zasrfikri Publish time 23-8-2017 02:27 AM

PLANET PALING ANEH DI ALAM SEMESTA INI

Terdapat 11 planetpaling ganjil dan aneh yg pernah dijumpai oleh ahli sains ketika ini. Kewujudan planet-planet ini sememangnya di luar kotak pemikiran manusia kerana memiliki ciri-ciri planet yg tidak munasabah secara logik akal dan masih menjadi misteri kepada manusia sehingga kini.


https://3.bp.blogspot.com/-oPlZqquJEeQ/WJWd_RbKttI/AAAAAAAAACU/mp1LSPWbBOIZNRcCXkY7zAhsvIuV8KjcgCLcB/s320/J1407-B.png
J1407-B - Bintang Gergasi Gas Dengan Lingkaran Raksasa Sekelilingnya
Ia dikenali sebagai salah satu bintang gergasi gas yg mempunyai lingkaran gergasi paling besar pernah dijumpai di dalam galaksi ketika ini. Disebabkan ia mempunyai lingkaran seperti planet Zuhal, ia juga dikenali sebagai Super Zuhal. Jarak dari Bumi ke bintang ini ialah 420 juta cahaya.



https://3.bp.blogspot.com/-larK5XJ0O9E/WJW6cE_0HRI/AAAAAAAAADY/m6LEVyNOyTE32zoXAHAUaVPABdrWB5NKQCLcB/s320/il-pianeta-di-puro-diamante.jpg
55 CANCRI e - Planet Batu Permata
Planet ini unik kerana planet dipenuhi denganbatu permata yg terhasil daripada hasil proses bahan kimia semula jadi yg terdapat di planet ini. Ia berada dengan jarak 40 juta tahun cahaya dari Sistem Solar kita. Ia juga digelar Super Bumiyg pertama di jumpai dan bersaiz 2 kali besar daripada diameter Bumi serta mengambil 2.8 hari utk mengorbit bintang hosnya.


Ada banyak lagi planet pelik dan aneh ini sebenarnya. Jika berminat ingin tahu dengan lebih lanjut, boleh rujuk artikel ini >> PLANET ANEH DAN GANJIL 2017

p/s : mohon komen yang positif ya. Jika tiada yang indah untuk dikata, silent is gold.


disasterPiece Publish time 24-8-2017 03:03 PM

Betul ke ni?

biozipstar Publish time 15-2-2018 04:30 PM

Terdapat 11 planetpaling ganjil dan aneh yg pernah dijumpai oleh ahli sains ketika ini. Kewujudan planet-planet ini sememangnya di luar kotak pemikiran manusia kerana memiliki ciri-ciri planet yg tidak munasabah secara logik akal dan masih menjadi misteri kepada manusia sehingga kini.



01. J1407-B - Bintang Gergasi Gas Dengan Lingkaran Raksasa Sekelilingnya
Ia dikenali sebagai salah satu bintang gergasi gas yg mempunyai lingkaran gergasi paling besar pernah dijumpai di dalam galaksi ketika ini. Disebabkan ia mempunyai lingkaran seperti planet Zuhal, ia juga dikenali sebagai Super Zuhal. Jarak dari Bumi ke bintang ini ialah 420 juta cahaya. Ia mempunyai satu Bulan besar dan juga beberapa Bulan kecil disekelilingnya. Dikategorikan sebagai bintang muda kerana dianggarkan baru berusia 16 juta tahun. Bintang ini masih dalam perbincangan samada ia adalah sebuah planet atau tidak dan ianya hanya dapat diketahui selepas ekspedisi sains yg
dihantar ke bintang ini sampai pada tahun 2347. Bintang inimulai dijumpai pada tahun 2012 oleh ahli astronomi bernama Eric Mamajekdi Universiti Rochester, New York.








Illustrasi J1407-B



02. HD 106906 b - Planet Paling Mustahil Pernah Wujud Di Galaksi
Planet ini dikatakan sebuah planet yg mustahil utk wujud kerana kedudukannya yg begitu jauh daripada hos bintang dan tidak menepati teori formasi planet. Planet di luar Bima Sakti ini adalah 11 kali lebih besar daripada Musytari dan mengorbit hos bintangnya dengan jarak650 kali ganda jika dibandingkan dengan jarak Bumi dengan Matahari. Ia bermakna ia mengorbit bintang hosnya dengan jarak sejauh 60 billion km. Planet ini dianggarkan baru berusia 13 juta tahun dan mempunyai suhu planet setinggi 1500 darjah celcius. Saintis masih lagi membuat kajian bagaimana planet ini boleh wujud sedangkan ia begitu jauh daripada bintang hosnya. Pernah tgk rancangan fiksyen Dr. Who ? Rancangan sains fiksyen daripada Britian ini mengisahkan Dr Who yg pergi menjelajah ke seluruh galaksi melalui laluan masa dan angkasa. Cerita ini mmg best dan sudah ditayangkan sejak tahun 1960 an sehinggalah kini. Satu petisyen telah dikeluarkan oleh masyarakat dunia agar planet ini dinamakan planet Gallifrey (planet asal Doctor Who tetapi hilang di luar galaksi).Namun ia tidak diterima oleh International Astronomical Union.


