Themilo Publish time 21-8-2017 04:37 PM

Update!! : Fattah Amin & Alvin Chong Tinggal Serumah!

Edited by Themilo at 24-8-2017 03:36 AM



Pelakon Alvin Chong tanpa berselindung mendedahkan keraguannya terhadap kebersihan pelakon Fattah Amin sebelum mereka digandingkan bersama dalam program realiti The House.Rancangan yang menjalani penggambaran di Hutan Belum, Perak itu menuntut dua rakan baik ini untuk tinggal bersama.Dedah Alvin, dia adalah seorang yang amat menjaga kebersihan dan mempunyai masalah Obsesif Kompulsif (OCD)."Apabila dapat tahu saya kena duduk serumah dengan Fattah, benda pertama yang terlintas adakah dia seorang yang pembersih. Adakah saya perlu tidur sekatil dan guna tandas yang sama dengannya? Sebab saya tak suka lantai basah selepas digunakan. Tapi nasib baik, dia juga seperti saya dan tahu menjaga kebersihan. Jadi, tak ada masalah bab itu."Tayangan siri The House yang menampilkannya dan Fattah Amin pula dijadualkan bersiaran mulai 20 September ini.Mengulas perkembangan terbarunya, Alvin menceritakan pengalaman bergandingan bersama pelakon Emma Maembong dalam drama Awak Suka Saya Tak yang dijangka memasuki tayangan televisyen pada Oktober nanti.Membawakan watak mualaf buat kali kedua, Alvin gusar sekiranya akan timbul kontroversi sebagaimana yang terjadi ketika dia berlakon dalam drama Suri Hati Mr Pilot (SHMP).Dalam SHMP, beberapa babak menjadi pertikaian ramai termasuk ketika Alvin memberi salam. Manakala dalam Awak Suka Saya Tak, jelas Alvin wataknya mengkehendakinya untuk menunaikan solat, membaca Al-Quran dan melaungkan azan."Watak ini sangat berat kerana saya merupakan seorang mualaf yang masuk Islam dengan sendirinya. Banyak babak saya kena solat dan juga azan, tetapi babak itu akan dialih suara. Jadi, saya harap penonton tidak salah faham dengan apa yang saya lakukan."

UPDATEUmum sedia maklum tentang program realiti televisyen The House Musim Keempat yang akan menggandingkan pelakon Fattah Amin dan Alvin Chong.Membawa konsep bromance, mereka dituntut untuk tinggal sebumbung di kawasan yang diputuskan perhubungan daripada dunia luar.
Pelbagai aktiviti dan cabaran perlu dilalui sepanjang program itu berlangsung membuatkan mereka menjadi lebih rapat.Dalam sebuah wawancara terbaru, Alvin mendedahkan pengalamannya yang mula mengenali karakter Fattah dengan lebih mendalam."Jika di luar Fattah adalah seorang yang suka control macho, cakap pun slow and steady tetapi bila waktu penggambaran saya dapat tahu rupanya dia ada sifat kebudak-budakkan. Malah ada kalanya dia kelihatan agak lonely seperti tidak ramai kawan, mungkin susah nak berkawan dengan orang sebab mungkin pengalaman pernah dikhianati oleh rakan sendiri jadi dia mengambil langkah berjaga-jaga.""Tapi saya gembira apabila dia beritahu saya adalah salah seorang kawan paling rapat yang dia ada. Saya tahu bukan senang nak berkawan tetapi apa yang boleh saya katakan, selepas The House Musim Ke-4, dia adalah seorang daripada rakan karib saya. Kami boleh bercakap tentang kehidupan peribadi dan benda yang kita pernah lalui. Malah dia juga turut memberi tips dan tunjuk ajar memandangkan tidak lama lagi saya akan memegang watak yang berat dalam sebuah drama tayangan Astro dan saya akui ada masa perlukan sokongan moral daripada seorang kawan seperti dia."Pengalaman selama sembilan hari menjalani penggambaran membuatkan Alvin sedar tentang banyak perkara yang tidak diketahuinya perihal aktor berkenaan. Tinggal bersama tanpa sebarang gangguan memberi peluang untuk mereka mengenali sesama sendiri. "Banyak benda yang saya tidak tahu pasal dia dan apabila dapat peluang duduk bersama, baru saya tahu rupanya kami ada banyak persamaan, latar belakang dan pengalaman. Kami sempat berkongsi momen apabila pernah dijatuhkan oleh peminat sendiri, kecaman netizen dan dikhianati oleh rakan serta pengurusan sendiri. "

mieymiey Publish time 21-8-2017 04:43 PM

Semua la nak claim diri sendiri ada OCD ;P;P

sepitsiput Publish time 21-8-2017 04:43 PM

mohon bromance hingga ke tumblr yachhh...lazat utk dihidang buat tatapan seisi porem...

