jiwarasa Publish time 18-8-2017 10:55 AM

Ingatkan Selimut, Rupanya Kain Pontianak Yang Ditarik!!


http://www.kisahseram.com/wp-content/uploads/2017/08/ampaian-baju-696x348.jpg

Assalamualaikum. Artikel yang disiarkan kali ini merupakan hasil perkongsian dari pengalaman salah seorang pembaca setia kisahseram.com. Ikuti pengalaman seram beliau yang sungguh mendebarkan ini. Alkisahnya, saya merupakan seorang rakyat Singapura yang bernikah dengan seorang warga Malaysia dan seterusnya menetap di Melaka.

Ada sesekali saya akan pulang ke Singapura dan menginap di rumah mak saudara saya yang terletak di Jurong. Mak saudara saya ini berjualan kuih, jadi dia akan mula memasak kuih-muih jualannya pada malam hari dan ada yang akan disiapkan pada waktu subuh. Ini kerana menjelang pukul 6.00 pagi semuanya dah mesti siap sampai di tapak jualannya.Kebetulan masa itu saya berada di rumahnya. Pada malam itu saya menolong mak saudara saya masak kuih-kuih di dapur. Sedang kami sibuk saya menegur mak saudara saya. Saya berkata, “Mak Ngah, kain selimut yang Mak Ngah jemur kat galah kat luar tu tak nak angkat ke? Sebab dah malam ni, nanti kena embun pulak.https://s14.postimg.org/ckrkg8bm9/ampaian_baju_1.jpgMak Ngah menjawab, “Mana ada basuh baju hari ini. Harini mak Ngah sibuk sikit, nak basuh baju pun tak sempat. Agaknya itu kain orang atas yang jatuh ke bawah”. Memandangkan mak saudara saya sedang sibuk dengan kerja-kerja beliau, saya pun cuba pergi jenguk di beranda dapur untuk melihat kain apa itu.Dalam pada itu, saya cakap dengan mak saudara saya, “Saya tolong angkatlah kain ni Mak Ngah”. Dengan acuh tak acuh Mak ngah menjawab, “Ikut suka kau lah”. Sedang saya tarik-tarik kain yang berkibar itu mak suadara saya datang ke arah saya dan menjenguk kepalanya ke atas.Pada masa itu saya masih menarik kain putih tersebut. Agak kuat jugaklah saya menariknya tapi dalam masa yang sama kain itu menyentap balik dengan kuat lalu kain itu terus terbang melayang. Tiba-tiba terdengar suara mak saudara saya menjerit.https://s14.postimg.org/air31zdn5/pontianak_4.jpg
Saya yang masih terperanjat dengan apa yang berlaku hanya mampu memerhatikan kain itu terbang tanpa dapat bersuara. Selepas itu saya terdengar pula suara orang menjerit di blok yang betentangan dengan blok apartment kami. Bukan itu sahaja, malah saya turut mendengar dengan jelas suara hilaian di langit dan kemudian kami dengar macam suara itik pula.Mak saudara saya memberitahu saya bahawa benda yang terbang itu tadi adalah pontianak. Disebabkan hal itu, saya menjadi seperti bingung selama beberapa hari. Masih saya terasa di tangan saya kain putih itu sebab saya yang menyentap kuat kain putih tersebut. Tetapi nak kata kain putih itu betul-betul putih pun tidaklah putih sangat kerana ada sedikit kotoron seperti kesan tanah pada kain tersebut.https://s3.postimg.org/arqsuiper/kain_kotor.jpgSewaktu saya menulis cerita ini pun saya masih dapat merasakan seperti kain putih dan tanah itu ada pada tapak tangan saya. Pada keesokan harinya kami menceritakan mengenai perkara ini kepada ahli keluarga yang lain. Kata mereka, di kawasan Jurong ini memang angker dan ‘keras’.Selepas itu barulah kami mendapat tahu bahawa ada salah seorang daripada penghuni di situ yang mengamalkan ilmu hitam dan membela mahkluk ini. Apa yang peliknya ialah pengamal ilmu hitam itu telah meninggalkan mahkluk belaannya iaitu pontianak dia di situ. Orangnya pula sudah berpindah tidak tahu di mana.Perkara yang saya alami itu berlaku kira kira pukul satu suku pagi. Saya memberitahu pada ahli keluarga saya mungkin jika di Malaysia jarang kami nak jumpa mahkluk ini kerana masih terdapat banyak hutan dan pokok-pokok yang masih terpelihara. Sebab mahkluk ini biasanya tinggal di tempat-tempat yang sunyi. Lagi satu ialah mahkluk ini dia terbang, jadi dia akan menyinggah di atas pokok-pokok yang tinggi.https://s14.postimg.org/psqy9695d/pontianak.jpghttps://s14.postimg.org/5itmu180h/pontianak_2.jpgDi Singapura pula sudah tidak banyak pokok-pokok tinggi dan tempat sunyi seperti hutan kerana kebanyakan kawasan telah dimajukan untuk kegunaan rakyat Singapura. Maka, makhluk ini akan singgah di rumah flat atau bangunan yang tinggi. Sasaran mahkluk ini biasanya di tingkap rumah yang tinggi dan akan mengganggu orang yang pulang lewat malam.

