watatakut Publish time 17-8-2017 10:49 AM

Kebalkan “Pendrive” Anda Daripada Serangan Virus



https://i1.wp.com/wiser.my/wp-content/uploads/2017/08/p1-1.jpg?w=1920&ssl=1

Salam Sejahtera kami daripada wiser.my. Tips kali ini kami ingin berkongsikan kaedah mudah yang anda boleh lakukan untuk menjadikan “pendrive” kalis daripada serangan virus. Dengan cara ini anda tidak perlu risau lagi sekiranya ingin menggunakan storan mudah alih anda pada mana-mana komputer yang mungkin sudah dijangkiti oleh virus.
Aplikasi yang ingin kami kongsikan ini, berupaya mengubah suai fail autorun.inf “pendrive” anda agar ianya kebal daripada serangan virus, terutamanya virus “shortcut” dan virus“hidden file” yang sangat sinonim dengan PC berasaskan windows.
Untuk mengaktifkan “vaksin” tersebut pada “pendrive” anda, sila ikuti langkah-langkah berikut
Langkah 1Terlebih dahulu, muat turun aplikasi berikut dalam PC Windows anda. Klik sahaja pada pautan dibawah
Langkah 2Selepas siap dimuat turun, buka aplikasi tersebut, klik “accept term & condtion” terlebih dahulu. Maka akan muncul paparan berikut.https://i2.wp.com/wiser.my/wp-content/uploads/2017/08/1-3.png?w=353&ssl=1
Langkah 3Masukkan “pendrive” anda pada PC tersebut maka akan muncul paparan berikut. Warna merah pada ikon menunjukkan pendrive tersebut belum di immun kan lagi. Apa yang perlu anda lakukan, klik sahaja pada ikon tersebut.https://i0.wp.com/wiser.my/wp-content/uploads/2017/08/2-3.png?w=353&ssl=1Maka secara otomatik “pendrive” tersebut akan menjalani proses pengimunisasi. Tunggu sahaja sehingga selesai.https://i1.wp.com/wiser.my/wp-content/uploads/2017/08/2a.png?w=350&ssl=1Setelah ianya selesai, maka ikon “pendrive” akan bertukar kepada warna hijau. Dengan itu storan mudah alih anda sudah siap dilindungi, anda boleh gunakan storan tersebut pada mana-mana komputer windows tanpa perlu risau lagi.https://i0.wp.com/wiser.my/wp-content/uploads/2017/08/3-4.png?w=349&ssl=1
Itu sahaja tips dari kami kali ini, semoga bermanfaat.

iznanaziz Publish time 22-8-2017 05:09 PM

saya mmg buta IT.

camana nak scan virus dlm pen drive?

Abdel-Rahim Publish time 16-11-2017 08:18 PM

Hi, here is an excellent virus defender http://soft2secure.com.tw/knowledgebase/chromesearch-today

DanialADH Publish time 19-11-2017 08:35 PM

iznanaziz replied at 22-8-2017 05:09 PM
saya mmg buta IT.

camana nak scan virus dlm pen drive?

boleh guna windows defender..

pergi di file explorer dan right click pada pendrive yang nak di scan kemudia. pilih scan with windows defender.

iznanaziz Publish time 21-11-2017 03:39 PM

DanialADH replied at 19-11-2017 08:35 PM
boleh guna windows defender..

pergi di file explorer dan right click pada pendrive yang nak di...

tkasih danial

skali Publish time 7-1-2018 05:53 AM

salams.. saya guna smadav... google smadav.. ni antivirus brand indonesia... dia paling senang nak kembalikan fail yang kena hidden... dia ringan dan boleh pasang sekali dengan antivirus lain... thanks.

ariean Publish time 20-1-2018 11:39 PM

thanks but dh lama x gune pendrive sejak2 skrg ni ape2 je simpan kat cloud.

punchup Publish time 8-4-2018 10:43 PM

ariean replied at 20-1-2018 11:39 PM
thanks but dh lama x gune pendrive sejak2 skrg ni ape2 je simpan kat cloud.

camner nk simpan kat cloud? aku mmg buta it ni...tapi pendrive takut hilang lah...pastu pendrive tak blh letak password kan?...cloud selamat ke? cuma kita je ke yg blh retrieve file?

yeeyang44 Publish time 13-4-2018 08:53 PM

use antivirus

a1ast0r Publish time 29-11-2018 04:09 PM

Untuk istilah kebal ni macam kadang-kadang tak tepat. Yang paling efisyen pada pendapat saya tapi agak makan kos. Pakai card reader then beli microSD Adapter yang ada notch write protect tu. Tapi masalah dia kadang2 kita terlupa untuk lock.Dan masalah dia SD card tu just untuk read only je :(
Pages: [1]
View full version: Kebalkan “Pendrive” Anda Daripada Serangan Virus


ADVERTISEMENT