CARI-MAL Publish time 16-8-2017 03:00 PM

Aiskrim Piza Pula Dah, Lalu Ke Nak Makan?

Aiskrim Piza? Macam pelik saja bunyinya. Macam mana pencuci mulut dan hidangan utama digabungkan menjadi satu hidangan? Adakah revolusi makanan sudah terlalu jauh 'ke laut'?




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/16/145325q08l8z85l88z48mf.jpgFoto: IG sarahhh.sss/Teen Vogue




Nampak dan kedengaran pelik, tetapi ianya benar-benar berlaku di Philadelphia, Amerika Syarikat. Semakin pelik-pelik 'saintis' mereka mencipta makanan ni!


Memetik Metro.uk, restoran Little Baby's Ice Cream mencipta aiskrim berperisa piza dari bahan-bahan utama piza itu sendiri.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/16/145443hy537rjqnjj3s55j.jpg



Tomato, daun selasih, oregano, garam dan bawang putih; semua diracik dan diadun bersama rencah tambahan yang membuat rasa aiskrim piza ini benar-benar lazat!




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/16/145307vr6zriy6noonaosq.jpgFoto: IG Little Baby's Ice Cream





Tak mainlah makan aiskrim bersama kon. Sekarang ni, hanya yang benar-benar berani sahaja akan makan aiskrim ini dengan sepotong piza. Alang-alang menyeluk pekasam, kan? Baru ada umph!




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/16/145307wcxdq88h8mwqvdwz.jpgFoto: IG ethancharper/Teen Vogue




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/16/145307fskxaixvquahl5dy.jpg




Oh, nanti dulu! Ada aiskrim yang lagi pelik dari aiskrim piza ni tau. Little Baby's Ice Cream juga menyediakan aiskrim yang dibuat daripada cengkerik. Ha, macam mana nak hadam tu?




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/16/145307nmhmkc72bzonkhq2.jpgFoto: Foto: IG Little Baby's Ice Cream




Apapun, tak boleh nak kata tak sedap sebab belum rasa lagi. Nampaknya, kena cari resepi dia la ni, kan? Ada yang teringin nak buat ke? - CARI


https://www.facebook.com/tastemade/videos/1507118066042022/

rainbow259 Publish time 16-8-2017 03:07 PM

hahaha pun boleh!

SecretLuv Publish time 16-8-2017 03:24 PM

Oh. Aiskrim tak manis la kan. Aiskrim perisa macam pizza juga. Ingatkan aiskrim manis tu.

maisakurada Publish time 16-8-2017 04:32 PM

kalau ada...teringin juga nk try hehehe

RatuDunia94 Publish time 16-8-2017 04:34 PM

Caloriessssss....

EvieWanKenobi Publish time 16-8-2017 07:40 PM

kalau dah lapar sangat,
belasah je.. ;P

neto Publish time 16-8-2017 09:47 PM

teringin nak try

edee_91 Publish time 17-8-2017 12:44 AM

SecretLuv replied at 16-8-2017 03:24 PM
Oh. Aiskrim tak manis la kan. Aiskrim perisa macam pizza juga. Ingatkan aiskrim manis tu.

kan? ais krim tak manis rupanya. ais krim perisa savory. kalau macam tu, aku memang teringin nak try jugak. kalau ais krim manis tu macam geli la pulak. tapi satu je, tapak pizza diorang tu apasal hangus hangit hitam sangat? terus turn off. :lol:

SammyL Publish time 17-8-2017 12:44 AM

nampak mcam sedap je~

fefeeling Publish time 17-8-2017 02:22 AM

why must you ruin pizza!

fefeeling Publish time 17-8-2017 02:22 AM

alamak dah terasa nak makan aiskrim pulak malam2 ni huhu

jkdjug Publish time 18-8-2017 04:42 AM

Husnaazri Publish time 4-10-2017 04:01 AM

Pelik nau nau

Jorja Publish time 5-11-2017 10:31 PM

Ni kalau old school italian jumpa mesti dia bengang
Pages: [1]
View full version: Aiskrim Piza Pula Dah, Lalu Ke Nak Makan?


ADVERTISEMENT