Illustrasi planet HD 106909 b




03. TrES-2B - Planet Paling Gelap Di Seluruh Galaksi
TrES 2-B atau Kepler 1-B dikatakan planet paling gelap yg berada di luar Sistem Suria kita. Ianya terletak 718 tahun cahaya dari Sistem Suria. Planet ini dikatakan paling gelap kerana ianya hanya memantul 1% terhadap sebarang cahaya mengenainya. Planet ini juga berada sgt dekat dengan bintangnya dan termasuk dalam kelas planet Musytari Panas atau Planet Panggang. Planet ini mempunyai suhu permukaan setinggi 1100 darjah celcius.


Ilustrasi Planet TrES -2B


04. 55 CANCRI e - Planet Batu Permata
Planet ini unik kerana planet dipenuhi denganbatu permata yg terhasil daripada hasil proses bahan kimia semula jadi yg terdapat di planet ini. Ia berada dengan jarak 40 juta tahun cahaya dari Sistem Solar kita. Ia juga digelar Super Bumiyg pertama di jumpai dan bersaiz 2 kali besar daripada diameter Bumi serta mengambil 2.8 hari utk mengorbit bintang hosnya. Ia juga digelar sebagai Planet Karbon kerana mengandungi lebih banyak karbon daripada oksigen di planet ini. Planet ini juga mempunyai nama lain iaitu Janssen.




Illustrasi Planet Permata @ 55 CANCRI -E


05.GLIESE 436 b - Planet Ais Tapi Panas
Planet ini adalah planet ais tapi terbakar. Sejuk tapi pada masa terbakar atau panas. Keliru kan. Planet ini bersaiz planet Neptune dan dipanggil Hot Neptune yg pertama. Planet ini mmg unik kerana planet ini sejuk seperti ais tetapi pada masa yg samapermukaannya juga sgt panas sehingga terbakar kerana terlalu dekatdengan bintang hosnya. Sebab utama kenapa ais di planet tidak cair adalah disebabkan tarikan graviti planet ini yg sgt kuat terhadap ais di permukaan planet ini dan ia menghalang daripada ia cair walaupun suhu planet ini sgt panas. Planet ini terletak sejauh 33 juta tahun cahaya dari Sistem Solar kita.




Illustrasi planet GLIESE 436 B


06.WASP 12b - Antara Planet Paling Dekat Dengan Bintang Hos (Matahari)
Planet ini hanya mengambil sehari waktu Bumi utk mengorbit bintang hosnya. Disebabkan kedudukan planet ini yg terlampau dekat dengan bintang hosnya, secara logiknya planet ini sepatutnya sudah lama meletup atau terbakar seluruh planetnya. Tambahan pula suhu permukaannya adalah 2200 darjah celcius. Sehingga kini, saintis tidak dapat pastikan kenapa planet ini masih wujud kerana kedudukannya yg terlampau dekat dengan bintang hos. Terbaru dikatakan ada unsur air di lapisan atmosfera planet ini. Menambah kepelikan planet ini lagi.




Illustrasi Planet WASP-12B


07.GLIESE581 c - Planet Mirip Bumi
Ahli saintis mengatakan planet ini boleh menyokong habitat manusia seperti di Bumi.Planet ini mengorbit bintang hos kerdil merah dan merupakan planet kedua dijumpai dalam Sistem Solar planet ini dan planet ketiga dari segi kedudukan dari bintang hosnya. Ia diklasifikasikan sebagai Super Bumi. Planet ini adalah planet pertama yg ditemui oleh saintis yang dikatakan boleh menyokong makhluk hidupan Bumi kerana mempunyai suhu yg sesuai dan sumber air di permukaannya. Walau bagaimanapun, pergerakan planet ini adalah statik di mana planet ini tidak berpusing ketika ia mengorbit bintang hosnya. Ini bermakna sebahagian kawasan planetmenghala ke arah bintang hos adalah kekal dan kawasan sebaliknya membelakangi bintang hos juga kekal. Sebelah kawasan planet ini sgt panas kerana sentiasa menghadap bintang hosnya dan sebahagian kawasan lagigelap kerana tiada pancaran cahaya bintang hosnya. Kawasan yg boleh dijadikan habitat makhluk Bumi ialah kawasan di tengah-tengah antara kawasan menghadap bintang hos dan kawasan tidak menghadap bintang hos. Ia seolah cuaca di waktu senja atau subuh, iaitu tidak gelap tidak cerah. Di kawasan ini makhluk bumi akan dapat sesuaikan diri dengan cuaca yg tidak panas dan tidak sejuk dan sumber bekalan air yg bersesuaian dengan kehidupan. Kemungkinan juga ada makhluk tinggal di sini dan kajian masih dilakukan oleh saintis ketika ini.




