CARI-MAMS Publish time 22-8-2017 12:56 PM

Tepung Pisang Goreng Viral, Macam Ni Rupanya Bancuhan Rahsia Enak!

Waktu petang memang sangat 'perfect' bila disulami dengan minum petang dan juga pisang goreng.


Bagai menjadi tradisi pula, seluruh rakyat Malaysia memang sukakan pisang goreng ini. Dapat pula yang dicelup dengan bancuhan tepung rangup, memang terbaiklah.


Namun, kadang kala kecewa bila dapat pisang goreng yang biasa-biasa sahaja. Jom, apa kata anda buat sendiri kerana ada netizen di laman sosial sudah berkongsi resipi rahsia katanya!


Tepung bancuhan pisang goreng, ya anda harus cuba. Memang sangat enak sampai tak cukup sepiring nanti!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/22/125551fj2s7a310909n710.jpgFoto: Melissathegreat




Cara-caranya:


1. Sediakan mangkuk, masukkan 2 cawan tepung beras cap gajah.


2. Masukkan juga 4 sudu besar tepung jagung, 1 sudu teh garam, 1 sudu besar gula, 1 biji telur ayam yang kuning sahaja dan 1/2 sudu teh air kapur.


3. Kemudian masukkan juga sedikit pewarna kuning.


4. Bubuh 1-2 sdb kelapa parut untuk menyedapkannya lagi.


5. Gaul semua bahan. Masukkan air sejuk (agak-agak sahaja) jangan cair sangat dan jangan terlalu pekat.


6. Celup pisang hingga rata dan goreng sehingga garing keemasan.


7. Angkat dan toskan. Memang garing dan sedap sangat! - CARI




Kredit: Viral Media Johor

Syalovely Publish time 22-8-2017 12:59 PM

Thx for sharing..blhla cuba

kumbang7 Publish time 22-8-2017 01:18 PM

Xsedap..berminyak

jazaa100 Publish time 22-8-2017 01:19 PM

Pernah mkn pisang goreng bubuh kelapa ni...memang sedap

Jorja Publish time 22-8-2017 01:28 PM

Laki I nak makan gorpis so I surf lah resepi2 mcm ni yg guna byk bahan..bila da siap seriously langsung tak sedap..sekali husband sendiri yg goreng..dia bancuh tepung gandum & garam aja omg lagi sedap & rangup..less is more gitu

matchstick Publish time 22-8-2017 01:35 PM

goreng pisang kt jejantas ktm serdang rupa bersalut penuh mcm ni sedap. lama dh x jejak kaki ke situ. tp smpi skrg ingt sbb zaman tu nk gi interview pagi2 buta x smpt nk breakfast smpt beli goreng pisang tu je makan pagi2 buta

CiliPadiSedap Publish time 22-8-2017 01:39 PM

makan dengan sambal kicap pekena ais bandung soda johor terangkat kepala.. heaven gila..

BebeQ Publish time 22-8-2017 01:43 PM

i diajar dengan bahan tepung gandum, garam sikit, serbuk kunyi sikit dan sedikit minyak. lepas tu goreng macam biasa.

raradhia Publish time 22-8-2017 02:42 PM

aik, resepi ni lgsung xguna tepung gandum ka??

LavaUollss Publish time 22-8-2017 03:10 PM

siapa yang dah try? sedap ke. Akak malas nak try. Tunggu review je ni

tayam Publish time 22-8-2017 03:32 PM

kumbang7 replied at 22-8-2017 01:18 PM
Xsedap..berminyak

samala..xsuka yg mcm ni, cepat muak..tp xperla org dh share resepi..TQ

deathacker Publish time 22-8-2017 04:04 PM

Pisang x de pula kat rmh.kalau x blh try ptg ni. Lain kali la buat.

cmf_Kimmy Publish time 22-8-2017 04:18 PM

Aku pun selalu goreng dgn tepung beras, kdg2 campur sesudu je tepung gandum.   

rainbow259 Publish time 22-8-2017 05:55 PM

ptg2 dpt pisang grg panas.. terbaikkk

rainbow259 Publish time 22-8-2017 05:55 PM

CiliPadiSedap replied at 22-8-2017 01:39 PM
makan dengan sambal kicap pekena ais bandung soda johor terangkat kepala.. heaven gila..

pergghh.. dh trbyg2 dh nii ahhaaha

CiliPadiSedap Publish time 22-8-2017 06:13 PM

rainbow259 replied at 22-8-2017 05:55 PM
pergghh.. dh trbyg2 dh nii ahhaaha

Tengok kulit pisang kt gmbr tu mmg crunchy gila heaven.. akak mati nafsu bila gigit pisang goreng rasa biji? Potong stim betul.. lg satu makan keledek goreng kena sambal kicap... mentua lalu sebelah xperasan.. aiskrim soda bandung pula guna soda botol kaca tu.. makan cmni dh kira mewah sangat2 heaven...

CiliPadiSedap Publish time 22-8-2017 06:15 PM

Jorja replied at 22-8-2017 01:28 PM
Laki I nak makan gorpis so I surf lah resepi2 mcm ni yg guna byk bahan..bila da siap seriously langs ...

Tepung sis keladak kut? cuba double check dulu.. nanti laam2 sis pandai boleh kirim resipi kt cari forum.. akak dulu masak pisang goreng rentung fikir biarkan lama cm ayam goreng.. jilaka betul..

CiliPadiSedap Publish time 22-8-2017 06:16 PM

deathacker replied at 22-8-2017 04:04 PM
Pisang x de pula kat rmh.kalau x blh try ptg ni. Lain kali la buat.

Kedai aceh , kedairuncit ada jual, xpun pasar tani.. pastikam sambal kicap pure pekat.. sedap wei...

RatuDunia94 Publish time 22-8-2017 06:16 PM

Kat kampung iols ada pakcik ni laki bini jual goreng pisang pakai tepung kacang dal.. Lacang dall tu dikisar guna mesin jd tepung..
Mmg sedap, dulu asal lps balik sekolah mesti lepak makan goreng pisang n abc kt kedai tu..
Tp skrg anak deols yg ambik alih bisness.. Mmm jujurin rasa dah x sama goreng piaang tu..

Felycya Publish time 22-8-2017 09:21 PM

LavaUollss replied at 22-8-2017 02:10 PM
siapa yang dah try? sedap ke. Akak malas nak try. Tunggu review je ni

Baru try minum petang tadi..

Berminyak sgt xkena lh dgn tekak ai..
Pages: [1] 2
View full version: Tepung Pisang Goreng Viral, Macam Ni Rupanya Bancuhan Rahsia Enak!


ADVERTISEMENT