easicircle Publish time 21-8-2017 05:19 PM

Membelai Kucing Mampu Hilangkan Tekanan

Edited by easicircle at 7-5-2019 10:49 AM

Siapa sahaja akan terpikat dan jatuh cinta melihat keletah manja kucing sewaktu dibelai. Sifat mereka yang mudah didekati dan manja menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan pilihan kebanyakan individu.

Namun tahukah anda dengan membelai kucing mampu mengurangkan stres? Menurut Prof Adna Qureshi, dari Minnesota University menyatakan bahawa dengan membelai kucing mampu menurunkan kadar hormon stres dalam darah. Ini kerana, penurunan stres secara tidak langsung membantu diri seseorang itu terhindar dari serangan jantung.

Mungkin sesetengah daripada kita merasa terbeban untuk memelihara kucing. Selain penjagaan yang agak rumit, kekangan masa dalam menguruskan haiwan ini juga menjadi punca mengapa masih ramai individu di luar sana masih tidak menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan.

Jika anda sering mengalami tekanan di tempat kerja lama-kelamaan stres jangka panjang akan menyebabkan aliran hormon adrenalin dan hormon kortisol secara terus-menerus masuk ke dalam darah dan akhirnya boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi.

Namun dengan meluangkan masa bermain dengan kucing selama 10 hingga 20 minit dikatakan mampu mengurangkan tekanan dan mengubah mood anda serta merta.

Selain itu, ada berita gembira buat si pengemar kucing yang sering menjadikan kucing mereka peneman tidur. Tahukah anda dengkuran kucing sebanyak 50Hz juga baik untuk kesihatan manusia.

Bukan itu sahaja keistimewaan yang terdapat pada kucing. Malah si comel ini juga digelar haiwan pembersih. Ini kerana, lidah kucing itu sendiri menjadi ejen pembersihan utama.

Di mana, permukaan lidah mereka yang kasar mampu membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. Oleh sebab itu, kita sering terlihat kucing kerap menjilat bulu-bulu di seluruh badan untuk membersihkan diri.

Ini dibuktikan menurut kajian Dr. George Maqshud, ketua makmal di Hospital Haiwan Baitharah, penemuan bakteria amat jarang ditemui atau dikesan pada lidah kucing. Jika terdapat bakteria sekalipun pada lidah kucing itu bermakna kucing itu sedang sakit.

Jadi untuk anda di luar sana yang masih tercari-cari haiwan peliharaan yang sesuai. Tiada alasan untuk anda masih ragu-ragu untuk jadikan kucing sebagai terapi emosi anda.

raradhia Publish time 21-8-2017 06:36 PM

kucong iols kucing kmpung ja :loveliness:

EvieWanKenobi Publish time 21-8-2017 10:46 PM

saya takut kucing..
patut la stress.. ;P

easicircle Publish time 22-8-2017 10:02 AM

raradhia replied at 21-8-2017 06:36 PM
kucong iols kucing kmpung ja

Takpe kucing kampung pun janji kucing sebenar bukan patung kucing. :)

easicircle Publish time 22-8-2017 10:03 AM

EvieWanKenobi replied at 21-8-2017 10:46 PM
saya takut kucing..
patut la stress..

Kalau takut tak boleh buat apa lah. Kenalah cari terapi lain yang takde kena mengena dengan kucing. :lol:

mdhelmi Publish time 22-8-2017 11:06 AM

main dgn kucing hilang stress
bau hancing dan kesan cakar kucing kat sofa ikea dtg stress balik

easicircle Publish time 22-8-2017 11:12 AM

mdhelmi replied at 22-8-2017 11:06 AM
main dgn kucing hilang stress
bau hancing dan kesan cakar kucing kat sofa ikea dtg stress balik

HAHAHA!!! Biasalah tu. Jaga kucing ni macam jaga baby and budak kecik juga kan. Cuma lagi mudah tak perlu detail macam jaga budak. Mohon bersabar. {:1_545:}

PandaSaka Publish time 22-8-2017 11:14 AM

Patut la Pis Medon tenang tenang aja.. balik rumah dok ulit si Olea Marsilia tu, hilang segala stress hewhewhew

PandaSaka Publish time 22-8-2017 11:17 AM

Lepas kerja balik rumah bukak pintu tengok 2 ekor kucing iols tercongok depan pintu, rasa #wanitaterbahagia sekejap.

Repah, iols pinjam heshteg ye ;P

Jeniechan Publish time 22-8-2017 11:41 AM

Kucing mmg comei pun .teringin nak bela kucing.tapi ai is geli dengan makhluk berbulu.kucing ke arnab ke.mmg terjerit jerit mcm pondan kalau dia dtg dekat.meremang bulu roma.sorry kucing.kita tak mungkin bersama:sweat3:

easicircle Publish time 22-8-2017 11:52 AM

Jeniechan replied at 22-8-2017 11:41 AM
Kucing mmg comei pun .teringin nak bela kucing.tapi ai is geli dengan makhluk berbulu.kucing ke arna ...

Takpelah nak buat macam mana dah fobia dengan haiwan berbulu. Try cara lain jelah nak terapi hilangkan tekanan. hehe

mieymiey Publish time 23-8-2017 04:03 PM

Weekdays i tanpa kucing. Weekend balik rumah baru dapat belai kucing. Hilang stress kerja i :loveliness:

easicircle Publish time 23-8-2017 06:00 PM

mieymiey replied at 23-8-2017 04:03 PM
Weekdays i tanpa kucing. Weekend balik rumah baru dapat belai kucing. Hilang stress kerja i :lovelin ...

Yeayyyy!!! Mesti macam can't wait to gomol gomol and belai kucing on weekdend kan. :P

kittypong31 Publish time 23-8-2017 06:53 PM

memang pun! bila balik rumah dia lah yg smbut dulu.. kalau serabut kepala kat office gomol2 dia lupa dah semua.. ni semua dunia {:mllove:}

mieymiey Publish time 24-8-2017 06:45 AM

easicircle replied at 23-8-2017 06:00 PM
Yeayyyy!!! Mesti macam can't wait to gomol gomol and belai kucing on weekdend kan.

Sampai rumah jer, terus cari semua kucing nak cium kepala sekor sekor.
Lepas salam cium tangan mak la :lol:

easicircle Publish time 24-8-2017 04:05 PM

mieymiey replied at 24-8-2017 06:45 AM
Sampai rumah jer, terus cari semua kucing nak cium kepala sekor sekor.
Lepas salam cium tangan m ...

Hahaha...comel je ;P

easicircle Publish time 24-8-2017 04:06 PM

kittypong31 replied at 23-8-2017 06:53 PM
memang pun! bila balik rumah dia lah yg smbut dulu.. kalau serabut kepala kat office gomol2 dia lupa ...

Kannnn..memang dah terbukti dengan kajian pun. :)

moonbug Publish time 28-8-2017 12:59 PM

Setuju 200%. I dgn kucing i #bfftilljannah ;P

easicircle Publish time 30-8-2017 10:40 AM

moonbug replied at 28-8-2017 12:59 PM
Setuju 200%. I dgn kucing i #bfftilljannah

Mohon u and kucing u kekal bff till jannah. :D

gelas_pelastik Publish time 30-8-2017 01:09 PM

i ada bela 11 ekor kat rumah. cer bayangkan perangai masing2 yg pelbagai.
walaupun kadang2 bakar darah jugak, tapi bila kita stress, diorang datang dengan 'purrrrr',
hilang segala kekusutan giteeewwww :)
Pages: [1] 2
View full version: Membelai Kucing Mampu Hilangkan Tekanan


ADVERTISEMENT