Anak Panah Menunjukkan Kawasan Yang Sesuai Dengan Habitat Penduduk Bumi
Illustrasi Planet Glise 581c


08.GJ 1241b - Planet Air
Hampir keseluruhan planetini terdiri daripada molekul air. Planet ini lebih besar daripada Bumi dan kecil berbanding dengan Uranus. Planet ini diklasifikasikan sebagai Super Bumi. Kemungkinan ada makhluk tinggal di sini juga kerana mempunyai sumber air yang lazimnya dapat menyokonghabitat makhluk alam semesta.


Ilustrasi Planet GJ 1241b


09.WASP-17 b - Planet Paling Besar Di Seluruh Galaksi
Ketika ini, planet ini adalah planet terbesar pernah dijumpa oleh saintis Bumi. Saiz planet ini adalah dua kali besar daripada Musytari dengan diamater 249,000 km. Planet ini mengorbit arah bertentangan bintang hosnya. Saiz planet yg besar juga menjadi topik perbincangan ahli saintis kerana saiznya yg luar biasa.




Illustrasi Planet WASP-17b


10.HD 188753 - Planet Dengan Tiga Matahari
Planet ini unik kerana Sistem Solarnya mempunyai tiga bintang. Selalunya hanya ada satu bintang hos seperti Matahari. Ini bermakna jika kita berada di planet ini, kita akan mempunyai tiga bayang badan kita kerana ada tiga matahari memancar ke planet ini. Ini juga bermakna kita akan melihat tiga kali matahari terbenam kerana ada tiga matahari di sini. Ia berada sejauh 151 tahun cahaya daripada Sistem Solar kita. Planet ini sememangnya aneh kerana sainstis masih tidak dapat menerangkan bagaimana boleh ada tiga matahari atau bintang hos dalam satu Sistem Solar planet ini.




Illustrasi Planet HD 188753


11.KEPLER-78b - Planet Neraka
Planet ini dipanggil planet neraka kerana suhu permukaan planet adalah 2400 darjah celcius iaitu terlampau sangat panas. Planet ini juga sepatutnya tidak wujud kerana suhunya yg terlampau panas dan sgt dekat dengan bintang hos atau mataharinya. Planet ini dikatakan akan musnah dalam masa tiga billion tahun lagi.




Ilustrasi Planet Kepler 78-b


Itu adalah penerangan serba ringkas mengenai planet-planet yg unik berada di alam galaksi kita. Sesungguhnya rahsia alam sgt luas dan sgt menakjubkan.

biozipstar Publish time 15-2-2018 04:31 PM

gambar kena bukak kt dlm website dia... aku x reti lah nak tepek2 ni. haha

Kebom Publish time 15-5-2018 01:01 AM

Very informative. Tq tt

Foxey Publish time 31-7-2018 02:25 PM

wow... i didn't know this... thank you for sharing the info... interesting...

muggleDylla Publish time 4-4-2019 11:34 AM

hebat ciptaan Allah..x terjangkau akal kita..

epuepy Publish time 26-7-2019 10:54 AM

subhanallah..

Keisha-Belle Publish time 25-9-2019 10:36 PM

Interesting....

scilover Publish time 10-7-2020 10:15 AM

Woah, saya tak pernah tahu wujud planet2 seperti ni semua. Who knows what other planet yg belum discovered yet....

astatine Publish time 30-7-2020 10:09 AM

Menarik.. Belum pernah jumpa lagi artikel ni. Yg planet menyamai bumi tu je yg selalu baca

anehaneh Publish time 28-8-2020 01:08 AM

Menarik.. Tambah ilmu

abcdotcom Publish time 6-12-2020 07:41 AM

Adakah planet2 Tu ciptaan NASA melalui Photoshop ? Mrk boleh buat video Photoshop manusia berada di Bulan pada 1969 ......:funk:
Pages: [1]
View full version: PLANET PALING ANEH DI ALAM SEMESTA INI


ADVERTISEMENT