasal tabita ni...blh plak nk cakap "suka ...

dia cakap dah GOOGLE pasal tabita. bukan search kat Cari Forum.
bila tak jumpa kat google, terus bukak tred sini.. hadoiii... kat cari ni tak search ke?
dan aku yakin kat google tu belambak2 org review pasal tabita. takkan langsung tak jumpa?

sofiazara Publish time 5-9-2017 04:30 PM

daripada pakai tabita, baik cucuk racun jah kat badan, sis

Aquarius9283 Publish time 6-9-2017 04:08 AM

My friend guna tabita muka mmg putih tpi 2 la produk ni bahaya.produk .biler stop muka merah giler

lonely_surina Publish time 6-9-2017 06:50 PM

iolsss antara pengguna tabita, cleanser dia sahajork..
bersih muka..
krim n toner x guna..

carlalily Publish time 7-9-2017 11:38 AM

I pernah pakai. kulit iols dulu kat lain cerah tapi tang muka gelap. mula2 tu ok kulit licin je berseri2 lepas peeling dalam seminggu. lama2 ( i pakai almost setahun jugak) nampak pores jadi makin besar. so I stopped and cari product lain. Alhamdulillah takde break out ke apa cuma nampak kusam la. takpelah...asalkan tak teruk macam i nampak kat testi orang lain. Sekarang i nak berusaha kulit jadi flawless je.
My friends pun ada pakai lagi sampai sekarang. Nak maintain putih punya pasal. Tapi dia pun ada cakap pores jadi besar. Iols dah bgtau suruh stop tapi dia cakap kalu pakai lain takde effect. Suka atila...mcm TT la walopon thread dah ada bukak lagi baru. ;P
Btw, Asians je sibuk2 nak putih ni. My BF cakap your tanned skin makes you look sexier. :$

sofiazara Publish time 10-9-2017 12:17 PM

desi damayanti ni skincare tabita juga ke
Pages: [1]
View full version: REVIEW : TABITA CKINCARE


ADVERTISEMENT