CARI-MAL Publish time 21-8-2017 02:24 PM

Bimbang Anak Makan Jajan Tak Berkhasiat Di Sekolah? Sediakan Omelet Mi Ini!

Ibu bapa yang mengutamakan keselamatan dan kesihatan anak-anak pasti akan menyediakan sendiri bekal makanan untuk dibawa ke sekolah.


Malah, menyediakan bekal makanan untuk anak adalah satu tindakan bijak! Selain terjamin kebersihan dan khasiatnya, bekal makanan merupakan cara menghindari jajan yang belum tentu menyihatkan.


Nak menyediakan bekal anak ni tak susah mana pun sebenarnya. Antara rajin dengan tidak je. Apa yang penting, menunya disukai anak.


Jika anak anda menggemari telur dan mi, anda boleh buatkan mereka telur dadar atau omelette mi agar mereka lebih berselera menikmati makanan di waktu rehat mereka. Jom lihat resipinya!




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/21/142238xp21z7xvy212xkkp.jpgFoto: Okezone Lifestyle






Bahan-bahannya:
2 butir telur
1 bungkus mi segera
1 biji lobak merah, dicincang
1 batang daun bawang, dihiris tipis
1 ulas bawang putih
Garam dan gula secukupnya (nak guna rencah mi segera pun boleh)
Sos cili/tomato sebagai pencecah




Cara membuatnya:
1. Kacau telur sampai kembang.
2. Rebus mi hingga masak, toskan. Kemudian, potong dengan gunting agar tidak tergumpal.
3. Masukkan mi dan sayur ke dalam telur dan kacau rata.
4. Masukkan adunan mi dan masak dengan api sederhana hingga agak kering. Balikkan omelet dan biarkan hingga masak.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/21/142238f6m1ffrfmrjvhv95.jpgFoto: Food To Love




Untuk membuat omelet lebih garing atau rangup, anda boleh tambahkan crackers, atau oatmeals. Memang kedengaran agak pelik, tetapi serius omelet anda akan jadi lebih rangup dan enak! Selamat mencuba. - CARI

husie91 Publish time 21-8-2017 02:37 PM

Laa murtabak megi rupanya hehe tp berkhasiat ke tuu mcm sama je dgn makan jajan {:nose

kautaumanner Publish time 21-8-2017 03:09 PM

menu ni sesuai utk ibu2 stok pemalas cam @sebu1

Sazida Publish time 21-8-2017 03:34 PM

untunglah ada ank yg nk bawak bekal g sekolah. adik aku xnak bawak. bg la ape pun. xnk dia bwk. dia malu. nampak miskin kata dia.,. bg duit 3.00 je dia ckp.pandai la dia mkn. {:1_550:}

bel146 Publish time 21-8-2017 03:57 PM

husie91 replied at 21-8-2017 02:37 PM
Laa murtabak megi rupanya hehe tp berkhasiat ke tuu mcm sama je dgn makan jajan {:nose

kann...beria la aku baca resepi tu satu2...adoi...haha:doh3:

Skuau Publish time 21-8-2017 04:00 PM

Megi bkn elok pon tuk bebudak...

rainbow259 Publish time 21-8-2017 06:11 PM

hhahahaa mee segera pn xelok ok

rainbow259 Publish time 21-8-2017 06:11 PM

husie91 replied at 21-8-2017 02:37 PM
Laa murtabak megi rupanya hehe tp berkhasiat ke tuu mcm sama je dgn makan jajan {:nose

tau tkpe weh. haahah.

raradhia Publish time 21-8-2017 06:26 PM

Sazida: untunglah ada ank yg nk bawak bekal g sekolah. adik aku xnak bawak. bg la ape pun. xnk dia bwk. dia malu. nampak miskin kata dia.,. bg duit 3.00 je di ...

kesian tau apa lg bdk2 yg dpt RMT kat sekolah tu, selalu kena ejek2. .sepupu iols yg bdk darjah ni laa slalu ckp psl bebudak RMT tu, dia ckp org miskin. .terus iols pun ckp laa kat dia, dorg bukan miskin tp dorg jimat. .kerajaan kan bg free, hihi. .

bebudak skrg pun, mulut bkn main

miskay Publish time 22-8-2017 08:26 AM

murtabak meggi ke
tapi lama gak tak buat ni

Chesire_Epilog Publish time 22-8-2017 10:19 AM

Mee segera pun tak berkhasiat la TT :(

CardiGans85 Publish time 22-8-2017 10:26 AM

Ni kurg berkhasiat la..letak kentang ke,sweet potato ke,tomato ke, campur ayam lg sedap kot..n berkhasiat.

wafeloren Publish time 23-8-2017 04:06 PM

hm..bile la nak ade kekuatan dan kerajinan nak masak ni..

lyza2474 Publish time 24-8-2017 10:45 AM

sabo jelah khasiat tang mana tuu

tenukbelaan Publish time 24-8-2017 12:37 PM

hadehhh...jajan ngan maggi tu idok ke sama2 tak berkhasiat...btw,,thx for the recipe.. tapi boleh try la kalau guna spageti ke..ok je..

Allthatnana Publish time 24-8-2017 01:08 PM

Sedapnyaaaa..mcm murtabak maggie..

MarissaOberlin Publish time 13-11-2017 12:50 PM

Mi segera tu pun under category jajan jugekkkk.
Ganti la dengan pasta.
Pages: [1]
View full version: Bimbang Anak Makan Jajan Tak Berkhasiat Di Sekolah? Sediakan Omelet Mi Ini!


ADVERTISEMENT