Themilo Publish time 21-8-2017 04:45 PM

sepitsiput replied at 21-8-2017 08:43 AM
mohon bromance hingga ke tumblr yachhh...lazat utk dihidang buat tatapan seisi porem...

kredit juga pada kaka @sepitsiputkerana telah membongkarkan 'aktiviti' mereka dalam IG. :lol:;P

pngky Publish time 21-8-2017 04:46 PM

amboi tajuk telebih kuah dari isi;P

fikir duduk serumah betul betul

adziah Publish time 21-8-2017 04:48 PM

jamban rumah bukan meant to be basah ke? bagi aku lagi bersih kalau basah kena air daripada ada pancitan air kencing mengering kat lantai jamban.. hmmmmm.. bagi aku la.. tapi aku bukan ocd..

ashcroft86 Publish time 21-8-2017 04:49 PM

sepitsiput replied at 21-8-2017 04:43 PM
mohon bromance hingga ke tumblr yachhh...lazat utk dihidang buat tatapan seisi porem...

Khuenn tokpit, ni asik viral yg muka hauk fefeeling couple of year jahhhh.

kentel Publish time 21-8-2017 04:50 PM

adziah replied at 21-8-2017 04:48 PM
jamban rumah bukan meant to be basah ke? bagi aku lagi bersih kalau basah kena air daripada ada panc ...

kalau pegi negara oriental pun memang tandas kering..just bau jela hancing haring smua ada :I

hyie Publish time 21-8-2017 04:53 PM

adziah replied at 21-8-2017 04:48 PM
jamban rumah bukan meant to be basah ke? bagi aku lagi bersih kalau basah kena air daripada ada panc ...

orang cina diorang tak guna air sis, dia guna tisu. Dan diorang memang tak suka lantai basah, macam geli gitu la, lebih2 lagi kalau mangkuk tandas tu basah.

EvieWanKenobi Publish time 21-8-2017 04:54 PM

bersih la sangat..;P

tomaz Publish time 21-8-2017 04:56 PM

adziah replied at 21-8-2017 04:48 PM
jamban rumah bukan meant to be basah ke? bagi aku lagi bersih kalau basah kena air daripada ada panc ...

Alvin istinjak guna tisu chuolss.. Opkos x suka lantai basah:lol:

adziah Publish time 21-8-2017 05:00 PM

kentel replied at 21-8-2017 04:50 PM
kalau pegi negara oriental pun memang tandas kering..just bau jela hancing haring smua ada

kering tapi hancing, tak la ocd sangat kan? hmmmmm

adziah Publish time 21-8-2017 05:00 PM

hyie replied at 21-8-2017 04:53 PM
orang cina diorang tak guna air sis, dia guna tisu. Dan diorang memang tak suka lantai basah, maca ...

tau sis.. saje jadikan persoalan.. hehehehehe

adziah Publish time 21-8-2017 05:01 PM

tomaz replied at 21-8-2017 04:56 PM
Alvin istinjak guna tisu chuolss.. Opkos x suka lantai basah

hehe... so org ocd ni tak kesah la jamban hancing janji kering? :o

tomaz Publish time 21-8-2017 05:05 PM

adziah replied at 21-8-2017 05:01 PM
hehe... so org ocd ni tak kesah la jamban hancing janji kering?

Mungkin dia x de OCD bau bauan.. Tu yg x kisah hancing:lol:

OCD byk jenis.. Ada tu yg jenis ocd takut germs.. Abis semua nk bleach.. Iolss ada tgk show psl ocd yg takut kuman ni

tayam Publish time 21-8-2017 05:09 PM

adziah replied at 21-8-2017 04:48 PM
jamban rumah bukan meant to be basah ke? bagi aku lagi bersih kalau basah kena air daripada ada panc ...

org bukan bangsa melayu xsuka toilet basah

likecandy Publish time 21-8-2017 05:11 PM

Dedah Alvin, dia adalah seorang yang amat menjaga kebersihan dan mempunyai masalah Obsesif Kompulsif (OCD).

Dia ni self-diagnosed OCD ke

de_ikea Publish time 21-8-2017 05:14 PM

Boleh je toilet kering dan tak hancing. Jgnlah banding dgn toilet wc kat merata alam. Kalau chuols duduk hotel. Takde pun chuols basahkan toilet serata alam dan tak de pula bau kurang enak kan ;P

pinkypetal Publish time 21-8-2017 05:16 PM

I nak whoryusss kan si alvin ni tapi takut korang marah i pulak ;P

net_level Publish time 21-8-2017 05:17 PM

sepitsiput replied at 21-8-2017 04:43 PM
mohon bromance hingga ke tumblr yachhh...lazat utk dihidang buat tatapan seisi porem...

chuols nak sape top sape bottom ;P
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Update!! : Fattah Amin & Alvin Chong Tinggal Serumah!


ADVERTISEMENT