Penglipurtales Publish time 18-8-2017 11:00 AM

Haha so cute.. compem pontiana tu tekejyt kena tarik

lil_sparky Publish time 18-8-2017 12:03 PM

Omg..meremang jugak la bulu roma lil

prettyuglybabe Publish time 18-8-2017 12:03 PM

nasib baik tak kena tampor pontianak..
orang tengah melepak pi tarik pulak kain dia..
nasib baik tak terbogel :lol:

tri-max Publish time 18-8-2017 12:16 PM

aku caya crita ni , sbb pernah nampak kain tu.... :funk:

miskay Publish time 18-8-2017 01:04 PM

kaka cantik terkejut org tarik pakaian dia :lol:

izzarishaiqal Publish time 18-8-2017 02:04 PM

nasib xkoyak kain kak ponti tu kena tarik;P

JoyahSepoting Publish time 18-8-2017 02:31 PM

Kalau pontianak tu bawah umur jenuh la tertuduh tu kena dakwa cubaan mencabul(Seksyen 354 Kanun Keseksaan ) :'(

ciwi1166 Publish time 18-8-2017 02:35 PM

sep baik tak londeh kena tarik...

palmolive Publish time 18-8-2017 02:55 PM

mujur ler tak togel makcik tu

manehnya Publish time 18-8-2017 03:10 PM

argh.. dah la dok sorang2

fishcracker Publish time 18-8-2017 03:12 PM

kesian cik kak nak lepak pun tak senang ade orang tarik2 kain sheol

saviour_09 Publish time 18-8-2017 04:07 PM

JoyahSepoting replied at 18-8-2017 02:31 PM
Kalau pontianak tu bawah umur jenuh la tertuduh tu kena dakwa cubaan mencabul(Seksyen 354 Kanun Ke ...

Sek. 354 KK terpakai untuk semua peringkat umur..
;P;P;P

myakayina Publish time 18-8-2017 05:05 PM

terlebih rajin sangat nak angkat kain malam2....hamek ko..:lol:

pinkypetal Publish time 19-8-2017 12:11 AM

Takutnya tertgk gambar2 tu mlm2.

spenderterselit Publish time 19-8-2017 07:20 AM

Aku belek slow tkut terkeluar gedabak gmbr antu nsib baik kecik2 je.tapi gmbr kak pon ngintai kt tingkap tu seram:mad:

DeeHanania Publish time 19-8-2017 11:25 AM

Hihihi,
Aduuhhyaii mcm2 komen uols nie...
Nasib ko x demam,dik
Tkjut dek tertarik kain KakaCantik tu

ShrekFiona20 Publish time 19-8-2017 02:33 PM

perghhh nasib xkena sepak dengan kak ponti..

ReginaGeorge Publish time 19-8-2017 03:32 PM

Kesian pontianak.Hampir bogel dia dibuat orang tak bertanggungjawab {:mlhehe:}

WajibulGhunah Publish time 19-8-2017 04:00 PM

Choiiii pervertnyahh tt ;P
Harap kak cik tu x saman tt
Pages: [1] 2 3
View full version: Ingatkan Selimut, Rupanya Kain Pontianak Yang Ditarik!!


ADVERTISEMENT